{"id":8375,"date":"2012-02-16T09:50:08","date_gmt":"2012-02-16T01:50:08","guid":{"rendered":"http:\/\/buletinonline.net\/v7\/index.php\/2012\/02\/dewan-ulama-pula-gesa-ahmad-said-tarik-balik-tuduhannya\/"},"modified":"2012-02-16T09:50:08","modified_gmt":"2012-02-16T01:50:08","slug":"dewan-ulama-pula-gesa-ahmad-said-tarik-balik-tuduhannya","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/dewan-ulama-pula-gesa-ahmad-said-tarik-balik-tuduhannya\/","title":{"rendered":"Dewan Ulama&#8217; Pula Gesa Ahmad Said Tarik Balik Tuduhannya"},"content":{"rendered":"<p>Dalam sidang media di Pejabat Perhubungan PAS Terengganu, dekat sini, hari ini Khamis 16 Februari, beliau mlontarkan persoalan, siapakah yang melaksanakan peraturan mengikut hawa nafsu dan siapa pula yang melaksanakan peraturan mengikut al-Quran?<\/p>\n<p>\u201cPAS sebuah pertubuhan politik yang berdaftar secara sah disisi undang-undnag Negara. Dasarnya ialah Islam dan hokum tertingginya adalah al-Quran dan As-Sunnh, Ijma\u2019 dan Qias.<\/p>\n<p>\u201cMatlamat PAS melaksanakan hukum Allah SWT, hukum Syariat dan bertindak melalui kaedah Amar Ma\u2019ruf dan Nahi Mungkar,\u201d ujarnya yang menambah, Dewan Ulama\u2019 PAS Terengganu memandang serius tuduhan tersebut yang dikeluarkan oleh Ahmad Said yang juga Menteri Besar negeri ini.<\/p>\n<p>Sambil membuat perbandingan, beliau berkata, PAS memerintah Kelantan lebih 20 tahun dan dimanakah ajaran sesat yang dirancang serta dilaksanakan di negeri tersebut.<\/p>\n<p>Di negeri Terengganu pula, menurutnya, kerajaan PAS Terengganu pernah memperuntukan hukum yang tertinggi ialah al-Quran, Sunnah, Ijma\u2019 dan Qisan serta meluluskan Enakmen Hudud, Qisas dan Takzir dan telah dipersetujui dan ditandatangani oleh Sultan Terengganu<\/p>\n<p>Ustaz Husin turut menjelaskan, kategori ajaran sesat mengikut agama Islam adalah berdasarkan firman Allah SWT dalam surah Al-Ahzab ayat 36 yang bermaksud; <br \/><em><strong><br \/>\u201cDan tidaklah harus bagi orang-orang yang beriman lelaki dan perempuan. Apabila Allah dan Rasul-Nya menetapkan keputusan mengenai sesuatu perkara (tidak harus bagi mereka) mempunyai hak memilih ketetapan sendiri mengenai urusan mereka. Dan sesiapa yang tidak taat hukum ajaran Allah dan RasulNya. Maka, sesungguhnya ia telah sesat dengan kesesatan yang jelas dan nyata,\u201d<\/strong><\/em><\/p>\n<p>Oleh itu, Ustaz Husin yang juga Ahli Jawtankuasa Dewan Ulama&#8217; PAS Pusat menggesa pemimpin nombor satu Umno-BN Terengganu menarik balik tuduhan serta memohon maaf kepada rakyat secara terbuka.<\/p>\n<p>\u201cDewan Ulama\u2019 PAS Terengganu menganggap ucapan Menteri Besar itu adalah ucapan seorang yang terdesak dan tidak waras serta merupakan suatu provokasi. Ianya (tuduhan) hendaklah ditarik balik dan memohon maaf kepada rakyat secara terbuka,\u201d tegasnya.<\/p>\n<p>Hadir sama pada sidang media itu Setiausaha Dewan Ulama\u2019 PAS Terengganu, Ustaz Ismail Othman, Pengarah Penerangan dan Dakwah Badan Perhubungan PAS Negeri Terengganu (BPPNT), Ustaz Wan Sukairi Wan Abdullah dan Setiausaha Kerja Ulama\u2019 PAS Terengganu, Ustaz Abdullah Suhaimi.<\/p>\n<p>\u00a0<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p><strong><img decoding=\"async\" src=\"http:\/\/buletinonline.net\/v7\/wp-content\/uploads\/2012\/02\/lenyataan%20ulamak%20pas%20trg.jpg\" border=\"0\" width=\"483\" height=\"312\" style=\"float: left; margin: 2px;\" \/>KUALA TERENGGANU<\/strong> &#8211; Ketua Dewan Ulama\u2019 PAS Terengganu, Dato\u2019 Ustaz Husin Awang menjelaskan,  ajaran sesat disisi Islam adalah ajaran yang menderhaka kepada Allah dan Rasul serta menyifatkan tuduhan Pengerusi Pehubungan Umno Terengganu, Dato\u2019 Seri Ahmad Said adalah kerana terdesak, tidak waras dan bersifat provokasi.<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":0,"comment_status":"closed","ping_status":"closed","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"footnotes":""},"categories":[31],"tags":[],"better_featured_image":null,"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/8375"}],"collection":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=8375"}],"version-history":[{"count":0,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/8375\/revisions"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=8375"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=8375"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=8375"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}