{"id":8364,"date":"2012-02-14T21:37:59","date_gmt":"2012-02-14T13:37:59","guid":{"rendered":"http:\/\/buletinonline.net\/v7\/index.php\/2012\/02\/pas-lapor-tuduhan-jahat-dan-menghasut-ahmad-said-kepada-pihak-polis\/"},"modified":"2013-07-20T16:06:05","modified_gmt":"2013-07-20T08:06:05","slug":"pas-lapor-tuduhan-jahat-dan-menghasut-ahmad-said-kepada-pihak-polis","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/pas-lapor-tuduhan-jahat-dan-menghasut-ahmad-said-kepada-pihak-polis\/","title":{"rendered":"PAS Lapor Tuduhan Jahat Dan Menghasut Ahmad Said Kepada Pihak Polis"},"content":{"rendered":"<p>Pada Khamis, 9 Februari lalu, Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat Dato\u2019 Ustaz Abu Bakar Chik dalam ucapannya di Majlis Mesra Media anjuran Badan Perhubungan PAS Terengganu telah meminta Ahmad menarik balik kenyataan yang \u2018menghina\u2019 PAS itu dalam masa tiga hari.<\/p>\n<p>Setelah tempoh yang diberikan berlalu, Ahmad Said yang juga Menteri Besar Terengganu bukan sahaja tidak mahu menarik balik kenyataan, bahkan pada Isnin 13 Februari , beliau \u2018berdegil\u2019 membuat kenyataan dengan berkata bersedia diambil sebarang tindakan.<\/p>\n<p>Oleh itu, semalam 14 Februari, Ustaz Abu Bakar berkata, beliau membuat satu laporan supaya polis menyiasat Ahmad Said dibawah akta hasutan.<\/p>\n<p>\u201ckami membuat \u2018report\u2019 kepada polis untuk menyiasat Dato\u2019 Ahmad Said dibawah akta hasutan kerana beliau telah membuat kenyataan terbuka dan disiarkan oleh akhbar bahawa PAS adalah parti ajaran sesat,\u201dujarnya dalam sidang media di balai polis Kuala Terengganu.<\/p>\n<p>Menurutnya, PAS tidak termasuk dalam ajaran sesat yang telah disenaraikan oleh Jabatan Agama dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).<\/p>\n<p>Beliau mengulangi, tuduhan \u2018ajaran sesat\u2019 dalam erti kata terkeluar dan tereleweng dari ajaran Islam itu adalah amat berat berat bagi seorang Islam.<\/p>\n<p>Tegasnya, PAS adalah satu parti politik yang sah, berperlembagaan ditubuhkan pada tahun 1951 mendokong dasar Islam yang bermatlamat untuk menegakkan pemerintahan berdasarkan al-Quran dan as-Sunnah.<\/p>\n<p>\u201c(PAS) mempunyai perlembagaan yang jelas mendokong dasar-dasar Islam, matlamatnya ialah untuk menegakkan didalam Negara ini sebuah pemerintahan yang berlandaskan al-Quran dan al-Sunnah <\/p>\n<p>\u201cdan seruannya ialah Allahu Akbar dan usaha-usahanya adalah usaha yang diharuskan menurut perlembagaan (Malaysia),\u201djelasnya.<\/p>\n<p>Malah, katanya, pada setiap kali perlembagaan PAS dipinda, ia mendapat kelulusan dari pihak Pendaftaran Pertubuhan Malaysia.<\/p>\n<p>Beliau yang juga anggota Badan Pehubungan PAS Terengganu berkata, PAS melaksanakan usaha mendidik masyarakat memahami Islam dengan aktiviti ceramah, khutbah dan forum.<\/p>\n<p>Bahkan, katanya, percakapan politik PAS juga tidak lari dari mendidik dan mengajak orang ramai memahami Islam.<\/p>\n<p>\u201ctiba-tiba Dato\u2019 Mad Said kata sesat\u2026\u2026 dengan sendirinya (dengan kata-katanya itu) orang-orang PAS pun sesat juga, pemimpin-pemimpin (PAS) pun sesat, penyokong-penyokong pun sesat juga, <\/p>\n<p>\u201cbayangkan bagaiman beratnya tuduhan yang telah dilakukan oleh beliau (Ahmad Said),\u201dkatanya.<\/p>\n<p>Beliau menyatakan, termasuk dalam akta hasutan itu adalah hasutan dari sudut agama, perkauman dan raja-raja.<\/p>\n<p>Oleh yang demikian, kata Ustaz Abu Bakar, tuduhan Ahmad Said itu adalah satu \u2018hasutan agama\u2019 yang akan menimbulkan keresahan dan kebencian dikalangan orang ramai terhadap orang-orang PAS.<\/p>\n<p>\u201ckerana itu kita minta polis menyiasat dibawah akta hasutan kerana (tuduhan Ahmad) adalah hasutan agama, supaya berlaku kebencian terhadap porang-orang PAS,<\/p>\n<p>\u201cbila orang-orang\u00a0 PAS dibenci rakyat, maka menanglah politik dia (Umno), ini ada niat jahat, samada tersurat atu pun tersirat,\u201dtambahnya.<\/p>\n<p>Turut hadir bersama rombongan membuat laporan polis tersebut adalah ADUN Ladang, Dato&#8217; Tengku Hasan Omar, Setiausaha Dewan Pemuda PAS Terengganu Zaidan Abdullah, Setiausaha PAS Kuala Terengganu Wan Sukairi Wan Abdullah, Pengerusi DAP Ng Chai Hing dan lebih 30 orang pemimpin dan ahli PAS pelbagai peringkat.<\/p>\n<p>Berita terkait;<\/p>\n<p><a href=\"http:\/\/buletinonline.net\/v7\/index.php\/2012\/02\/pas-minta-ahmad-said-tarik-balik-tuduhan-pas-parti-ajaran-sesat-dalam-masa-tiga-hari\/\">PAS mita Ahmad Said tarik balik tuduhan<\/a><br \/><a href=\"http:\/\/buletinonline.net\/v7\/index.php\/2012\/02\/ahmad-said-celupar-biadap\/\">Ahmad Said celupar, biadap<\/a><\/p>\n<p>http:\/\/www.youtube.com\/watch?v=MjnkQspWySE<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p><strong><img decoding=\"async\" src=\"https:\/\/lh6.googleusercontent.com\/-M_3BZ1KRHR0\/TzrW7B4r4yI\/AAAAAAAABxE\/FPo19GUI40k\/s640\/IMG_5534.jpg\" border=\"0\" width=\"483\" height=\"312\" style=\"float: right; margin: 2px;\" \/>KUALA TERENGGANU <\/strong>\u2013 PAS membuat laporan polis ekoran keengganan dan kegagalan Pengerusi Perhubungan Umno Terengganu, Dato\u2019\u00a0 Seri Ahmad Said menarik balik keyataannya yang menuduh \u2018PAS adalah Parti Ajaran Sesat\u2019.<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":0,"comment_status":"closed","ping_status":"closed","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"footnotes":""},"categories":[31],"tags":[],"better_featured_image":null,"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/8364"}],"collection":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=8364"}],"version-history":[{"count":0,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/8364\/revisions"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=8364"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=8364"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=8364"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}