{"id":85227,"date":"2021-04-03T09:52:45","date_gmt":"2021-04-03T01:52:45","guid":{"rendered":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/?p=85227"},"modified":"2021-04-03T09:52:45","modified_gmt":"2021-04-03T01:52:45","slug":"teruskan-kerjasama-dengan-mn-pn","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/teruskan-kerjasama-dengan-mn-pn\/","title":{"rendered":"Teruskan Kerjasama Dengan MN, PN"},"content":{"rendered":"<p>Oleh KAM<\/p>\n<p>MARANG \u2013 PAS mahu meneruskan kerjasama parti itu dalam Muafakat Nasional (MN) dan Perikatan Nasional (PN) demi menyatukan umat Islam hingga Pilihan Raya Umum (PRU) ke-15, akan datang.<\/p>\n<p>Presidennya, Dato\u2019 Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata, PAS mahu bekerjasama dengan semua parti mengikut konsep bagi menyatukan umat di negara ini.<\/p>\n<p>Namun, katanya kerjasama itu mestilah berasaskan dua perkara iaitu dengan parti yang tidak \u2018ekstrem\u2019 dan bukan bersifat \u2018liberal\u2019.<\/p>\n<p>\u201cYa, kita kerjasama dengan semua, tapi ikut konsep kitalah nak menyatukan umat bukan memecahkan umat. <\/p>\n<p>\u201cKita nak menyatukan umat pertamanya, mesti tidak \u2018ekstrem\u2019, tidak \u2018liberal\u2019. Dua asas itu. Kita tolak kalangan liberal, tolok kalangan ekstrem. Yang ektrem itu nilai sendirilah siapa yang ekstrem, siapa yang liberal,\u201d tegasnya selepas menyampaikan Kuliah Dhuha Jumaat atas talian di Masjid Rusila, Marang, semalam. <\/p>\n<p>Ketika ditanya, dalam situasi sekarang ini maksudnya PAS masih bekerjasama atau menolak Muafakat Nasional, kata Dato\u2019 Seri Abdul Hadi, PAS masih bekerjasama dengan MN.<\/p>\n<p>Malah, katanya biar masyarakat dan rakyat menilai siapa yang mahukan kerjasama itu diteruskan demi kebaikan umat Islam.<\/p>\n<p>\u201cKita bekerjasama, orang yang tak kerjasama biarlah. Biar masyarakat tengok siapa yang kerjasama dan siapa yang tak kerjasama.<\/p>\n<p>\u201cKita sudah bersetuju, sudah tandatangani, saya \u2018sign\u2019, Zahid Hamidi \u2018sign\u2019, jemput Tan Sri Muhyiddin, atas nama Muafakat Nasional, itu yang perlu dilaksanakan. Kita sudah tandatangan, saya boleh tunjuk surat itu. <\/p>\n<p>\u201cKerjasama yang penting, nama-nama itu tak penting, yang penting kerjasama. Sekarang ini, Perikatan Nasional sudah didaftarkan,\u201d jelasnya.<\/p>\n<p>Dato\u2019 Seri Abdul Hadi turut diminta mengulas saranan Zahid Hamidi agar PAS berfikir tentang kerjasama asal dalam MN, kata beliau PAS telah buat sebaik-baiknya.<\/p>\n<p>\u201cKita sudah buat sebaik-baiknya. Kita banyak pengalaman, kita sudah kerjasama dengan semua. Bacalah sejarah (PAS) tahun 50-an, 60-an. <\/p>\n<p>\u201cSiapa yang kerjasama dengan kita, kita terus dan yang tak kerjasama dengan kita itu, sama ada (parti) \u2018mati\u2019 ataupun berkecai, terkulai, tak perlu saya sebutkan namalah.<\/p>\n<p>\u201cTak perlu saya kata apa, baca sejarahlah. Kamu baca sejarah itu daripada tahun 50-an. PAS kerjasama dengan Parti Negara, Parti Negara ke mana sekarang? (tapi) PAS ada lagi. <\/p>\n<p>&#8220;Kerjasama dengan Parti Sosialis, PAS ada lagi, Parti Sosialis di mana sekarang? Kerjasama dengan Barisan Nasional, PAS ada lagi, Barisan Nasional di mana sekarang? Kerjasama dengan Parti Melayu Semangat 46, PAS ada lagi (tapi) Semangat 46 di mana? dan banyaklah (lagi) baca sejarah itu,\u201d ujarnya.<\/p>\n<p>Ditanya tentang pandangan Mursyidul Am PAS bahawa parti itu akan memilih bekerjasama dengan parti yang kurang mudaratnya, Dato\u2019 Seri Abdul Hadi menyokong pendapat itu.<\/p>\n<p>\u201cYa, betullah (Mursyidul Am) dan itulah asas kita (PAS). Itu biar orang (rakyat) tengoklah siapa (parti) yang beri mudarat. Siapa yang sedang membawa mudarat sekarang. <\/p>\n<p>\u201cKita (PAS) baru buat perbincangan dengan MN. Dalam Umno pun kamu lihat sendiri. Umno Sabah lain, Umno Perlis lain, Umno Johor lain, Umno Selangor pun lain.<\/p>\n<p>\u201cKita (PAS) pilih yang bersama dengan kita. Sehingga hari ini Menteri-menteri (Umno) tak letak jawatan dan kerajaan kita (PN) terus (memerintah) dan kita hendak selesai masalah Covid-19, itu yang pentingnya. Masalah ekonomi rakyat dan sebagainya.<\/p>\n<p>\u201cSehingga ini kita (PAS) masih terus dengan PN secara rasminya,\u201d tegas beliau yang juga Ahli Parlimen Marang dan Duta Khas Perdana Menteri ke Timur Tengah. <\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Oleh KAM MARANG \u2013 PAS mahu meneruskan kerjasama parti itu dalam Muafakat Nasional (MN) dan Perikatan Nasional (PN) demi menyatukan umat Islam hingga Pilihan Raya Umum (PRU) ke-15, akan datang. Presidennya, Dato\u2019 Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata, PAS mahu bekerjasama dengan semua parti mengikut konsep bagi menyatukan umat di negara ini. Namun, katanya [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":85216,"comment_status":"closed","ping_status":"closed","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"footnotes":""},"categories":[31],"tags":[],"better_featured_image":{"id":85216,"alt_text":"","caption":"","description":"","media_type":"image","media_details":{"width":2160,"height":1317,"file":"2021\/04\/IMG_20210403_071952.jpg","filesize":568037,"sizes":{},"image_meta":{"aperture":"0","credit":"","camera":"","caption":"","created_timestamp":"0","copyright":"","focal_length":"0","iso":"0","shutter_speed":"0","title":"","orientation":"0","keywords":[]}},"post":null,"source_url":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/wp-content\/uploads\/2021\/04\/IMG_20210403_071952.jpg"},"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/85227"}],"collection":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=85227"}],"version-history":[{"count":2,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/85227\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":85230,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/85227\/revisions\/85230"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/media\/85216"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=85227"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=85227"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=85227"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}