{"id":8459,"date":"2012-02-26T01:19:30","date_gmt":"2012-02-25T17:19:30","guid":{"rendered":"http:\/\/buletinonline.net\/v7\/index.php\/2012\/02\/pilihan-raya-pas-sentiasa-bersedia-2\/"},"modified":"2012-02-26T01:19:30","modified_gmt":"2012-02-25T17:19:30","slug":"pilihan-raya-pas-sentiasa-bersedia-2","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/pilihan-raya-pas-sentiasa-bersedia-2\/","title":{"rendered":"Pilihan raya? PAS sentiasa bersedia"},"content":{"rendered":"<p><em> untuk mewawancara Musyidul Am PAS, yang juga Menteri  Besar Kelantan, Datuk Nik Aziz Nik Mat, bagi mendapatkan pandangannya  mengenai perkara itu. Apakah Kelantan akan kekal di tangan PAS? Apakah pula matlamat yang  ditetapkan Pakatan Rakyat dalam pilihan raya mendatang. BH turut mencungkil personaliti ulama yang disegani ini. Ikuti laporan berikut <\/em><\/p>\n<p> Datuk Nik Aziz kini gunakan Facebook untuk &#8216;bersama&#8217; rakyat Kelantan SETIAP Jumaat, sebahagian Jalan Dato Pati di Kota Bharu, akan ditutup mulai 8.30 pagi.<span class=\"content\"> <\/span> <span class=\"content\"><\/p>\n<p>Sebabnya, Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Aziz Nik Mat, yang lebih mesra dipanggil Tok Guru akan mengadakan ceramah agamanya.<\/p>\n<p><\/span> <span class=\"content\"><\/p>\n<p>Memandangkan Jumaat ialah hari cuti umum di Kelantan, berduyun-duyun rakyat Kota Bharu akan &#8216;turun padang&#8217;.<\/p>\n<p><\/span> <span class=\"content\"><\/p>\n<p>Datuk Nik Aziz, yang biasanya bersarban putih dan memakai jubah, akan menyampaikan syarahannya dalam loghat Kelantan.<\/p>\n<p><\/span> <span class=\"content\"><\/p>\n<p>Ceramah itu sudah begitu sebati  dengan penduduk setempat sejak negeri itu diperintah oleh Parti Islam  SeMalaysia (PAS) pada 1990.<\/p>\n<p><\/span> <span class=\"content\"><\/p>\n<p>Namun, apa yang kini ketara ialah tradisi juga boleh berubah dek perkembangan teknologi.<\/p>\n<p><\/span> <span class=\"content\"><\/p>\n<p>Jika dulu, mereka yang berada di  kawasan luar bandar tidak berpeluang mendengar ceramah Datuk Nik Aziz,  kini mereka boleh berbuat demikian secara langsung melalui laman  Facebook Mursyidul Am PAS itu sendiri.<\/p>\n<p><\/span> <span class=\"content\"><\/p>\n<p>Melalui Facebook ini juga, para penduduk akan dimaklumkan jadual Datuk Nik Aziz serta acara yang dihadirinya.<\/p>\n<p><\/span> <span class=\"content\"><\/p>\n<p>Angin pembaharuan sudah dirasai di negeri Cik Siti Wan Kembang.<\/p>\n<p><\/span> <span class=\"content\"><\/p>\n<p><strong>AURA TOK GURU<\/strong><\/p>\n<p><\/span> <span class=\"content\"><\/p>\n<p>Kuliah Datuk Nik Aziz di &#8216;Medan  Ilmu&#8217; ini membuka jendela pengenalan bagi mereka yang ingin menjenguk  kehidupan orang Kelantan.<\/p>\n<p><\/span> <span class=\"content\"><\/p>\n<p>Ia memberi sekilas gambaran mengapa Datuk Nik Aziz merupakan ikon PAS.<\/p>\n<p><\/span> <span class=\"content\"><\/p>\n<p>Berita Harian telah berpeluang  mewawancara Datuk Nik Aziz minggu lalu di Pejabat Menteri Besar di Kota  Bharu untuk lebih memahami mengapa beliau begitu dihormati ramai di  Kelantan.