{"id":87745,"date":"2021-11-22T20:23:11","date_gmt":"2021-11-22T12:23:11","guid":{"rendered":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/?p=87745"},"modified":"2021-11-22T20:23:11","modified_gmt":"2021-11-22T12:23:11","slug":"pru15-pas-tetap-bincang-dengan-umno","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/pru15-pas-tetap-bincang-dengan-umno\/","title":{"rendered":"PRU15: PAS Tetap Bincang Dengan Umno"},"content":{"rendered":"<p>PAS akan terus mengadakan perbincangan dengan UMNO berhubung kerjasama politik melalui Muafakat Nasional (MN) bagi mengelak pertembungan pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) walaupun mereka tidak bersama di Melaka.<\/p>\n<p>Mursyidul Am PAS, Datuk Hashim Jasin, bagaimanapun berkata untuk PRU-15, PAS mungkin membuat sedikit pertambahan kepada syarat kerjasama yang berpaksikan formula satu lawan satu itu.<\/p>\n<p>Katanya, antaranya ialah perkara yang belum dibereskan antara kedua-dua parti, namun ia bukannya berkaitan isu pokok.<\/p>\n<p>&#8220;Sebenarnya PAS tetap berpegang teguh dengan prinsip yang sudah kita letakkan iaitu PAS sentiasa bersedia meneruskan perbincangan dengan UMNO.<\/p>\n<p>&#8220;Cuma untuk masa depan, mungkin PAS akan membuat sedikit pertambahan kepada cadangan awal iaitu (berkaitan) kerjasama dengan UMNO dan pilihan raya satu lawan satu,&#8221; katanya kepada BH, hari ini.<\/p>\n<p>Pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka, Sabtu lalu, PAS bertanding di lapan Dewan Undangan Negeri di bawah Perikatan Nasional (PN) dan kalah di semua kerusi walaupun mencatatkan pertambahan undi.<\/p>\n<p>Dalam PRN itu, PAS juga bertembung dengan UMNO di tujuh kerusi DUN.<\/p>\n<p>Mengulas lanjut, Hashim berkata, pihaknya juga akan mengadakan mesyuarat Majlis Syura Ulama dalam masa terdekat bagi membincangkan secara khusus situasi terkini MN.<\/p>\n<p>Belau turut mengucapkan tahniah kepada UMNO kerana meraih kejayaan cemerlang di Melaka dan menjelaskan PAS juga gembira dengan pencapaian sekutunya dalam MN itu.<\/p>\n<p>&#8220;Tahniah kepada UMNO kerana kemenangan UMNO, PAS pun boleh tumpang dengan kemenangan tersebut iaitu kita dapat mengalahkan musuh politik kita, Pakatan Harapan (PH),&#8221; katanya.<\/p>\n<p>Hashim turut menegaskan PAS tidak akan meninggalkan Perikatan Nasional (PN) dan akan terus menjadi orang tengah di antara UMNO dan BERSATU.<\/p>\n<p>&#8220;Setakat ini tak ada suara dari PAS yang berhasrat begitu (meninggalkan PN) dan kita yakin UMNO juga bersama sama, sebab itu kenyataan pimpinan UMNO sendiri menyebut masih terbuka,&#8221; katanya.<\/p>\n<p>Semalam, Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, pintu persefahaman antara pihaknya dan PAS menerusi MN masih terbuka walaupun Barisan Nasional (BN) dilihat mampu bergerak bersendirian.<\/p>\n<p>Kata Mohamad, kedudukan MN ketika ini adalah terserah kepada PAS. &#8211; BH<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>PAS akan terus mengadakan perbincangan dengan UMNO berhubung kerjasama politik melalui Muafakat Nasional (MN) bagi mengelak pertembungan pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) walaupun mereka tidak bersama di Melaka. Mursyidul Am PAS, Datuk Hashim Jasin, bagaimanapun berkata untuk PRU-15, PAS mungkin membuat sedikit pertambahan kepada syarat kerjasama yang berpaksikan formula satu lawan satu itu. Katanya, [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":50624,"comment_status":"closed","ping_status":"closed","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"footnotes":""},"categories":[31],"tags":[],"better_featured_image":{"id":50624,"alt_text":"","caption":"","description":"","media_type":"image","media_details":{"width":901,"height":624,"file":"2016\/11\/Hashim-Jasin.jpg","filesize":80268,"sizes":{},"image_meta":{"aperture":"0","credit":"","camera":"","caption":"","created_timestamp":"1478627857","copyright":"","focal_length":"0","iso":"0","shutter_speed":"0","title":"","orientation":"1","keywords":[]}},"post":50623,"source_url":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/wp-content\/uploads\/2016\/11\/Hashim-Jasin.jpg"},"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/87745"}],"collection":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=87745"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/87745\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":87746,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/87745\/revisions\/87746"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/media\/50624"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=87745"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=87745"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=87745"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}