{"id":8339,"date":"2012-02-10T23:30:41","date_gmt":"2012-02-10T15:30:41","guid":{"rendered":"http:\/\/buletinonline.net\/v7\/index.php\/2012\/02\/pas-dan-negara-haram-israel-2\/"},"modified":"2012-02-10T23:30:41","modified_gmt":"2012-02-10T15:30:41","slug":"pas-dan-negara-haram-israel-2","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/pas-dan-negara-haram-israel-2\/","title":{"rendered":"PAS dan Negara Haram Israel"},"content":{"rendered":"<p>Bumi Palestin adalah salah satu daripada  tiga tanah suci bagi umat Islam, selepas Makkah yang dibuka oleh  Ibrahim A.S. dan Madinah tempat Hijrah Rasulullah S.A.W. Palestin  dimuliakan\u00a0 kerana ramainya para Rasul dilahirkan di situ dan berpijak  di atasnya\u00a0 kaki para anbiya\u2019\u00a0 dan banyak darah para syuhada daripada  kalangan Nabi dan ulama, kerana dibunuh oleh bangsa yahudi\u00a0 dengan  zalimnya , menyebabkan mereka dilaknat Allah sehingga hari Qiamat. Allah  juga manjadikan kiblat pertama bagi umat Islam dibumi Palestin. Di sini  juga tampat berakhirnya\u00a0 Isra\u2019 dan bermulanya Mikraj Rasulullah S.A.W.  ketika dijemput menjadi tetamu Allah. Maka\u00a0 yang layak memakmurkan  Palastin ialah\u00a0 mereka yang beriman dan budiman.<\/p>\n<p style=\"text-align: left;\">Agama Islam mewajibkan penganutnya  memegang amanah memelihara bumi Palestin dan tidak melarang\u00a0 penganut  Yahudi dan Kristian melakukan ibadat mengikut agama mereka dan  mengunjungi tempat suci mereka. Sejarah membuktika hanya pemimpin Islam  sahaja dapat menunaikan amanah memakmurkan bumi Palestin dengan memberi  hak yang adil kepada semua.<\/p>\n<p style=\"text-align: left;\">Kejayaan tentera Islam di zaman Khalifah Umar bin Al Khattab R.A.  membebaskan Palestin daripada penjajahan Romawi disambut oleh Paderi  besarnya dengan meminta Khalifah Umar\u00a0 datang menyaksikannya. Maka  Khalifah Umar datang sehingga mengunjungi geraja besarnya, kemudian  dimeteraikan perjanjian yang memberi hak yang adil kepada semua, kerana  selama ini penjajah Romawi Byzantin yang beragama Kristian\u00a0 mazhab  Ortodok, tidak melayani mereka yang tidak semazhab dengannya dan  kerajaan Yahudi pula menzalimi mereka yang tidak seagama dengannya. Hal  yang sama berlaku dalam era kelemahan kerajaan Islam, sehingga tentera  salib menakluk Palestin. Keadaan\u00a0 menjadi baik semula, setelah Sultan  Salahuddin Al Ayyubi daripada bangsa Kurdis dapat mengalahkan tentera  Salib yang zalim dan membebaskan semula bumi Palastin. Lalu melayani  semua pengunjungnya dengan adil.<\/p>\n<p style=\"text-align: left;\">Di zaman mutakhir, malapetaka menimpa  bumi Palestin dengan memuncaknya keganasan, setelah Palestin dirampas  dengan ganas oleh penjajah Barat yang menyimpan dendam terhadap Islam  dan mengambil kesempatan daripada kelemahan umat\u00a0 Islam Arab yang  memperkecilkan Islam dan membesarkan kebangsaan Arab sehingga melebihi  Islam dan mengatasinya. Dalam pembahagian tanah air yang dijajah  dikalangan penjajah barat, maka Palastin jatuh ke dalam bahagian  penjajahan British. Perjanjian Balfore dimeteraikan diantara pemimpin  Zionis Yahudi dangan Menteri Luar British, Lord Balfore bagi menyerahkan  bumi Palastin kepada golongan Zionis untuk mendirikan negara