{"id":8724,"date":"2012-03-20T18:20:04","date_gmt":"2012-03-20T10:20:04","guid":{"rendered":"http:\/\/buletinonline.net\/v7\/index.php\/2012\/03\/isu-lynas-tiada-tarikan-di-sinar-harian-menyimpang-dari-maksud-sebenar-2\/"},"modified":"2012-03-20T18:20:04","modified_gmt":"2012-03-20T10:20:04","slug":"isu-lynas-tiada-tarikan-di-sinar-harian-menyimpang-dari-maksud-sebenar-2","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/isu-lynas-tiada-tarikan-di-sinar-harian-menyimpang-dari-maksud-sebenar-2\/","title":{"rendered":"\u2018Isu Lynas tiada tarikan\u2019 di Sinar Harian Menyimpang Dari Maksud Sebenar"},"content":{"rendered":"<p>Kenyataan pertama berkaitan dengan program Himpunan Hijau yang dirancang akan diadakan serentak seluruh Negara pada 13 April 2012 ini, wartawan berkenaan bertanya apakah Pas Terengganu telah mengadakan kerahan kepada ahli-ahlinya untuk hadir ke himpunan tersebut? Saya memaklumkan bahawa arahan belum lagi dikeluarkan dan Lujnah Alam Sekitar PAS Pusat yang menerajui isu ini akan bermesyuarat esok (19 Mac 2012)\u00a0 selepas mesyuarat tersebut dijangkakan arahan rasmi akan dikeluarkan dan PAS Terengganu bersama dengan keputusan PAS Pusat.<\/p>\n<p>Kenyataan kedua, apabila wartawan berkenaan merujuk kepada Himpunan Hijau yang telah diadakan di Padang MPK Kuantan baru-baru ini, apakah kesan dan gelombangnya telah meresap ke Terengganu? Saya menjelaskan bahawa isu Lynas setakat ini kesannya masih perlahan dalam kontek Terengganu kalau dibandingkan dengan isu-isu yang berkait secara langsung dengan kepentingan rakyat Terengganu seperti isu penyelewengan, salah guna kuasa, pembaziran dan kenaikan harga barang. Saya sama sekali tidak menyatakan bahawa isu Lynas ini tidak memberikan kesan langsung kepada rakyat atau tiada daya tarikan sebagaimana yang diberitakan.<\/p>\n<p>Kenyataan ketiga, saya menyatakan walaupun pengaruh isu ini masih perlahan dalam kontek Terengganu, tapi kita di Terengganu bersama dengan ketetapan PAS Pusat dan rakan-Rakan Pakatan Rakyat yang menentang Lynas. Adalah normal faktor jarak dan lokasi sesuatu isu mempengaruhi tahap kepekaan rakyat tapi bukan bermakna ianya tiada daya tarikan. Isu yang berlaku di Kuantan, tentulah tahap kepekaan masyarakat Kuantan lebih tinggi berbanding dengan masyarakat Terengganu.<\/p>\n<p>Kenyataan keempat berkaitan soalan apakah PAS Terengganu akan memainkan isu Lynas ini dalam kempen PRU akan datang.\u00a0 Saya menjelaskan bahawa pelbagai isu ada kepentingannya dan tahap keberkesanannya termasuklah i-SHARP dan Lynas. Setiap isu akan diambil dengan kadar dan kepentingan masing-masing.<\/p>\n<p>Tindakan pihak editor yangmemainkan fakta sehingga memaparkan berita yang menggambarkan seolah-olah Lujnah Alam Sekitar PAS Terengganu mempunyai pendirian yang bercanggah dengan pendirian PAS Pusat dan rakan-rakan Pakatan Rakyat amat dikesali. Mohon diambil tindakan pembetulan segera bagi mengelakkan kekeliruan.<\/p>\n<p>Sekian, terima kasih<\/p>\n<p><strong>Dr Azman Ibrahim<br \/>Pengerusi<br \/>Lujnah Alam Sekitar PAS Terengganu.<\/strong><\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p><img decoding=\"async\" src=\"http:\/\/buletinonline.net\/v7\/wp-content\/uploads\/2012\/03\/dr%20azman%20ibrahim.jpg\" border=\"0\" width=\"480\" height=\"310\" style=\"float: left; margin: 2px;\" \/>Merujuk kepada perkara di atas, dukacita dimaklumkan bahawa petikan berita tersebut menyimpang dari maksud sebenar kenyataan saya ketika diajukan beberapa soalan berkaitan isu Lynastersebut oleh wartawan yang berkenaan pada 18 Mac 2012 yang lalu.<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":0,"comment_status":"closed","ping_status":"closed","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"footnotes":""},"categories":[38],"tags":[],"better_featured_image":null,"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/8724"}],"collection":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=8724"}],"version-history":[{"count":0,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/8724\/revisions"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=8724"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=8724"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=8724"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}