<\/p>\n<p><\/span> <span class=\"content\"><\/p>\n<p>Dengan memulakan perbualan dengan Bismillah, pertuturan Datuk Nik Aziz sepanjang wawancara lembut tetapi tegas.<\/p>\n<p><\/span> <span class=\"content\"><\/p>\n<p>&#8216;Kuliah Jumaat ini sudah menjadi  amalan, bekalan saya. Nabi Muhammad saw adalah orang yang menderma ilmu.  Jadi, amalan yang paling baik ialah untuk menderma ilmu.<\/p>\n<p><\/span> <span class=\"content\"><\/p>\n<p>&#8216;Saya panggil ini &#8216;kuliah senafas&#8217;. Kalau dapat beri kuliah lima atau 10 minit pun sudah cukup,&#8217; katanya.<\/p>\n<p><\/span> <span class=\"content\"><\/p>\n<p>Sebagai seorang ulama, Datuk Nik Aziz mempunyai ramai pengikut.<\/p>\n<p><\/span> <span class=\"content\"><\/p>\n<p>Tanya saja sesiapa saja di Kelantan,  apa keistimewaan Datuk Nik Aziz dan ramai yang tidak akan teragak-agak  memberikan pelbagai contoh.<\/p>\n<p><\/span> <span class=\"content\"><\/p>\n<p>&#8216;Rakyat Kelantan semua percaya yang  Tok Guru seorang yang bebas daripada rasuah. PAS dapat bertahan di  Kelantan sebab kita tidak boleh percayakan Umno,&#8217; kata seorang penduduk  Kota Bharu, Haji Mat, kepada Berita Harian.<\/p>\n<p><\/span> <span class=\"content\"><\/p>\n<p>Gaya hidup Datuk Nik Aziz juga begitu sederhana.<\/p>\n<p><\/span> <span class=\"content\"><\/p>\n<p>Sejak menjadi Menteri Besar, beliau tidak menetap di kediaman rasminya di JKR 10.<\/p>\n<p><\/span> <span class=\"content\"><\/p>\n<p>Sebaliknya, beliau lebih senang tinggal di rumahnya sendiri di Kampong Pulau Melaka.<\/p>\n<p><\/span> <span class=\"content\"><\/p>\n<p>Sesiapa saja yang boleh memasuki  pekarangan rumah Datuk Nik Aziz yang turut menempatkan sebuah masjid dan  sebuah sekolah menengah.<\/p>\n<p><\/span> <span class=\"content\"><\/p>\n<p>Jika jadualnya mengizinkan, beliau juga akan hadir di majlis perkahwinan penduduk atau melawat jika ada kematian.<\/p>\n<p><\/span> <span class=\"content\"><\/p>\n<p>Datuk Nik Aziz sebab utama Kelantan masih berada di dalam tangan PAS.<\/p>\n<p><\/span> <span class=\"content\"><\/p>\n<p><strong>PILIHAN RAYA UMUM (PRU) KE-13<\/strong><\/p>\n<p><\/span> <span class=\"content\"><\/p>\n<p>Baru-baru ini, Datuk Nik Aziz mengesahkan beliau akan bertanding pada pilihan raya umum akan datang.<\/p>\n<p><\/span> <span class=\"content\"><\/p>\n<p>Pemimpin veteran PAS berusia 81 tahun ini mula bertanding sejak pilihan raya umum 1967.<\/p>\n<p><\/span> <span class=\"content\"><\/p>\n<p>Pada pilihan raya umum 2008, beliau  mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan kawasan  Chempaka mengalahkan calon Barisan Nasional (BN) Datuk Dr Nik Mohd Zain  Omar, dengan majoriti 4,249 undi.<\/p>\n<p><\/span> <span class=\"content\"><\/p>\n<p>Akhbar rasmi Umno, Utusan Malaysia,  bagaimanapun menyifatkan kesediaan Datuk Nik Aziz terus bertanding pada  pilihan raya umum ke-13 membuktikan beliau tidak memahami realiti bahawa  beliau sudah uzur.<\/p>\n<p><\/span> <span class=\"content\"><\/p>\n<p>Akhbar itu mendakwa pemimpin itu  masih &#8216;ghairah untuk berkuasa&#8217; walaupun sudah memimpin Kelantan selama  empat penggal atau lebih 21 tahun.<\/p>\n<p><\/span> <span class=\"content\"><\/p>\n<p>Ditanya Berita Harian mengenai  tanggapan itu, Datuk Nik Aziz, berkata barang lama biasanya lebih  berharga berbanding dengan yang baru.