kebangsaan  Yahudi\u00a0 dinamakan Israel. Kalangan penganut mazhab Ortodok\u00a0 Yahudi  menentangnya dan memberi amaran bahawa tindakan ini bercanggah dengan  ajaran mereka dan boleh menguburkan bangsa Yahudi. Kalangan sekuler yang  memisahkan agama yahudi daripada politik melakukan kesalahan besar  ini,\u00a0 semata-mata menegakkan semangat kebangsaan dengan alasan sejarah  bohong, bagi negara agung Israel yang pernah dipimpin oleh Nabi Sulaiman  A.S. sehingga\u00a0 menakluk dunia.<\/p>\n<p style=\"text-align: left;\">Negara bernama Israel sebenarnya tidak  wujud dalam peta dunia sejak Allah mencipta bumi. Negara ini diwujudkan  secara haram oleh kuasa besar dunia selepas perang dunia kedua, bagi  mengotakan perjanjian Balfore\u00a0 yang melibatkan British yang dibantu oleh  zionis Yahudi, sejak\u00a0 perang dunia pertama lagi. Negara ini hukumnya  haram mengikut hukum agama dan undang-undang antarabangsa ciptaan  manusia. Ini kerana ia merampas daripada penduduk asalnya dan menghalau  sebahagian besar daripada mereka. Negara kuasa besar dunia yang menjajah  memejam mata bagi menghilangkan sifat perikemanusiaan mereka untuk  melakukan jenayah bersejarah ini demi kepentingan mereka. Bahkan  sebahagian pemimpin negara itu dibantu oleh wang dan media golongan  zionis untuk berkuasa.<\/p>\n<p style=\"text-align: left;\">Dalam pertarungan politik dan ekonomi  antarabangsa yang didalangi oleh kuasa besar dunia pula, menjadikan  negara haram Israel rakan strategik untuk menjaga kepentingan mereka  dirantau paling banyak membekalkan sumber tenaga kepada dunia, dan juga  bertindak menjadi polis bagi pihak Barat terhadap dunia Islam.<\/p>\n<p style=\"text-align: left;\">Perkara ini ditambah lagi dengan sikap  tidak saksama negara besar\u00a0 yang menghalalkan negara haram Israel\u00a0  memiliki\u00a0 senjata pemusnah yang diharamkan kerana tanpa perikemanusiaan.  Israel sudah membinanya sejak tahun enam puluhan lagi dan menghalang  dengan apa cara sahaja bagi melindungi jenayah kemanusiaan yang  dilakukannya. Walaupun melalui badan antar bangsa yang paling besar dan  berpengaruh, sehinggalah menggunakan kuasa veto paling zalim.<\/p>\n<p style=\"text-align: left;\">Bagi umat Islam sudah menjadi perkara  wajib membebaskan Palestin sepenuhnya dan membela saudara mereka yang  dizalimi, sehingga menjadi fardu ain kepada penduduk tempatan dan yang  berjiran dan wajib mengikut kedudukan masing-masing di tempat yang jauh.  Haram menerima kewujudan negara haram. Maka PAS yang berdasarkan Islam  menolak penyelesaian wujud dua negara, satu untuk rakyat Palestin dan  satu lagi bernama Israel untuk Yahudi Zionis. Bagi kami, hanya satu  negara Palestin sahaja bagi penduduknya yang berhak.<\/p>\n<p style=\"text-align: left;\">Walau pun banyak kalangan negara Arab  menerima penyelsaian secara mewujudkan dua negara, ketahuilah bahawa  Palestin bukan hak orang Arab sahaja. Palestin adalah hak umat Islam  seluruhnya. Kalangan penganut agama Yahudi yang kuat berpegang dengan  agama Yahudi menolak wujudnya negara Israel dan menghukumnya dosa besar  kerana tindakannya adalah menggali kubur untuk kaum yahudi\u00a0 sendiri,  yang disedari melakukan jenayah dosa besar, membasahi bumi Palastin  dengan\u00a0 darah para anbiya dan ulama yang soleh.