{"id":8389,"date":"2012-02-17T23:40:39","date_gmt":"2012-02-17T15:40:39","guid":{"rendered":"http:\/\/buletinonline.net\/v7\/index.php\/2012\/02\/lagi-resolusi-pbb-menuntut-syria-hentikan-keganasan-2\/"},"modified":"2012-02-17T23:40:39","modified_gmt":"2012-02-17T15:40:39","slug":"lagi-resolusi-pbb-menuntut-syria-hentikan-keganasan-2","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/lagi-resolusi-pbb-menuntut-syria-hentikan-keganasan-2\/","title":{"rendered":"Lagi Resolusi PBB Menuntut Syria Hentikan Keganasan"},"content":{"rendered":"<p>Resolusi baru yang menyokong pelan Liga Arab menggesa Presiden Syria, Bashar Al-Assad, berundur dan mengecam keras pencabulan hak asasi  manusia yang dilakukan rejimnya.<\/span><\/p>\n<p>Namun begitu, China, Russia dan Iran menentang teks yang  diusulkan olh negara-negara Arab dengan sokongan kuasa Barat, hanya beberapa  hari setelah Beijing dan Moscow memveto resolusi serupa semasa  mesyuarat Majlis Keselamatan PBB.<span class=\"content\"> <\/span> <\/p>\n<p><em>[Gambar &#8211; Duta Russia tidak menyokong, semasa undian kepada resolusi terbaru terhadap Syria]<br \/><\/em><br \/>Sokongan kuat bagi resolusi itu  menambah tekanan terhadap Assad supaya menghentikan keganasan yang  menyebabkan 41 orang terbunuh, kelmarin, sedang pasukan keselamatan  terus menyerang tempat-tempat yang masih menganjurkan bantahan. \t\t\t\t\t\t\t\t\t\t  \t\t\t\t\t\t\t\t\t \t\t\t\t\t\t\t\t\t\t<\/p>\n<p>Timbalan Duta Besar Mesir ke PBB, Encik Osama Abdelkhalek, berkata perhimpunan itu telah memberikan mesej jelas kepada Damsyik:\u00a0 \t\t\t\t\t\t\t\t\t\t  \t\t\t\t\t\t\t\t\t \t\t\t\t\t\t\t\t\t\t&#8216;Sudah tiba masanya untuk mendengar suara rakyat.&#8217; \t\t\t\t\t\t\t\t\t\t  \t\t\t\t\t\t\t\t\t \t\t\t\t\t\t\t\t\t\t<\/p>\n<p>Sebaliknya, rakan sejawatannya dari  Syria, Encik Bashar Jaafari, menyelar negara-negara Arab lain dan  menuduh kuasa Barat mempergunakan Liga Arab untuk mengantarabangsakan  krisis itu. \t\t\t\t\t\t\t\t\t\t  \t\t\t\t\t\t\t\t\t \t\t\t\t\t\t\t\t\t\t<\/p>\n<p>Sementara itu rakan sejawatannya  dari Iran, Encik Mohammad Khazaee, memberi amaran bahawa resolusi itu  akan hanya memburukkan krisis di Syria dan kesannya akan terasa di  seluruh rantau Timur Tengah. \t\t\t\t\t\t\t\t\t\t  \t\t\t\t\t\t\t\t\t \t\t\t\t\t\t\t\t\t\t<\/p>\n<p>Awal sebelum itu, pihak pembangkang  di Syria menolak perlembagaan yang baru digubal yang mungkin mengakhiri  pemerintahan satu parti di negara itu dan menggesa pengundi memboikot  pungutan suara 26 Februari mengenai piagam itu. \t\t\t\t\t\t\t\t\t\t  \t\t\t\t\t\t\t\t\t \t\t\t\t\t\t\t\t\t\t<span class=\"content\"> <\/span><\/p>\n<p>&#8216;Draf perlembagaan itu tidak lebih  daripada alat politik atau kertas dasar yang ditulis rejim yang kejam,&#8217;  kata Jawatankuasa Penyelaras Tempatan, kumpulan aktivis pembangkang  utama,<\/p>\n<p><span class=\"content\"><\/p>\n<p>&#8216;Kita tidak melihat sebarang alternatif kecuali menumbangkan rejim,&#8217; kata kumpulan itu lagi.<\/p>\n<p><\/span> <span class=\"content\"><\/p>\n<p>Satu lagi kumpulan pembangkang,  Jawatankuasa Penyelaras Kebangsaan bagi Perubahan Demokratik, juga  merancang memboikot undian pungutan suara itu.<\/p>\n<p><\/span> <span class=\"content\"><\/p>\n<p>&#8216;Kami tidak mungkin mengambil  bahagian dalam pungutan suara ini sebelum keganasan dan pembunuhan  dihentikan,&#8217; kata ketua kumpulan itu, Encik Hassan Abdel Azim.<\/p>\n<p><\/span> <span class=\"content\"><\/p>\n<p>Kumpulan hak asasi manusia  menganggarkan sekitar 6,000 orang telah terkorban sejak keganasan selama  11 bulan berlaku di Syria.- sumber AFP.<\/p>\n<p><\/span> <span class=\"content\"><\/p>\n<p>\u00a0<\/p>\n<p><\/span><\/p>\n<p>\u00a0<\/p>\n<p>\u00a0<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p><span class=\"content\"> <\/span><\/p>\n<p><img decoding=\"async\" src=\"http:\/\/static.themoscowtimes.com\/upload\/iblock\/b30\/syria.jpg\" border=\"0\" width=\"483\" height=\"312\" style=\"float: right; margin: 3px;\" \/>Resolusi Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa  Bersatu (PBB) yang dicapai kelmarin menuntut agar keganasan yang berlaku di Syria  dihentikan serta-merta dengan <span class=\"content\">137  negara anggota undi menyokong, 12 negara menentang dan 17 berkecuali.<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":0,"comment_status":"closed","ping_status":"closed","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"footnotes":""},"categories":[36],"tags":[],"better_featured_image":null,"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/8389"}],"collection":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=8389"}],"version-history":[{"count":0,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/8389\/revisions"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=8389"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=8389"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=8389"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}