{"id":8327,"date":"2012-02-10T07:15:13","date_gmt":"2012-02-09T23:15:13","guid":{"rendered":"http:\/\/buletinonline.net\/v7\/index.php\/2012\/02\/askar-kereta-kebal-halang-mogok-ulangtahun-penggulingan-hosni-mubarak\/"},"modified":"2012-02-10T07:15:13","modified_gmt":"2012-02-09T23:15:13","slug":"askar-kereta-kebal-halang-mogok-ulangtahun-penggulingan-hosni-mubarak","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/askar-kereta-kebal-halang-mogok-ulangtahun-penggulingan-hosni-mubarak\/","title":{"rendered":"Askar, Kereta Kebal Halang Mogok Ulangtahun Penggulingan Hosni Mubarak"},"content":{"rendered":"<\/p>\n<p><\/span> <span class=\"content\"><\/p>\n<p>Para pembantah yang meminta  peralihan lebih cepat kepada pemerintahan awam merancang mengadakan  perarakan besar  dan keingkaran awam, esok.<\/p>\n<p><\/span> <span class=\"content\"><\/p>\n<p>Sekurang-kurangnya 15 orang maut  dalam satu pertempuran jalanan di Kahirah dan bandar Suez, di timur  Mesir, baru-baru ini, menyusuli kematian 74 penyokong dalam satu  perlawanan bola sepak.<\/p>\n<p><\/span> <span class=\"content\"><\/p>\n<p>Majlis tentera yang memerintah telah  mengeluarkan satu kenyataan yang mengatakan ia akan menghantar  askar-askar peronda di seluruh negara itu untuk &#8216;mengekalkan tahap  keselamatan&#8230; bangunan-bangunan awam, swasta dan negara&#8217;.<\/p>\n<p><\/span> <span class=\"content\"><\/p>\n<p>Leftenan Jeneral Sami Enan, ketua  turus tentera, menggesa rakyat Mesir supaya &#8216;melindungi keselamatan dan  kestabilan negara itu menerusi daya kerja dan penghasilan&#8217;, lapor agensi  berita rasmi MENA.<\/p>\n<p><\/span> <span class=\"content\"><\/p>\n<p>Perdana Menteri Kamal al-Ganzouri  memberitahu satu sidang bahawa gesaan mengadakan keingkaran awam adalah  sebahagian daripada satu rancangan untuk &#8216;menggulingkan negara&#8217; dan  berkata semua rakyat Mesir harus bersatu bagi menghadapi krisis dan  bahaya yang dihadapi negara itu.<\/p>\n<p><\/span> <span class=\"content\"><\/p>\n<p>Al-Azhar, sebuah institusi pengajian  puak Islam Sunni yang terkenal, turut mengkritik gesaan agar diadakan  keingkaran awam, lapor sebuah portal berita al-Ahram, manakala MENA pula  berkata Paus Shenouda, ketua gereja puak Gereja Ortodoks Qibti, pernah  mengatakan bahawa keingkaran awam bertentangan dengan ajaran agamanya.<\/p>\n<p><\/span> <span class=\"content\"><\/p>\n<p>Sementara itu, Mesir juga enggan  mengalah dalam pertikaiannya dengan Amerika Syarikat berhubung tindakan  kerasnya terhadap kumpulan- kumpulan hak asasi, meskipun adanya ancaman  Washington akan  mengurangkan bantuan.<\/p>\n<p><\/span> <span class=\"content\"><\/p>\n<p>Para pemimpin tentera Mesir yang  memerintah telah bertikai dengan Amerika berhubung kempen Kahirah  menentang kumpulan-kumpulan prodemokrasi dan hak asasi yang dibiayai  pihak asing sejak lewat tahun lalu.<\/p>\n<p><\/span> <span class=\"content\"><\/p>\n<p>Pasukan keselamatan Mesir sering melakukan serbuan ke atas ibu pejabat kumpulan-kumpulan itu.<\/p>\n<p><\/span> <span class=\"content\"><\/p>\n<p>Pihak berkuasa Mesir mendakwa  terdapat satu konspirasi asing menentang negara itu untuk menjelaskan  protes-protes semakin meluas terhadap prestasi pihak tentera. &#8212;  Reuters, AP.<\/p>\n<p><\/span><\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p><span class=\"content\"><\/p>\n<p><strong><img decoding=\"async\" src=\"https:\/\/lh5.googleusercontent.com\/-ZmAagNnJxTY\/TzTFZwIBdAI\/AAAAAAAAIAs\/KQs1T74ubmM\/s550\/kereta%2520kebal%2520mesir.jpg\" border=\"0\" width=\"483\" height=\"312\" style=\"float: right; margin: 3px;\" \/>KAHERAH<\/strong>: Pihak tentera yang memerintah Mesir  berkata mereka akan mengerahkan lebih ramai askar dan lebih banyak  kereta kebal di seluruh negara itu, yang dilihat sebagai satu amaran  kepada para aktivis yang merancang satu mogok di serata negara sempena  ulang tahun pertama penggulingan bekas presiden Hosni Mubarak.<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":0,"comment_status":"closed","ping_status":"closed","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"footnotes":""},"categories":[36],"tags":[],"better_featured_image":null,"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/8327"}],"collection":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=8327"}],"version-history":[{"count":0,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/8327\/revisions"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=8327"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=8327"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=8327"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}