<\/p>\n<p style=\"text-align: left;\">Bagi Penganut Islam, bacalah firman Allah dalam beberapa surah. Diantaranya firman Allah:<\/p>\n<p style=\"text-align: left;\">\u0648\u064e\u0636\u064f\u0631\u0650\u0628\u064e\u062a\u0652 \u0639\u064e\u0644\u064e\u064a\u0652\u0647\u0650\u0645\u064f \u0627\u0644\u0630\u0651\u0650\u0644\u0651\u064e\u0629\u064f  \u0648\u064e\u0627\u0644\u0652\u0645\u064e\u0633\u0652\u0643\u064e\u0646\u064e\u0629\u064f \u0648\u064e\u0628\u064e\u0627\u0621\u064f\u0648\u0627 \u0628\u0650\u063a\u064e\u0636\u064e\u0628\u064d \u0645\u0650\u0646\u064e \u0627\u0644\u0644\u0651\u064e\u0647\u0650 \u0630\u064e\u0644\u0650\u0643\u064e \u0628\u0650\u0623\u064e\u0646\u0651\u064e\u0647\u064f\u0645\u0652  \u0643\u064e\u0627\u0646\u064f\u0648\u0627 \u064a\u064e\u0643\u0652\u0641\u064f\u0631\u064f\u0648\u0646\u064e \u0628\u0650\u0622\u064e\u064a\u064e\u0627\u062a\u0650 \u0627\u0644\u0644\u0651\u064e\u0647\u0650 \u0648\u064e\u064a\u064e\u0642\u0652\u062a\u064f\u0644\u064f\u0648\u0646\u064e \u0627\u0644\u0646\u0651\u064e\u0628\u0650\u064a\u0651\u0650\u064a\u0646\u064e  \u0628\u0650\u063a\u064e\u064a\u0652\u0631\u0650 \u0627\u0644\u0652\u062d\u064e\u0642\u0651\u0650 \u0630\u064e\u0644\u0650\u0643\u064e \u0628\u0650\u0645\u064e\u0627 \u0639\u064e\u0635\u064e\u0648\u0652\u0627 \u0648\u064e\u0643\u064e\u0627\u0646\u064f\u0648\u0627 \u064a\u064e\u0639\u0652\u062a\u064e\u062f\u064f\u0648\u0646\u064e (61 )  \u0627\u0644\u0628\u0642\u0631\u0629.<\/p>\n<p style=\"text-align: left;\">61.\u00a0 Lalu ditimpahkanlah kepada mereka  nista dan kehinaan, serta mereka mendapat kemurkaan dari Allah. hal itu  (terjadi) karena mereka selalu mengingkari ayat-ayat Allah dan membunuh  para nabi yang memang tidak dibenarkan. demikian itu (terjadi) karena  mereka selalu berbuat durhaka dan melampaui batas.<\/p>\n<p style=\"text-align: left;\">Firman Allah:<\/p>\n<p style=\"text-align: left;\">\u0625\u0646\u0651\u064e \u0627\u0644\u0651\u064e\u0630\u0650\u064a\u0646\u064e \u064a\u064e\u0643\u0652\u0641\u064f\u0631\u064f\u0648\u0646\u064e \u0628\u0650\u0622\u064e\u064a\u064e\u0627\u062a\u0650  \u0627\u0644\u0644\u0651\u064e\u0647\u0650 \u0648\u064e\u064a\u064e\u0642\u0652\u062a\u064f\u0644\u064f\u0648\u0646\u064e \u0627\u0644\u0646\u0651\u064e\u0628\u0650\u064a\u0651\u0650\u064a\u0646\u064e \u0628\u0650\u063a\u064e\u064a\u0652\u0631\u0650 \u062d\u064e\u0642\u0651\u064d \u0648\u064e\u064a\u064e\u0642\u0652\u062a\u064f\u0644\u064f\u0648\u0646\u064e  \u0627\u0644\u0651\u064e\u0630\u0650\u064a\u0646\u064e \u064a\u064e\u0623\u0652\u0645\u064f\u0631\u064f\u0648\u0646\u064e \u0628\u0650\u0627\u0644\u0652\u0642\u0650\u0633\u0652\u0637\u0650 \u0645\u0650\u0646\u064e \u0627\u0644\u0646\u0651\u064e\u0627\u0633\u0650 \u0641\u064e\u0628\u064e\u0634\u0651\u0650\u0631\u0652\u0647\u064f\u0645\u0652 \u0628\u0650\u0639\u064e\u0630\u064e\u0627\u0628\u064d  \u0623\u064e\u0644\u0650\u064a\u0645\u064d (21) \u0623\u064f\u0648\u0644\u064e\u0626\u0650\u0643\u064e \u0627\u0644\u0651\u064e\u0630\u0650\u064a\u0646\u064e \u062d\u064e\u0628\u0650\u0637\u064e\u062a\u0652 \u0623\u064e\u0639\u0652\u0645\u064e\u0627\u0644\u064f\u0647\u064f\u0645\u0652 \u0641\u0650\u064a \u0627\u0644\u062f\u0651\u064f\u0646\u0652\u064a\u064e\u0627  \u0648\u064e\u0627\u0644\u0652\u0622\u064e\u062e\u0650\u0631\u064e\u0629\u0650 \u0648\u064e\u0645\u064e\u0627 \u0644\u064e\u0647\u064f\u0645\u0652 \u0645\u0650\u0646\u0652 \u0646\u064e\u0627\u0635\u0650\u0631\u0650\u064a\u0646\u064e (22 ) \u0622\u0644 \u0639\u0645\u0631\u0627\u0646 .