{"id":85613,"date":"2021-05-11T00:22:09","date_gmt":"2021-05-10T16:22:09","guid":{"rendered":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/?p=85613"},"modified":"2021-05-11T00:23:51","modified_gmt":"2021-05-10T16:23:51","slug":"perutusan-khas-mb-sempena-tiga-tahun-kerajaan-terengganu","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/perutusan-khas-mb-sempena-tiga-tahun-kerajaan-terengganu\/","title":{"rendered":"Perutusan Khas MB Sempena Tiga Tahun Kerajaan Terengganu"},"content":{"rendered":"<p>UCAPAN SEMPENA 3 TAHUN KERAJAAN TERENGGANU<br \/>\n10 MEI 2021<br \/>\nAssalamualaikum wbt<\/p>\n<p>Muqaddimah<\/p>\n<p>Tiga tahun yang lalu, pada tarikh yang sama, saya bersama-sama dengan 10 orang Ahli Dewan Undangan Negeri, masing-masing telah mengangkat sumpah jawatan Menteri Besar dan Exco Kerajaan Negeri Terengganu. Bermula pada saat itu, kami memikul amanah kepemimpinan bagi merencana, dan mentadbir-urus kerajaan Negeri Terengganu, bersama-sama dengan jentera pentadbiran kerajaan yang lain. Prinsip kami sangat jelas pada saat itu : mana-mana yang baik diamalkan sebelum ini, kami akan teruskan dengan penambahbaikan,mana yang rosak ditinggalkan. Mana-mana yang tiada dan perlu, kami<br \/>\njayakan.<\/p>\n<p>Cabaran tentu besar, umpama \u201cbeban tidak lepas dari bahu\u201d mewarisi kerajaan yang lalu, seperti pepatah Melayu : \u201c Bagai denai gajah lalu\u201d, \u201cdikira dagang berlaba, kiranya pokok termakan\u201d. Rumah yang dilihat cantik dari luar, usang di dalamnya, bocor di atapnya. Semuanya ini, perlu ditangani satu persatu dengan cermat, dan ada juga yang melibatkan implikasi undang-undang, yang bukan kepalang besar nilainya kepada kerajaan.<\/p>\n<p>Rakyat Terengganu seramai lebih 1.2 juta orang yang mendiami rumah ini, ada yang perlu disantuni dengan kadar segera, dan tentunya ada yang dikemudiankan. Semua ini perlu mengikut prioriti atau keutamaan, atau mengikut kaedah Fiqh Aulawiyyat nya. <\/p>\n<p>Prioriti ini perlu dibuat, kerana sumber hasil Negeri adalah terhad, tahun 2020 bermula pula musibah pandemik Covid19, yang memerlukan perbelanjaan berfokus pada kelompok yang terkesan, dan juga bermulanya deferred and schedule payment yang menjangkaui 30% dari bajet negeri, terhadap hutang projek-projek besar sebelum ini. Umpama anak di rumah sendiri : ada yang masih pra-sekolah, ada di sekolah rendah dan menengah, ada belajar di universiti, dan ada yang sudah memasuki alam berkeluarga. Maka tentunya, nilai keperluan anakanak ini tidak sama, ada yang perlu segera, terdesak, ada yang boleh dikemudiankan, dan ada yang mereka usahakan sendiri .<\/p>\n<p>Maka keutamaan kita ialah, membantu rakyat mengikut keperluan, di mana yang terdesak didahulukan, yang dizalimi sekelian lama di bantu terlebih dahulu, dalam memenuhi keperluan kehidupan mereka.<\/p>\n<p>Suatu ketika, Khalifah Umar Abdul Aziz, menerima surat daripada Fartunah as-Sauda\u2019, iaitu seorang hamba. Fartunah as-Sauda\u2019 telah<br \/>\nmenulis surat, mengenai tembok tempat kediamannya yang rendah,<br \/>\nsehingga dengan mudah beliau diserang oleh orang jahat. Khalifah Umar<br \/>\nbin Abdul Aziz segera membalas surat Fartunah as-Sauda\u2019, dan<br \/>\nmengurarahkan pegawainya di Mesir, iaitu Ayyub bin Syurahbil, supaya<br \/>\nmeninggikan tembok rumah Fartunah as-Sauda\u2019. Inilah adalah antara<br \/>\ncontoh, bentuk bantuan bersasar kepada yang memerlukan, bukan<br \/>\nkepada setiap orang rakyat Mesir pada waktu itu.