{"id":8481,"date":"2012-02-28T14:34:26","date_gmt":"2012-02-28T06:34:26","guid":{"rendered":"http:\/\/buletinonline.net\/v7\/index.php\/2012\/02\/pas-pandang-serius-isu-kehilangan-bahan-bukti-jentolak-2\/"},"modified":"2012-02-28T14:34:26","modified_gmt":"2012-02-28T06:34:26","slug":"pas-pandang-serius-isu-kehilangan-bahan-bukti-jentolak-2","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/pas-pandang-serius-isu-kehilangan-bahan-bukti-jentolak-2\/","title":{"rendered":"PAS Pandang Serius Isu Kehilangan \u2018Bahan Bukti\u2019 Jentolak"},"content":{"rendered":"<p>Kecurigaan ini timbul ekoran tiada sebarang papan tanda projek dan penjelasan pihak berwajib tentang kerja-kerja yang telah dan sedang dijalankan sedangkan anak-anak kelapa sawit yang ditanam telah mencecah usia setahun lebih malah ada sebahagiannya telah mengeluarkan hasil.<\/p>\n<p>Berdasarkan aduan seorang penduduk, Hapsah Jusoh yang juga pemilik lot tanah PT 2057, nombor Geran Mukim 2197, Kampung Gong Dohud yang terletak bersebelahan dengan lokasi penerokaan, Majlis Tindakan Dun Jabi bersama Skuad Buletin Online telah membuat tinjauan lapangan pada 17 September lalu di kawasan terbabit dan didapati aduan tersebut mempunyai kebenaran dan asas fakta.<\/p>\n<p>Bersandarkan kepada fakta-fakta yang mengaitkan beberapa orang kuat Umno termasuk wakil rakyat dan pengerusi-pengerusi JKKK yang mengaut tanah dengan keluasan yang mencecah belasan hingga puluhan ekar setiap orang, tindakan siaran media untuk memanjangkan perkara ini ke peringkat atas telah di ambil termasuk peranan wakil rakyat PAS yang menimbulkan perkara ini semasa sidang Dewan Undangan Negeri baru-baru ini.<\/p>\n<p>Penduduk setempat menuntut penjelasan pihak berwajib dan penyiasatan rapi tentang status sebenar tanah-tanah yang diterokai kerana berdasarkan makluman mereka yang telah menetap di situ sejak puluhan tahun dahulu, tanah-tanah tersebut adalah tanah kerajaan yang belum diberi hak milik. Kalau telah diberikan hak milik, siapakah pula pemiliknya dan bagaimana kaedah pembahagian tersebut memandangkan tiada sebarang tawaran atau iklan dikeluarkan.<\/p>\n<p>Pendedahan kami telah berjaya menarik perhatian pihak berwajib. Terima kasih dan syabas di atas tindakan segera Pejabat Tanah dan Galian (PTG) Negeri yang melakukan serbuan ke lokasi terbabit. Ini\u00a0 dengan sendirinya membuktikan bahawa memang wujud aktiviti penerokaan tanah secara haram tanpa kebenaran dan dokumen yang sah dari pihak Pejabat Tanah Daerah. <\/p>\n<p>Difahamkan, semasa serbuan tersebut, penguatkuasa PTG turut menyita jentera jentolak yang digunakan dalam pencerobohan sebagai bahan bukti, sebelum tindakan susulan lebih lanjut diambil.\u00a0 Malangnya, sehari kemudian, kami diberikan maklumat bahawa bahan bukti tersebut telah didapati hilang!<\/p>\n<p>Kehilangan bahan bukti kes, suatu implikasi besar dari segi perundangan. Pihak majlis Tindakan Dun Jabi memandang serius tentang perkara ini dan tindakan aduan kepada SPRM akan dibuat dalam masa terdekat. Hakikatnya, tiada siapa pun dibolehkan menjadi dalang untuk mengabui undang-undang.<\/p>\n<p><strong>Dr Azman Ibrahim,<br \/>Pengerusi Majlis Tindakan DUN Jabi<br \/>Naib Yang DiPertua PAS Kawasan Setiu <\/strong><\/p>\n<p>\u00a0<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p><img decoding=\"async\" src=\"http:\/\/3.bp.blogspot.com\/-KXaLQ2V1eDs\/TnYNDt17HsI\/AAAAAAAAG8o\/172GRVu8QMY\/s1600\/17092011+090.jpg\" border=\"0\" width=\"463\" height=\"299\" style=\"float: right; margin: 3px;\" \/><strong><a href=\"http:\/\/buletinonline.net\/index.php?option=com_content&amp;view=article&amp;id=4072:pemimpin-kanan-umno-jkkk-terlibat-meneroka-tanah-secara-haram-&amp;catid=35:dalam-negeri&amp;Itemid=85\">Buletin Online pada 18 september 2011<\/a><\/strong> pernah mendedahkan tentang kewujudan aktiviti penerokaan tanah secara berleluasa melibatkan ratusan ekar tanah yang kemudiannya ditanam kelapa sawit di Kampung Gong Dohud, Jabi dekat sini\u00a0 (gambar) yang menimbulkan tanda tanya dan kecurigaan penduduk sekitar.<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":0,"comment_status":"closed","ping_status":"closed","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"footnotes":""},"categories":[38],"tags":[],"better_featured_image":null,"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/8481"}],"collection":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=8481"}],"version-history":[{"count":0,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/8481\/revisions"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=8481"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=8481"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=8481"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}