<\/p>\n<p><\/span> <span class=\"content\"><\/p>\n<p>Memberi contoh, beliau berkata:<\/p>\n<p><\/span> <span class=\"content\"><\/p>\n<p>&#8216;Mata cincin di jari pun batu. Serupa dengan batu kapur.<\/p>\n<p><\/span> <span class=\"content\"><\/p>\n<p>&#8216;Namun, batu kapur sebab ia baru, dibuat jalan raya. Batu permata sebab ia lama, ia jadi barang berharga.&#8217;<\/p>\n<p><\/span> <span class=\"content\"><\/p>\n<p>Ditanya sama ada beliau telah menetapkan tempoh untuk berundur, Datuk Nik Aziz berkata beliau:<\/p>\n<p><\/span> <span class=\"content\"><\/p>\n<p>&#8216;Saya berundur bila saya sendiri  yang hendak (berundur). Kalau saya sendiri yang tidak tahan, itu boleh.  Atau pun jika pimpinan PAS Kelantan sendiri minta saya undur.<\/p>\n<p><\/span> <span class=\"content\"><\/p>\n<p>&#8216;Kalau Umno suruh berundur, makin naik angin saya.&#8217;<\/p>\n<p><\/span> <span class=\"content\"><\/p>\n<p>Mengenai siapa penggantinya, Tok Guru, lebih selesa untuk berahsia.<\/p>\n<p><\/span> <span class=\"content\"><\/p>\n<p>&#8216;Tidak boleh sebut sekarang. Memang  ada dalam kepala saya (siapa pengganti) tetapi tidak boleh sebut  sekarang. Nanti bila saya nak mengundur, bolehlah,&#8217; katanya sambil  ketawa kecil.<\/p>\n<p><\/span> <span class=\"content\"><\/p>\n<p>Dalam pilihan raya yang lalu, parti  pembangkang mencatatkan kemenangan besar dengan mengekalkan kuasa di  Kelantan dan merampas kuasa di Selangor, Pulau Pinang dan Kedah.<\/p>\n<p><\/span> <span class=\"content\"><\/p>\n<p>Perak pula telah kembali semula di bawah BN, selepas beberapa anggota pembangkang lompat parti.<\/p>\n<p><\/span> <span class=\"content\"><\/p>\n<p>Selain di Kelantan, Menteri Besar Kedah juga dari PAS.<\/p>\n<p><\/span> <span class=\"content\"><\/p>\n<p>Ditanya sama ada PAS sudah bersedia  bertanding dalam pilihan raya umum yang dibayangkan akan diadakan tidak  lama lagi, Datuk Nik Aziz berkata:<\/p>\n<p><\/span> <span class=\"content\"><\/p>\n<p>&#8216;Orang Islam, dia bersiap setiap  masa. Dia banyakkan bekalan kehidupan di akhirat &#8211; baik dalam hal  ibadah, ekonomi dan hal politik.<\/p>\n<p><\/span> <span class=\"content\"><\/p>\n<p>&#8216;Oleh yang demikian, orang Islam  yang faham agamanya, tidak ada masalah bertanding. PAS berada di jalan  yang benar iaitu untuk menyambung kerja Nabi Muhammad saw.<\/p>\n<p><\/span> <span class=\"content\"><\/p>\n<p>&#8216;Pilihan raya nak mari, bila-bila pun, itu biasa saja.&#8217;<\/p>\n<p><\/span> <span class=\"content\"><\/p>\n<p>Menjelang pilihan raya 2008,  beberapa pengamat politik menjangkakan itu merupakan penggal terakhir  bagi Datuk Nik Aziz mengekalkan kuasa di Kelantan.<\/p>\n<p><\/span> <span class=\"content\"><\/p>\n<p>Ini memandangkan dalam Pilihan Raya  2004, PAS menang tipis dengan mendapat 23 kerusi DUN berbanding 22  kerusi yang dimenangi BN.<\/p>\n<p><\/span> <span class=\"content\"><\/p>\n<p>PAS mendapat lima kerusi Parlimen sementara BN mendapat sembilan.<\/p>\n<p><\/span> <span class=\"content\"><\/p>\n<p>Sebaliknya dalam PRU-12 itu, PAS  menang besar di luar jangkaan, dengan mendapat 38 daripada 45 kerusia  DUN sementara sekutunya, Parti Keadilan Rakyat (PKR), mendapat satu  kerusi.