<\/p>\n<p>Inilah juga apa yang ditekankan dalam memahami \u201ckemaslahatan\u201d, di<br \/>\nmana ulama Islam membahagikannya kepada peringkat (1) alDhoruriyyat (iaitu jika sekiranya keperluan ini tidak ada, nescaya hidup manusia di dunia ini akan menghadapi kesukaran, baik di dunia mahupun akhirat.), (2) al-Hajiyyat (iaitu kepentingan yang diperlukan oleh manusia,bagi memberi kemudahan kepada mereka, dan menghilangkan<br \/>\nkesempitan yang membawa kepada kesulitan dengan ketiadaannya. Manakala ketiadaannya pula, tidaklah sehingga membawa kepincangan dalam hidup manusia) dan (3) al-Tahsiniyyat (iaitu perkara yang menjadi<br \/>\npelengkap dan hiasan tambahan untuk kesempurnaan manusia).<\/p>\n<p> Keperluan menyelesaikan maslahat hidup rakyat, tentunya bertambah<br \/>\npenting, dengan cabaran menghadapi pandemik Covid19, yang tidak<br \/>\npernah dihadapi dalam skala sebegini di seluruh dunia. Kesannya adalah<br \/>\nmenyeluruh, kepada kehidupan, kesihatan, ekonomi, hubungan<br \/>\nkemanusiaan, kesejahteraan hidup dan sebagainya. Semua orang<br \/>\nterkesan dengan musibah ini, dan tentunya tidak sama di kalangan 1.2<br \/>\njuta penduduk Terengganu. Ada yang perlu disegerakan, dan ada yang<br \/>\ndikemudiankan, semuanya mengikut keutamaan masing-masing.<br \/>\nBerat hati untuk saya berterus terang, kerana bukan kegembiraan saya<br \/>\nuntuk menyalahkan mana-mana pihak. Sebagai contohnya : pemberian<br \/>\ndana yang sebelum ini tidak begitu adil dilaksanakan, kerana<br \/>\nmeninggalkan kelompok tertentu, adalah wajar ditambah baik dengan<br \/>\npemberian yang lebih adil dan menyeluruh. Baru ini saya pernah bertanya<br \/>\nseseorang, yang pada perkiraan saya wajar menerima bantuan : \u201cKak Ani,<br \/>\npernah terima Dana Raya ?. Tergamam saya dengan jawapannya : \u201ctak<br \/>\npernah hayat. Saya dari parti lain, mana diberi\u201d. Sudah tentu<br \/>\npenambahbaikan mesti dibuat terhadap kelemahan ini.<\/p>\n<p>Dana yang pengagihannya lebih adil dan lebih baik dari Dana Raya<br \/>\nsebagai contohnya, sudah tentu akan diberi dengan tujuan untuk<br \/>\nmenggerakkan ekonomi rakyat, apabila sampai waktu dan ketikanya<br \/>\nnanti.<\/p>\n<p>Tanpa menghiraukan segala reput dan usang ini, kami tidak menoleh<br \/>\nkebelakang, kami tidak mengungkit-ungkit, jauh sekali membesarkan aib<br \/>\nsesiapa; kami bergerak ke hadapan atas semangat baharu muafakat, dan<br \/>\nkeharmonian agenda besar di Negeri Terengganu, yang begitu lama<br \/>\ndinantikan. Sebelum ini sesama kita terkenal dengan politik yang tegang<br \/>\ndan pertembungan tajam.<\/p>\n<p>Alhamdulillah, setelah kita memperkenalkan Budaya Politik Matang dan<br \/>\nSejahtera, ketegangan yang ada nampaknya semakin mengendur,<br \/>\npertembungan yang tajam semakin tumpul. Komitmen kami, akan terus<br \/>\nberusaha agar kita sama-sama mampu duduk berlaga lutut berbicara,<br \/>\nbiarlah \u201cburuk dibuang dengan rundingan, baik ditarik dengan muafakat\u201d.