<\/p>\n<p style=\"text-align: left;\">21.\u00a0 Sesungguhnya orang-orang yang  engkar kepada ayat-ayat Allah dan membunuh para nabi yang memang tak  dibenarkan dan membunuh orang-orang yang menyuruh manusia berbuat adil,  maka gembirakanlah mereka, bahawa mereka akan menerima siksa yang pedih.<\/p>\n<p style=\"text-align: left;\">22.\u00a0 Mereka itu adalah orang-orang yang  lenyap (pahala) amal-amalnya di dunia dan akhirat, dan mereka  sekali-kali tidak memperoleh penolong.<\/p>\n<p style=\"text-align: left;\">Bagi penganut Islam yang mendirikan  solat lima waktu yang diwajibkan, memanjatkan doa pada tiap-tiap rakaat  sembahyangnya supaya dijauhkan bersifat golongan yang dimurkai Allah,  maksudnya saperti golongan Zionis Yahudi tersebut.<\/p>\n<p style=\"text-align: left;\"><strong>Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang,<br \/>Presiden PAS<\/strong><\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p style=\"text-align: left;\"><img decoding=\"async\" src=\"http:\/\/buletinonline.net\/v7\/wp-content\/uploads\/2012\/02\/israel-palestine_map.jpg\" border=\"0\" width=\"483\" height=\"312\" style=\"float: right; margin: 3px;\" \/>Bumi Palestin dimuliakan sejarahnya oleh  Nabi Ibrahim A.S. Bapa kepada para nabi selepasnya yang diiktiraf oleh  semua penganut agama samawi. Nabi Muhammad\u00a0 S.A.W. dilahirkan daripada  zuriatnya yang dihantar ke Makkah, yang dianugerah Allah kepada Ibrahim  A.S. kerana jasa perjuangannya yang besar menentang syirik dan zalim  oleh kuasa terbesar dunia dizamanya iaitu kerajaan Babylon yang  diperintah oleh Raja Namrud.<\/p>\n<p style=\"text-align: left;\">\n","protected":false},"author":1,"featured_media":8336,"comment_status":"closed","ping_status":"closed","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"footnotes":""},"categories":[38],"tags":[],"better_featured_image":{"id":8336,"alt_text":"","caption":"","description":"","media_type":"image","media_details":{"width":809,"height":539,"file":"2012\/02\/israel-palestine_map.jpg","filesize":85933,"sizes":{},"image_meta":{"aperture":"0","credit":"","camera":"","caption":"","created_timestamp":"0","copyright":"","focal_length":"0","iso":"0","shutter_speed":"0","title":"","orientation":"0","keywords":[]}},"post":8339,"source_url":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/wp-content\/uploads\/2012\/02\/israel-palestine_map.jpg"},"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/8339"}],"collection":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=8339"}],"version-history":[{"count":0,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/8339\/revisions"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/media\/8336"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=8339"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=8339"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=8339"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}