<\/p>\n<p><\/span> <span class=\"content\"><\/p>\n<p>BN hanya mendapat tujuh kerusi DUN.<\/p>\n<p><\/span> <span class=\"content\"><\/p>\n<p>Bagi kerusi Parlimen, PAS mendapat sembilan kerusi sementara PKR mendapat tiga.<\/p>\n<p><\/span> <span class=\"content\"><\/p>\n<p>Ini berbanding dua kerusi Parlimen yang dimenangi BN.<\/p>\n<p><\/span> <span class=\"content\"><\/p>\n<p>Apakah PAS yakin dapat mengekalkan  kuasa di Kelantan dalam PRU-13 walaupun BN baru-baru ini memberi amaran  mampu merampas semula negeri itu ?<\/p>\n<p><\/span> <span class=\"content\"><\/p>\n<p>Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri  Najib, baru-baru ini juga menarik perhatian berkata Kelantan merupakan  negeri paling miskin di Malaysia.<\/p>\n<p><\/span> <span class=\"content\"><\/p>\n<p>Menurutnya, kedudukan tercorot itu bermula sejak negeri tersebut berada di bawah pemerintahan kerajaan PAS Kelantan.<\/p>\n<p><\/span> <span class=\"content\"><\/p>\n<p>&#8216;Insya-Allah, Kelantan kekal. Tiada sebab rakyat Kelantan tolak Islam,&#8217; kata Datuk Nik Aziz penuh yakin.<\/p>\n<p><\/span> <span class=\"content\"><\/p>\n<p>Keyakinan itu mungkin didorong oleh  tindakan rakyat Kelantan menolak habuan projek pembangunan bernilai RM10  bilion ($4.1 bilion) di Kelantan yang dijanjikan Perdana Menteri ketika  itu, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, jika BN menang dalam PRU-12.<\/p>\n<p><\/span> <span class=\"content\"><\/p>\n<p>&#8216;Kami yakin PAS itu adalah benar.   &#8216;Kalau demokrasi dijaga dengan baik, tidak ada sebab langsung orang  Melayu dan rakyat bukan Islam tidak mengundi PAS.<\/p>\n<p><\/span> <span class=\"content\"><\/p>\n<p>&#8216;Keadaan Umno sekarang dengan Umno dulu serupa saja iaitu tidak membawa ajaran Nabi Muhammad saw.<\/p>\n<p><\/span> <span class=\"content\"><\/p>\n<p>&#8216;Mereka boleh buatlah apa pun sekali  pembangunan, kami tidak tergugat kerana pembangunan itu bukan duit dia  iaitu duit Umno tetapi duit rakyat, duit cukai.<\/p>\n<p><\/span> <span class=\"content\"><\/p>\n<p>&#8216;Apa susahnya? Kalau kami menguasai Malaysia, kami juga boleh membuat pembangunan,&#8217; tegas Datuk Nik Aziz.<\/p>\n<p><\/span> <span class=\"content\"><\/p>\n<p><strong>AMBIL ALIH PUTRAJAYA<\/strong><\/p>\n<p><\/span> <span class=\"content\"><\/p>\n<p>Apakah pula matlamat yang ditetapkan oleh Pakatan Rakyat (PR) dalam PRU-13 ?<\/p>\n<p><\/span> <span class=\"content\"><\/p>\n<p>Jawab Datuk Nik Aziz:<\/p>\n<p><\/span> <span class=\"content\"><\/p>\n<p>&#8216;Matlamat kami serupa iaitu bagi  menyelamatkan undang-undang Allah di muka dunia &#8211; undang-undang dalam  akidah, dalam ekonomi, sosial, dalam segala-galanya.&#8217;<\/p>\n<p><\/span> <span class=\"content\"><\/p>\n<p>Peluang PAS untuk mengukuhkan  pengaruhnya di negeri-negeri lain dan merampas semula Terengganu yang  jatuh ke tangan BN pada 2004, lantas dilihat sebagai cerah.<\/p>\n<p><\/span> <span class=\"content\"><\/p>\n<p>&#8216;Lebih-lebih lagi jika mereka dah  lihat apa kita buat di Kelantan. Kami memimpin berdasar konsep Islam  dalam bidang ekonomi, sosial dan budaya. Dengan keadaan kami ditekan,  dikepung empat penjuru pun tetapi kami boleh bergerak,&#8217; jelas Datuk Nik  Aziz.