{"id":8867,"date":"2012-04-03T22:59:52","date_gmt":"2012-04-03T14:59:52","guid":{"rendered":"http:\/\/buletinonline.net\/v7\/index.php\/2012\/04\/psc-pakatan-rakyat-harapan-terakhir-bagi-sebuah-pru-yang-bersih\/"},"modified":"2012-04-03T22:59:52","modified_gmt":"2012-04-03T14:59:52","slug":"psc-pakatan-rakyat-harapan-terakhir-bagi-sebuah-pru-yang-bersih","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/psc-pakatan-rakyat-harapan-terakhir-bagi-sebuah-pru-yang-bersih\/","title":{"rendered":"PSC Pakatan Rakyat Harapan Terakhir Bagi Sebuah PRU Yang Bersih"},"content":{"rendered":"<p>Lima tuntutan terbabit adalah membetulkan sempadan kawasan pilihanraya DUN dan Parlimen tanpa kelulusan Parlimen, SPR mengambil tindakan membersihkan senarai 42,000 pengundi meragukan dan mengeluarkan nama-nama tersebut, menyiasat dengan terperinci nama warga emas berusia lebih 100 tahun ini dan seterusnya membersihkan nama-nama tersebut daripada daftar pemilih.<\/p>\n<p>Selain itu cadangan PSC tersebut adalah mengesyorkan supaya SPR menyemak pengundi ragu yang menggunakan nombor kad pengenalan yang bertentangan jantina dengan Jabatan Pendaftaran Negara dan seterusnya membersihkan senarai tersebut daripada daftar pemilih, serta SPR mengeluarkan semua nama isteri anggota polis yang didaftarkan sebagai pengundi pos dan dimasukkan semula dalam daftar pemilih sebagai pemilih biasa<\/p>\n<p>DPPM beranggapan,\u00a0 kesemua tuntutan ini adalah signifikan dan amat penting bagi memastikan sistem pilihanraya di negara ini berlangsung dengan adil dan bersih. Sebagai contoh dalam kes tuntutan pertama, tindakan SPR yang membetulkan sempadan kawasan pilihanraya menyebabkan berlakunya kekecohan di banyak tempat kerana pengundi mendakwa dipindahkan tanpa pengetahuan mereka. Keadaan ini menyebabkan rakyat meletakkan suatu persepsi bahawa SPR bertindak sewenang-wenangnya bagi membantu sebelah pihak bagi memenangi PRU ke 13.<\/p>\n<p>Tambahan pula, senarai pengundi ragu yang masih membelenggu dalam daftar pemilih SPR boleh mewujudkan penipuan besar-besaran dalam PRU kali ini. Sejumlah 42,000 pengundi ragu tersebut amat banyak dan mampu mengubah sesuatu keputusan pilihanraya. Dalam kes tuntutan kelima pula, DPPM bersetuju supaya SPR mengeluarkan semua nama isteri anggota polis yang didaftarkan sebagai pengundi pos didaftarkan semula sebagai pemilih biasa. Ini akan mengurangkan risiko penipuan hasil dari undi pos yang sebelum ini didedahkan\u00a0 bagi memenangkan sebelah pihak.<\/p>\n<p>DPPM mengharapkan PSC benar-benar memperjuangkan kesemua tuntutan ini sehingga akhirnya kesemua tuntutan ini dilaksanakan oleh kerajaan. Rakyat kini meletakkan PSC yang dianggotai oleh Pakatan Rakyat sebagai harapan terakhir bagi mempertahankan sebuah pilihanraya yang benar-benar adil, besih dan telus. Jika tidak rakyat terpaksa mengharungi sekali lagi pilihanraya ke 13 dengan penuh unsur penipuan.<\/p>\n<p>RIDUAN MOHD NOR<br \/>Ketua Penerangan<br \/>Dewan Pemuda PAS Malaysia<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p><img decoding=\"async\" src=\"http:\/\/buletinonline.net\/v7\/wp-content\/uploads\/2012\/04\/Pakatan%20PSC.jpg\" border=\"0\" width=\"480\" height=\"310\" style=\"float: right; margin: 2px;\" \/>Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) menyokong Anggota Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen (PSC) dari Pakatan Rakyat\u00a0 yang menggesa lima masalah pilihan raya yang masih belum diselesaikan PSC untuk diberikan perhatian sewajarnya di parlimen.<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":0,"comment_status":"closed","ping_status":"closed","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"footnotes":""},"categories":[38],"tags":[],"better_featured_image":null,"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/8867"}],"collection":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=8867"}],"version-history":[{"count":0,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/8867\/revisions"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=8867"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=8867"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=8867"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}