{"id":8330,"date":"2012-02-10T10:53:57","date_gmt":"2012-02-10T02:53:57","guid":{"rendered":"http:\/\/buletinonline.net\/v7\/index.php\/2012\/02\/najib-gadai-akidah-hadir-upacara-thaipusam-di-batu-caves-tegas-harussani\/"},"modified":"2012-02-10T10:53:57","modified_gmt":"2012-02-10T02:53:57","slug":"najib-gadai-akidah-hadir-upacara-thaipusam-di-batu-caves-tegas-harussani","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/najib-gadai-akidah-hadir-upacara-thaipusam-di-batu-caves-tegas-harussani\/","title":{"rendered":"Najib \u2018gadai akidah\u2019"},"content":{"rendered":"<p><img decoding=\"async\" src=\"https:\/\/media.themalaysianinsider.com\/images\/uploads\/2011\/august\/32\/najibrosmah0210.jpg\" border=\"0\" width=\"417\" height=\"269\" style=\"float: left; margin: 3px;\" \/>Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria melahirkan rasa terkilan dengan  sikap Datuk Seri Najib Razak yang \u201cmenggadai akidah\u201d apabila hadir dalam  upacara keagamaan sempena sambutan perayaan Thaipusam di Batu Caves  baru-baru ini.<\/p>\n<p>Tegas Harussani, walaupun sudah ditegur setiap tahun namun perdana  menteri itu seolah-olah tidak memandang berat akan kepentingan agama  Islam dan akidah.<\/p>\n<p>\u201cIni perbuatan syirik, saya tidak tahu mengapa jadi macam ini&#8230;  sedangkan perayaan kaum lain kita tidak boleh sambut ini pula hadir di  rumah ibadat mereka.<\/p>\n<p>\u201cBagaimana boleh terlajak macam ini, sepatutnya perdana menteri  wakilkan menteri beragama Hindu untuk menggantikan dirinya&#8230; sebab umat  Islam tidak boleh terlibat dalam sambutan perayaan agama lain,\u201d katanya  kepada <em>The Malaysian Insider.<\/em><\/p>\n<p>Beliau menambah menteri hal ehwal agama Islam atau penasihat agama  sepatutnya menasihatkan Najib agar tidak hadir dalam perayaan itu.<\/p>\n<p>\u201cKita tidak boleh sambut (perayaan agama lain), mereka lakukan  upacara keagamaan dan kita sebagai umat Islam tidak boleh hadir&#8230; itu  upacara ibadat mereka.<\/p>\n<p>\u201cSebagai perdana menteri, Najib sepatutnya sedar dan menghantar  wakil. Saya sudah tegur perkara ini setiap tahun namun tidak  dipedulikan,\u201d katanya menambah Najib wajar mencontohi sikap perdana  menteri terdahulu yang menghantar wakil masing-masing.<\/p>\n<p>Pada 7 Februari lalu, Najib menghadiri sambutan perayaan Thaipusam di  Batu Caves selain turut mengumumkan peruntukan awal berjumlah RM2 juta  untuk membina pusat kebudayaan di kawasan itu.<\/p>\n<p>Najib yang lengkap berpakaian Kurta berwarna kuning muda ditemani  isteri Datin Seri Rosmah Mansor, mengakui gembira untuk turut sama  memeriahkan Hari Thaipusam dan ini merupakan kali ketiga beliau  mengunjungi Batu Caves sempena perayaan itu sejak 2010.<\/p>\n<p>\u201cJangan gadai akidah kita, hukumnya syirik apabila kita hadir dalam  perayaan mereka seperti kita merestui agama kaum lain&#8230; kita sepatutnya  menjauhi perbuatan khufur yang boleh merosakkan akidah.<\/p>\n<p>\u201cPerkara ini serius kerana ia masalah akidah, saya wajib tegur&#8230;  kalau tidak mahu dengar terpulang,\u201d kata Harussani menambah tiada  halangan sekiranya menghadiri majlis rumah terbuka tetapi bukan upacara  keagamaan.-MI<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria melahirkan rasa terkilan dengan sikap Datuk Seri Najib Razak yang \u201cmenggadai akidah\u201d apabila hadir dalam upacara keagamaan sempena sambutan perayaan Thaipusam di Batu Caves baru-baru ini. Tegas Harussani, walaupun sudah ditegur setiap tahun namun perdana menteri itu seolah-olah tidak memandang berat akan kepentingan agama Islam dan akidah. \u201cIni perbuatan [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":0,"comment_status":"closed","ping_status":"closed","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"footnotes":""},"categories":[39],"tags":[],"better_featured_image":null,"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/8330"}],"collection":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=8330"}],"version-history":[{"count":0,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/8330\/revisions"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=8330"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=8330"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=8330"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}