<br \/>\nSebagai sebuah kerajaan yang menjadikan Islam sebagai dasarnya,<br \/>\nsebagaimana yang termaktub dalam Undang-Undang Tubuh Kerajaan<br \/>\nNegeri, dan juga menjadi prinsip pertama dalam Pelan Induk Terengganu<br \/>\nSejahtera (PITAS2030), agenda pemerkasaan Islam menjadi fokus<br \/>\nkerajaan.<\/p>\n<p>Maka menjadi tanggungjawab kerajaan pada hari ini, untuk meneruskan<br \/>\nkesinambungan pemerkasaan syariat Islam, di negeri Terengganu.<br \/>\nPastinya proses ini perlu dilakukan dengan cermat, dan secara tadarruj<br \/>\n(iaitu berperingkat), serta tidak tergopoh-gapah. Beberapa inisiatif telah<br \/>\nkita ambil antaranya ialah :<br \/>\nPertama. Membangunkan Garis Panduan Patuh Syariah Hiburan,<br \/>\nKebudayaan, Pelancongan dan Sukan. Ianya termasuklah beberapa<br \/>\ndasar dan polisi lain, seperti dasar perumahan RAHMAN, Dasar Integriti<br \/>\nDarul Iman, dan Modul Itqan Insani.<br \/>\nKedua. Kerajaan Negeri juga telah menubuhkan beberapa agensi<br \/>\nbertindak dalam agenda ini seperti Skuad Amar Makruf Nahi Mungkar,<br \/>\nDUAT dan juga I-MITS.<\/p>\n<p>Ketiga. Dalam soal pendidikan Islam, kita telah berjaya mewujudkan<br \/>\nsistem pendidikan Islam yang komprehensif, bermula dari Tadika,<br \/>\nPendidikan Rendah dan Menengah, hinggalah kepada peringkat<br \/>\npengajian tinggi. Bahkan pada tahun ini kita menaik taraf Bahagian<br \/>\nPendidikan Islam, kepada Jabatan Pendidikan Islam Negeri Terengganu,<br \/>\nsebagai penyelia kepada sistem pendidikan Islam di Terengganu.<br \/>\nKeempat. Dalam soal urus niaga kerajaan, elemen patuh syariah amat<br \/>\ndititik beratkan, antaranya ialah, kita adalah mendapatkan kembali status<br \/>\npatuh syariah untuk TDM Berhad, setelah beberapa tahun status tersebut<br \/>\nditarik.<\/p>\n<p>Agenda pemerkasaan syariat Islam ini, pastinya mengambil masa dan<br \/>\nproses yang panjang. Oleh kerana itu, kerjasama dan kefahaman<br \/>\ndaripada semua pihak, amatlah diharapkan bagi merealisasi impian ini.<br \/>\nManifesto<br \/>\nMengambil kesempatan pada hari ini juga, suka untuk saya nyatakan<br \/>\nperkembangan 20 manifesto, yang telah kita janjikan kepada rakyat.<br \/>\nAlhamdulillah, dalam masa 3 tahun, sebanyak 70% manifesto telah<br \/>\ndilaksanakan iaitu 14 daripada 20 manifesto.<\/p>\n<p>Malah, melalui Jawatankuasa Induk Manifesto Negeri Terengganu,<br \/>\nmeletakkan sehingga akhir tahun 2021 ini, tambahan 4 lagi agenda<br \/>\nmanifesto akan dilaksanakan, menjadikan jumlahnya 18 daripada 20<br \/>\nmanifesto atau 90%.<\/p>\n<p>Walaupun dalam keadaan suasana ekonomi yang mencabar, dan wabak<br \/>\npandemic Covid19 yang ada, Kerajaan Negeri tetap berusaha untuk<br \/>\nmenunaikan janji yang telah kita berikan kepada rakyat.<br \/>\nMasa Akan Datang<\/p>\n<p>Langkahan yang telah kita bina selama 3 tahun ini, akan terus kita pacu<br \/>\nsecara bersama, untuk masa hadapan Terengganu Maju Berkat dan<br \/>\nSejahtera. Namun, harus kita sedari, bahawa kita berada pada zaman<br \/>\nyang sukar, dan berbeza dari zaman sebelum ini.