{"id":8440,"date":"2012-02-22T19:04:43","date_gmt":"2012-02-22T11:04:43","guid":{"rendered":"http:\/\/buletinonline.net\/v7\/index.php\/2012\/02\/draf-perlembagaan-tunisia-berdasarkan-syariah-islam-2\/"},"modified":"2012-02-22T19:04:43","modified_gmt":"2012-02-22T11:04:43","slug":"draf-perlembagaan-tunisia-berdasarkan-syariah-islam-2","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/draf-perlembagaan-tunisia-berdasarkan-syariah-islam-2\/","title":{"rendered":"Perlembagaan Tunisia berdasarkan syariah Islam"},"content":{"rendered":"<p><span class=\"content\"> <\/span><\/p>\n<p><strong><img decoding=\"async\" src=\"https:\/\/lh5.googleusercontent.com\/-SwJlSqrPuOM\/T0U_UE7TX3I\/AAAAAAAABz0\/sc8SNLeanWw\/s540\/ahli%2520parlimen%2520muslimat%2520tunisia.jpg\" border=\"0\" width=\"403\" height=\"260\" style=\"float: left; margin: 2px;\" \/>TUNIS<\/strong> &#8211; Parti ketiga terbesar yang menguasai  parlimen Tunisia, yang dipertanggungjawabkan bagi melakar perlembagaan  baru negara itu, kelmarin mengusulkan satu dokumen draf yang didasarkan  atas syariah Islam.<\/p>\n<p>Ia dijangka membimbangkan pihak-pihak berfahaman sekular di negara tersebut. \t\t\t\t\t\t\t\t\t\t  \t\t\t\t\t\t\t\t\t \t\t\t\t\t\t\t\t\t\t<span class=\"content\"> <\/span><\/p>\n<p>Parti berfahaman Islam sederhana,  Ennahda, memenangi 40 peratus atau 89 kerusi parlimen Tunisia pada  pilihan raya pertama negara itu sejak penggulingan bekas presidennya, Zine al-Abdine Ben Ali, sekitar setahun lalu, yang mencetuskan  gerakan pembaharuan prodemokrasi &#8216;Arab Spring&#8217; di seluruh dunia Arab.<\/p>\n<p><em><strong>[Gambar &#8211; Ahli-ahli Parlimen Muslimat Tunisia menghadiri sidang pada 23 November lalu]<br \/><\/strong><\/em><\/p>\n<p><span class=\"content\"> <\/span><\/p>\n<p>Ini diikuti oleh parti Sidang bagi  Republik, yang memenangi 29 kerusi dalam parlimen 217 kerusi itu, dan  parti Aridha Chaabia, atau Popular List, yang menjadi parti ketiga  terbesar yang menguasai dewan tersebut.<\/p>\n<p><span class=\"content\"> <\/span><\/p>\n<p>Jika saranan itu mendapat sokongan  lebih 60 peratus daripada semua ahli parlimen, ia akan diluluskan tanpa  memerlukan satu pungutan suara.<\/p>\n<p><span class=\"content\"><\/p>\n<p>Aridha Chaabia dalam satu  kenyataannya berkata, dokumen drafnya &#8216;menetapkan dalam artikel  pertamanya bahawa Tunisia adalah sebuah negara bebas, merdeka dan  berdaulat, Islam adalah agamanya dan sumber utama undang-undangnya,  bahasa Arab adalah bahasanya dan sistemnya adalah sebuah republik&#8217;.<\/p>\n<p><\/span> <span class=\"content\"><\/p>\n<p>&#8216;Menggunakan syariah Islam sebagai  satu sumber prinsip perundangan akan menjamin kebebasan, keadilan,  persamaan sosial, perundingan, hak asasi dan martabat semua rakyatnya,  lelaki dan wanita,&#8217; menurut draf perlembagaan itu.<\/p>\n<p><\/span> <span class=\"content\"><\/p>\n<p>Usul itu sudah pasti membangkitkan  ketegangan politik di Tunisia, dan pihak berfahaman sekular sudah pun  dalam kebimbangan bahawa pemerintah yang dipimpin Ennahda akan secara  beransur-ansur &#8216;mengislamkan&#8217; undang-undang Tunisia dan masyarakatnya.<\/p>\n<p><\/span> <span class=\"content\"><\/p>\n<p>Bagaimanapun, Ennahda sebelum ini telah memberi jaminan bahawa ia tidak berhasrat memaksakan undang-undang Islam di negara itu.<\/p>\n<p><\/span> <span class=\"content\"><\/p>\n<p>Namun, ia kelihatannya sukar untuk  mengawal pihak lebih konservatif yang lantang dengan permintaan bahawa  agama memainkan peranan penting dalam kehidupan awam.<\/p>\n<p><\/span> <span class=\"content\"><\/p>\n<p>Ennahda belum lagi menjelaskan  kedudukannya mengenai peranan agama dalam menggubal undang-undang dan  terdapat perpecahan dalam pertubuhan itu sendiri berhubung isu yang  boleh mencetuskan ketegangan dalam negara yang telah lama dianggap  paling liberal di Dunia Arab itu.<\/p>\n<p><\/span> <span class=\"content\"><\/p>\n<p>Bagaimanapun, tidak jelas sama ada Ennahda akan menyokong draf tersebut.<\/p>\n<p><\/span> <span class=\"content\"><\/p>\n<p>&#8216;Pihak awam yang mengundi kami  adalah orang awam yang konservatif, yang mahukan syariah Islam sebagai  sumber prinsip perlembagaan,&#8217; kata Hachmi Hamdi, ketua Aridha  Chaabia, kepada agensi berita Reuters menerusi satu panggilan jauh dari  London<\/p>\n<p><\/span><\/p>\n<p>\u00a0<\/p>\n<p>\u00a0<\/p>\n<p>\u00a0<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>TUNIS &#8211; Parti ketiga terbesar yang menguasai parlimen Tunisia, yang dipertanggungjawabkan bagi melakar perlembagaan baru negara itu, kelmarin mengusulkan satu dokumen draf yang didasarkan atas syariah Islam. Ia dijangka membimbangkan pihak-pihak berfahaman sekular di negara tersebut. Parti berfahaman Islam sederhana, Ennahda, memenangi 40 peratus atau 89 kerusi parlimen Tunisia pada pilihan raya pertama negara itu [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":0,"comment_status":"closed","ping_status":"closed","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"footnotes":""},"categories":[36],"tags":[],"better_featured_image":null,"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/8440"}],"collection":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=8440"}],"version-history":[{"count":0,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/8440\/revisions"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=8440"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=8440"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=8440"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}