<\/p>\n<p><\/span> <span class=\"content\"><\/p>\n<p>Beliau turut mengulangi tekad PR untuk mengambil alih Putrajaya.<\/p>\n<p><\/span> <span class=\"content\"><\/p>\n<p>&#8216;Islam agama Allah untuk manusia. Maka, tiada sebab kami tidak diberi peluang untuk memegang kuasa di peringkat Pusat.<\/p>\n<p><\/span> <span class=\"content\"><\/p>\n<p>&#8216;Untuk tidak pegang kuasa di  peringkat pusat, maka kami cuai dengan Allah di akhirat kerana kami  biarkan golongan sekular berkuasa di bumi Allah.<\/p>\n<p><\/span> <span class=\"content\"><\/p>\n<p>&#8216;Saya tidak suka perkataan merampas  Putrajaya, sebaliknya saya lebih suka perkataan memimpin atau mengambil  alih tampuk kerajaan.&#8217;<\/p>\n<p><\/span> <span class=\"content\"><\/p>\n<p>Menurut beliau, bantahan yang  dianjurkan Gabungan bagi Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) pada  tahun lalu didorong oleh kebencian rakyat terhadap Umno dan BN yang  didakwa menyalahgunakan demokrasi.<\/p>\n<p><\/span> <span class=\"content\"><\/p>\n<p>&#8216;Kalau demokrasi dijaga dengan  betul, kita tidak akan ada masalah. Sebagai contoh, bantahan Bersih,  kenapa manusia beribu keluar berdemonstrasi walaupun ada gas pemedih  mata?<\/p>\n<p><\/span> <span class=\"content\"><\/p>\n<p>&#8216;Sebabnya, mereka muak dan benci kepada Umno dan BN yang menyalahgunakan demokrasi.<\/p>\n<p><\/span> <span class=\"content\"><\/p>\n<p>&#8216;Mereka bawa &#8216;pendatang&#8217; dari luar.  Beri kad pengenalan pada orang luar setiap kali mengundi. Semua kerja  ini, Islam tidak boleh terima, demonstrasi tidak boleh terima. Tetapi  Umno, dengan rakus nafsunya, dia buat. Mana ada dalam demonstrasi,  dibenarkan buat begitu ? Mana ada dalam Islam, diberi peluang buat  manusia menipu?&#8217; tanya beliau.<\/p>\n<p><\/span> <span class=\"content\"><\/p>\n<p><strong>PENAKATAN PAKATAN RAKYAT<\/strong><\/p>\n<p><\/span> <span class=\"content\"><\/p>\n<p>Sejak kebelakangan ini, pelbagai  spekulasi wujud tentang keutuhan Pakatan Rakyat, dengan apa yang  berpendapat ia seakan retak menanti belah.<\/p>\n<p><\/span> <span class=\"content\"><\/p>\n<p>Ini lebih-lebih lagi selepas Datuk  Nik Aziz meminta pemimpin Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar  Ibrahim, menarik balik kenyataannya yang menyokong usaha melindungi  keselamatan Israel, seperti yang dilaporkan The Wall Street Journal  (WSJ), baru-baru ini.<\/p>\n<p><\/span> <span class=\"content\"><\/p>\n<p>&#8216;Sehingga kini, saya tidak nampak  Pakatan Rakyat berpecah. Itu kenyataan peribadi Anwar, bukan kenyataan  parti. Parti lain, Anwar lain. Benda itu boleh selesai, tiada masalah,&#8217;  kata Datuk Nik Aziz.<\/p>\n<p><\/span> <span class=\"content\"><\/p>\n<p>Ditanya mengenai pelbagai kontroversi lain yang mempalit Datuk Seri Anwar, termasuk tuduhan liwat, Datuk Nik Aziz, berkata:<\/p>\n<p><\/span> <span class=\"content\"><\/p>\n<p>&#8216;Saya tidak suka &#8216;correct-correct&#8217;  pasal individu. Saya tidak mahu bercakap masalah individu. Itu masalah  parti dia. Kalau orang dia boleh terima, kenapa kita tidak boleh terima?  