<\/p>\n<p>Oleh kerana itu, corak pentadbiran kerajaan negeri juga, perlu mengikut<br \/>\nrealiti zaman yang ada, terutamanya ketika berhadapan dengan rakyat<br \/>\nyang semakin kompleks. Penglibatan rakyat, NGO, kumpulan sasar<br \/>\ntertentu akan menjadi antara penanda aras, dalam mendapatkan apa jua<br \/>\nmaklum balas untuk pertimbangan kerajaan.<br \/>\nKerajaan Negeri Terengganu, mesti bergerak seiring dengan keadaan<br \/>\nsemasa, dan perkembangan perubahan yang berlaku. InsyaAllah,<br \/>\ndengan kerjasama semua pihak, bermula dari pihak atas hingga rakyat,<br \/>\nkita mampu memberikan masa depan yang baik, untuk negeri<br \/>\nTerengganu.<\/p>\n<p>Penutup<\/p>\n<p>Sebelum melabuhkan ucapan pada malam ini, saya ingin rakamkan<br \/>\nsekalung penghargaan, dan ucapan terima kasih kepada semua saf<br \/>\nkepimpinan, para pegawai, kakitangan kerajaan, agensi-agensi, JPKK<br \/>\ndan rakyat, yang melancarkan perjalanan pentadbiran selama tiga tahun<br \/>\nini.<\/p>\n<p>Semoga tahun-tahun yang mendatang, diberikan lebih limpahan kurnia<br \/>\noleh Allah SWT. Saya juga menyeru kepada semua, untuk kita<br \/>\nmemanfaatkan baki Ramadan yang ada, dengan berdoa kepada Allah<br \/>\nSWT, agar wabak COVID-19 ini segera berlalu pergi.<br \/>\nAkhirnya, dengan lafaz, BISMILLAHHIRRAHMAANIRRAHIM saya<br \/>\nmerasmikan Majlis Sambutan 3 Tahun Pentadbiran Kerajaan Negeri<br \/>\nTerengganu. Sekian, terima kasih.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>UCAPAN SEMPENA 3 TAHUN KERAJAAN TERENGGANU 10 MEI 2021 Assalamualaikum wbt Muqaddimah Tiga tahun yang lalu, pada tarikh yang sama, saya bersama-sama dengan 10 orang Ahli Dewan Undangan Negeri, masing-masing telah mengangkat sumpah jawatan Menteri Besar dan Exco Kerajaan Negeri Terengganu. Bermula pada saat itu, kami memikul amanah kepemimpinan bagi merencana, dan mentadbir-urus kerajaan Negeri [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":85614,"comment_status":"closed","ping_status":"closed","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"footnotes":""},"categories":[38],"tags":[],"better_featured_image":{"id":85614,"alt_text":"","caption":"","description":"","media_type":"image","media_details":{"width":1080,"height":606,"file":"2021\/05\/938c470b-a1e0-4a7e-a439-77d34a5cb14e.jpg","filesize":34270,"sizes":{},"image_meta":{"aperture":"0","credit":"","camera":"","caption":"","created_timestamp":"0","copyright":"","focal_length":"0","iso":"0","shutter_speed":"0","title":"","orientation":"0","keywords":[]}},"post":85613,"source_url":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/wp-content\/uploads\/2021\/05\/938c470b-a1e0-4a7e-a439-77d34a5cb14e.jpg"},"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/85613"}],"collection":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=85613"}],"version-history":[{"count":2,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/85613\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":85617,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/85613\/revisions\/85617"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/media\/85614"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=85613"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=85613"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=85613"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}