{"id":8789,"date":"2012-03-26T18:15:49","date_gmt":"2012-03-26T10:15:49","guid":{"rendered":"http:\/\/buletinonline.net\/v7\/index.php\/2012\/03\/waris-akan-serah-memorandum-12-perkara-kepada-ketengah\/"},"modified":"2012-03-26T18:15:49","modified_gmt":"2012-03-26T10:15:49","slug":"waris-akan-serah-memorandum-12-perkara-kepada-ketengah","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/waris-akan-serah-memorandum-12-perkara-kepada-ketengah\/","title":{"rendered":"WARIS Akan Serah Memorandum 12 Perkara Kepada KETENGAH Hari Ini"},"content":{"rendered":"<p>Menurut Pengerusinya Ustaz Roslan Ismail, pihak Ketengah sudah menyatakan persetujuan menerima Memerandum tersebut pada jam 10 pagi.<\/p>\n<p>Beliau berkata, Memorandum 12 Perkara tersebut adalah bertujuan mendesak Ketengah mengambil tindakan memperbetulkan haluannya yang kini jauh tersasar dari matlamat asal penubuhannnya.<\/p>\n<p>\u201cKami pihak Waris memandang Visi KETENGAH sangat hebat, bertujuan untuk menjadi peneraju kepada kesejahteraan rakyat di wilayah Terengganu Tengah dalam masa 10 tahun,<\/p>\n<p>\u201csetelah hampir 40 tahun dan sebelum ia tersasar lebih jauh lagi dari matlamat asal penubuhannya, kami bertanggungjawb untuk menyampaikan hasrat rakyat iaitu memorandum rakyat kepada pihak KETENGAH,\u201dujarnya.<\/p>\n<p>Menurutnya, antara kandungan Memorandum tersebut adalah mendesak pihak KETENGAH untuk segera mencari alternatif sumber ekonomi kepada penduduk di bandar-bandar yang dibangunkan, agar jurang ekonomi rakyat di sini tidak terus melebar.<\/p>\n<p>Katanya, bandar-bandar seperti AMBS, Bukit Besi, Ketengah Jaya, Cerul dan Seri Bandi dan kampung-kampung tradisi sekitarnya jauh ketinggalan berbanding para penduduk di tempat lain.<\/p>\n<p>Justeru beliau mengambil kesempatan menyeru semua pihak yang berhajat memberikan sokongan moral kepada WARIS agar dapat bersama-sama pada jam 9.30 pagi berhampiran pejabat pentadbiran KETENGAH.<\/p>\n<p>\u201cMemorandum\u00a0 tersebut akan diserahkan pada jam 10 pagi dan saya menjemput semua pihak berkumpul disekitar pejabat KETENGAH pada jam 9.30 pagi,\u201djelasnya.<\/p>\n<p>Beliau turut menjemput pihak media untuk hadir dan membuat liputan pada sidang media yang akan diadakan kira-kira jam 11.30 pagi.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p><strong><img decoding=\"async\" src=\"http:\/\/buletinonline.net\/v7\/wp-content\/uploads\/2012\/03\/waris.jpg\" border=\"0\" width=\"480\" height=\"310\" style=\"float: left; margin: 2px;\" \/>DUNGUN <\/strong>&#8211; Badan Bertindak Pewaris Bumi Malaysia atau dikenali dengan WARIS akan menyerahkan satu Memorandum Rakyat kepada pihak pentadbiran\u00a0 Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (Ketengah ) di pusat pentadbiran Lembaga itu, bandar Al-Muktafi BiLlah Shah.<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":8788,"comment_status":"closed","ping_status":"closed","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"footnotes":""},"categories":[30],"tags":[],"better_featured_image":{"id":8788,"alt_text":"","caption":"","description":"","media_type":"image","media_details":{"width":448,"height":315,"file":"2012\/03\/waris.jpg","filesize":28228,"sizes":{},"image_meta":{"aperture":"0","credit":"","camera":"","caption":"","created_timestamp":"0","copyright":"","focal_length":"0","iso":"0","shutter_speed":"0","title":"","orientation":"0","keywords":[]}},"post":8790,"source_url":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/wp-content\/uploads\/2012\/03\/waris.jpg"},"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/8789"}],"collection":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=8789"}],"version-history":[{"count":0,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/8789\/revisions"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/media\/8788"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=8789"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=8789"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=8789"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}