{"id":8898,"date":"2012-04-06T23:24:02","date_gmt":"2012-04-06T15:24:02","guid":{"rendered":"http:\/\/buletinonline.net\/v7\/index.php\/2012\/04\/perterusan-sengit-berterusan-disamping-persetujuan-genjatan-2\/"},"modified":"2012-04-06T23:24:02","modified_gmt":"2012-04-06T15:24:02","slug":"perterusan-sengit-berterusan-disamping-persetujuan-genjatan-2","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/perterusan-sengit-berterusan-disamping-persetujuan-genjatan-2\/","title":{"rendered":"Pertempuran Sengit Berterusan Disamping Persetujuan Genjatan"},"content":{"rendered":"<p>Menurut kumpulan Syrian Observatory for Human Rights yang berpangkalan di Britain, pertempuran berlaku setelah pihak tentera yang taat kepada Presiden Bashar Al-Assad melepaskan tembakan ke arah sekumpulan tujuh wanita dan membunuh dua daripada mereka serta mencederakan empat yang lain.<\/p>\n<p>Keganasan terus berlaku sehari setelah 77 orang terbunuh dan utusan khas Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB)-Liga Arab, Encik Kofi Annan, bercakap mengenai jumlah kematian yang membimbangkan di Syria di hadapan Perhimpunan Agung PBB.<\/p>\n<p>Kelmarin, Majlis Keselamatan PBB, termasuk Russia dan China, menyertai Encik Annan dengan memberikan tekanan kepada Encik Assad supaya melaksanakan pelan damai enam perkara yang diusulkan Encik Annan.<\/p>\n<p>Damsyik bersetuju mengundurkan tentera dan senjata berat dari bandar-bandar yang dilanda kegelisahan pada Selasa depan.<\/p>\n<p>Menurut Encik Annan, jika Damsyik melaksanakan pengunduran itu, beliau akan menyeru agar semua keganasan dihentikan menjelang 6 pagi waktu Damsyik pada Khamis depan.<\/p>\n<p>&#8216;Saya menggesa pemerintah dan komander golongan pemberontak agar mengeluarkan arahan yang jelas supaya mesej sampai kepada semua pejuang dan askar di semua peringkat di seluruh negara,&#8217; kata Encik Annan semasa berucap dalam perhimpunan itu.<\/p>\n<p>Pemerintah Barat menyatakan mereka ragu Encik Assad akan mematuhi gencatan senjata itu.<\/p>\n<p>Malah, Encik Annan turut menyatakan bahawa beliau tidak dapat mengesahkan dakwaan rejim Encik Assad, yang mereka telah berundur dari bandar Idlib, Zabadani dan Daraa.<\/p>\n<p>Sementara itu, utusan Syria ke PBB kelmarin menuntut Qatar, Arab Saudi, Turkey dan negara-negara Barat supaya tidak menggugat misi aman Encik Annan dengan membiayai dan menyokong kumpulan pemberontak.<\/p>\n<p>Sedang pemerintahan Encik Assad semakin menghadapi tekanan antarabangsa, utusan Syria ke PBB, Encik Bashar Jaafari, berkata golongan pemberontak perlu memberikan komitmen bertulis tidak mengambil peluang daripada pengunduran tentera Syria dari bandar-bandar negara itu.<\/p>\n<p>Menurutnya, perjanjian itu merupakan bahagian penting dalam perjanjian antara Encik Annan dengan pemerintah Syria.<\/p>\n<p>Encik Annan telah mengadakan rundingan dengan Encik Assad di Damsyik bulan lalu, dengan Encik Assad akhirnya bersetuju menerima pelan damai yang diusulkan Encik Annan, yang kini mendapat sokongan padu Majlis Keselamatan PBB.<\/p>\n<p>Sekurang-kurangnya 9,000 orang telah terkorban dalam kegelisahan politik itu, menurut anggaran PBB.<\/p>\n<p>Sekumpulan pegawai PBB, yang diketuai oleh seorang Mejar-Jeneral dari Norway, tiba di Damsyik kelmarin sebagai persiapan bagi memulakan satu gencatan senjata jika pemerintah Syria menyetujuinya, kata Encik Annan. &#8212; AFP, AP.<\/p>\n<p>\u00a0<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p><strong><img decoding=\"async\" src=\"http:\/\/buletinonline.net\/v7\/wp-content\/uploads\/2011\/05\/syria.jpg\" border=\"0\" width=\"480\" height=\"310\" style=\"float: left; margin: 2px;\" \/>DAMSYIK <\/strong>&#8211; Pertempuran di Syria terus berlaku semalam, hanya empat hari sebelum berkuatkuasanya gencatan senjata yang ditaja masyarakat antarabangsa. Pertempuran hebat dilaporkan berlaku di kawasan Al-Tiba, Al-Qabu dan Shniyeh di tengah bandar Homs.<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":0,"comment_status":"closed","ping_status":"closed","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"footnotes":""},"categories":[36],"tags":[],"better_featured_image":null,"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/8898"}],"collection":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=8898"}],"version-history":[{"count":0,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/8898\/revisions"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=8898"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=8898"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=8898"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}