{"id":8344,"date":"2012-02-11T23:48:30","date_gmt":"2012-02-11T15:48:30","guid":{"rendered":"http:\/\/buletinonline.net\/v7\/index.php\/2012\/02\/ahmad-said-celupar-biadap\/"},"modified":"2012-02-11T23:48:30","modified_gmt":"2012-02-11T15:48:30","slug":"ahmad-said-celupar-biadap","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/ahmad-said-celupar-biadap\/","title":{"rendered":"Ahmad Said Celupar, Biadap!"},"content":{"rendered":"<p>\u00a0<\/p>\n<p>Sesiapa sahaja boleh juga menuduh UMNO sebagai United Musyrik National Organization. Tetapi kami tidak merasa selesa untuk membuat tuduhan ini dengan menggunakan uslub celupar Dato Seri Ahmad Said.<\/p>\n<p style=\"text-align: left;\">Kami juga meminta pihak penguasa buat penyiasatan segera tentang tulisan dalam Sinar Harian yang bertajuk \u201cMat Said mempertikaikan hukum liwat\u201d yang diluluskan dalam Enakmen Jenayah Syar\u2019ei Terengganu (Hudud dan Qisas) 2003. Pertikaian Dato Seri Ahmad bin Said tentang peruntukan dalam Enakmen ini juga menggambarkan sikap beliau yang menghina Enakmen ini dan Tuanku Sultan Terengganu yang telah menandatangani Enakmen ini. Sikap Dato Seri Ahmad bin Said yang mempertikaikan Enakmen ini\u00a0 juga menolak pandangan Ijma\u2019 Ulama tentang kesalahan suami yang meliwat isteri tidak boleh dijatuhkan hukuman Hudud. Dato Seri Ahmad bin Said mula berada dalam kesesatan, bila mana beliau mempertikaian pendapat Ijma\u2019 Ulama.<\/p>\n<p>Tuduhan jahat Dato Seri Ahmad bin Said terbongkar daripada hati yang jahat dan kebencian yang membara kepada rakyat yang mendampingi, menyokong dan bangkit bersama PAS untuk menjatuhkan kesombongan, pembaziran, penyelewengan dan penyalahgunakuasa pemimpin-pemimpin UMNO. Isu NFC,\u00a0 penyalahgunaan wang zakat, stadium runtuh dan banyak isu yang menjerat UMNO untuk mempermudahkan rakyat\u00a0 menggantikan UMNO dengan PAS dan pakatan Rakyat (PGU).<\/p>\n<p>Tuduhan Dato Seri Ahmad bin Said yang berupa fitnah yang berkemungkinan mencetuskan perpecahan, perbalahan dan huru-hara\u00a0 dalam masyarakat. Tuduhan ini bukan sahaja menafikan dan mempertikaikan sistem Demokrasi yang diamalkan dan pihak Pendaftaran Pertubuhan dalam Negara, tetapi juga menghina sejuta ahli PAS dan jutaan penyokong dan pengundi PAS yang terdiri daripada ulama, tuan guru-tuan guru, pegawai-pegawai Kerajaan, golongan profesional, ustaz-ustazah, guru-guru, petani-petani, nelayan-nelayan, anak-anak muda dan mahasiswa. Tuduhan jahat ini juga menghina dan mencerca ahli keluarga, saudara mara, sahabat-sahabat, jiran-jiran yang mempunyai hubungan erat dengan ahli UMNO. Kami yakin ahli-ahli UMNO juga tidak setuju dan marah dengan tuduhan dan tohmahan sebagai penganut ajaran sesat dikaitkan kepada mana-mana peribadi yang mempunyai hubungan dengan mereka. Oleh itu, kami menyeru ahli UMNO supaya menentukan sikap \u2018tidak setuju\u2019 kepada Ketua Perhubungan UMNO Negeri Terengganu dan UMNO dalam Pilihanraya Umum ke 13 iaitu PAS ganti UMNO (PGU).<\/p>\n<p>Tuduhan Dato Seri Ahmad bin Said menggambarkan sikap beliau yang cuba mempertikaikan kewibawaan Ashabul Samahah Mufti-Mufti dan penguatkuasa syariat yang boleh membuat\u00a0 penyiasatan dan pendakwaan ke mahkamah syarei terhadap mana-mana pihak yang membawa ajaran sesat. Dato Seri Ahmad bin Said boleh mengarahkan jabatan yang bertanggungjawab untuk membuat siasatan dan pendakwaan terhadap tuduhannya.\u00a0 Tetapi PAS merupakan parti\u00a0 politik yang berdaftar telah melayari bahteranya menjangkau 60 tahun dengan sokongan ulama dan tok guru-tok guru pondok, bahkan beberapa peribadi yang telah memegang jawatan mufti seperti Datuk Ishak Baharom . Sebaliknya, UMNO pernah diharamkan oleh mahkamah. PAS juga pernah bersedia untuk berdebat dengan ulama UMNO tetapi perdebatan itu telah dibatalkan oleh kerajaan dengan sikap bacul dan pengecut. <\/p>\n<p>Akhirnya, kami menyokong kenyataan yang dibuat oleh Dato Abu Bakar Chik, AJK PAS Pusat yang telah cukup tempoh untuk Dato Seri Ahmad bin Said menarik balik kenyataannya dan memohon maaf pada hari ini. Kami bersedia berdebat dengan Dato Seri Ahmad bin Said di medan yang terbuka agar rakyat boleh membuat keputusan dan menentukan sikap dalam Pilihanraya Umum ke 13. Di samping itu, kami akan membuat laporan polis dan tindakan mahkamah terhadap tuduhan jahat ini agar tidak berulang dan dilakukan oleh mana-mana pemimpin UMNO. <\/p>\n<p>Sekian, wassalam.<\/p>\n<p>YB Ustaz Mohd Nor Hamzah<br \/>Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Terengganu<br \/>ADUN Bukit Payong<\/p>\n<p>\u00a0<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p style=\"text-align: left;\"><img decoding=\"async\" src=\"http:\/\/4.bp.blogspot.com\/-cw5ejb3OfRY\/TybwWVcKvdI\/AAAAAAAAU_I\/w6yr2CITpzo\/s1600\/IMG_2184.jpg\" border=\"0\" width=\"474\" height=\"309\" style=\"float: left; border: 0; margin: 2px;\" \/>Kami dengan penuh rasa bertanggungjawab untuk mempertahankan PAS daripada tuduhan jahat Dato Seri Ahmad bin Said, Ketua Perhubungan UMNO Negeri Terengganu dan juga Menteri\u00a0 Besar\u00a0 Terengganu yang menyatakan PAS ialah Parti Ajaran Sesat<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":0,"comment_status":"closed","ping_status":"closed","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"footnotes":""},"categories":[38],"tags":[],"better_featured_image":null,"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/8344"}],"collection":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=8344"}],"version-history":[{"count":0,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/8344\/revisions"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=8344"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=8344"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=8344"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}