Kita bergabung atas dasar parti.&#8217;<\/p>\n<p><\/span> <span class=\"content\"><\/p>\n<p>Sejak beberapa tahun lalu, PAS telah  mempromosikan konsep Islam, tahaluf siyasi, kepada para pengikutnya  iaitu bekerjasama dengan parti bukan Islam, seperti Parti Tindakan  Demokratik (DAP) bagi mencapai matlamat yang sama dalam politik.<\/p>\n<p><\/span> <span class=\"content\"><\/p>\n<p>Menurut Datuk Nik Aziz, kerjasama  dengan DAP juga tidak mengalami kegenjotan walaupun wujud perbezaan  pendapat berkaitan perlaksanaan hukum hudud di Malaysia.<\/p>\n<p><\/span> <span class=\"content\"><\/p>\n<p>&#8216;Kami bekerjasama dengan parti DAP kerana kami sama-sama menentang kezaliman, sama-sama nak keadilan.<\/p>\n<p><\/span> <span class=\"content\"><\/p>\n<p>&#8216;Berkaitan pelaksanaan hukum hudud,  masalah itu kita boleh selesaikan. Kalau tidak setuju, tak apa. Adik  beradik dan suami isteri pun bertengkar, itu biasa,&#8217; jelasnya.<\/p>\n<p><\/span> <span class=\"content\"><\/p>\n<p>Sedangkan lidah lagi tergigit.<\/p>\n<p><\/span> <span class=\"content\"><\/p>\n<p>Tsunami politik yang berlaku pada  PRU-12 merupakan peringatan penting kepada mana-mana parti agar tidak  mengambil sikap sambil lewa.<\/p>\n<p><\/span> <span class=\"content\"><\/p>\n<p>Lebih-lebih lagi dalam zaman Internet, Facebook dan blog, dengan setiap fitnah mahupun kebenaran mampu tersebar meluas.<\/p>\n<p><\/span> <span class=\"content\"><\/p>\n<p>PRU-13 bakal menguji sekali lagi  keupayaan Datuk Nik Aziz untuk merapatkan saf dan memastikan semua  jentera parti bergerak licin bagi memujuk pengundi agar tidak memangkah  &#8216;dacing&#8217; di kotak undi.<\/p>\n<p><\/span> <span class=\"content\"><\/p>\n<p>\u00a0<\/p>\n<p><\/span><\/p>\n<p>\u00a0<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p><span class=\"content_bold\"><strong><img decoding=\"async\" src=\"https:\/\/lh6.googleusercontent.com\/-aUXM0vqs3h4\/TyNkJtMoC5I\/AAAAAAAABqg\/B2zkbNYHUak\/s640\/IMG_4453.jpg\" border=\"0\" width=\"483\" height=\"312\" style=\"float: right; margin: 3px;\" \/><\/strong><em>Dengan pilihan raya umum ke-13 Malaysia  diramalkan bakal diadakan tidak lama lagi, parti pembangkang di negara  itu, termasuk Parti Islam SeMalaysia (PAS) kini giat mengukuhkan jentera  masing-masing. Minggu lalu, wartawan Berita Harian, Suhana A.Samat (suhana@sph.com.sg)  telah ke Kota Bharu <\/em><\/span><\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":0,"comment_status":"closed","ping_status":"closed","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"footnotes":""},"categories":[36],"tags":[],"better_featured_image":null,"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/8459"}],"collection":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=8459"}],"version-history":[{"count":0,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/8459\/revisions"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=8459"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=8459"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=8459"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}