{"id":8236,"date":"2012-01-31T05:12:55","date_gmt":"2012-01-30T21:12:55","guid":{"rendered":"http:\/\/buletinonline.net\/v7\/index.php\/2012\/01\/purata-150-kereta-dicuri-setiap-hari-di-malaysia-2\/"},"modified":"2012-01-31T05:12:55","modified_gmt":"2012-01-30T21:12:55","slug":"purata-150-kereta-dicuri-setiap-hari-di-malaysia-2","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/purata-150-kereta-dicuri-setiap-hari-di-malaysia-2\/","title":{"rendered":"Purata 150 kereta dicuri setiap hari di Malaysia"},"content":{"rendered":"<p><span class=\"content\"><\/p>\n<p><img decoding=\"async\" src=\"https:\/\/cyberita.asia1.com.sg\/mnt\/media\/image\/launched\/2012-01-30\/BH_IMAGES_DSSTOLEN.jpg\" border=\"0\" width=\"375\" height=\"250\" style=\"float: right; margin: 3px;\" \/>PETALING JAYA: Sesebuah kereta boleh dilarikan  dalam tempoh tujuh minit sahaja kerana kebanyakan sindiket curi kereta  kini menggunakan peralatan berteknologi tinggi untuk mencuri kereta.<\/p>\n<p><\/span> <span class=\"content\"><\/p>\n<p>Purata 150 kereta dicuri setiap hari  di Malaysia dan jumlah kereta yang dicuri mencecah 112,503 sejak 2010,  kata laporan sebuah laman berita akhbar tempatan, semalam.<\/p>\n<p><\/span> <span class=\"content\"><\/p>\n<p>Kereta-kereta itu terdiri daripada model lama dan baru dengan komponennya dileraikan.<\/p>\n<p><\/span> <span class=\"content\"><\/p>\n<p>Kebanyakan kenderaan baru yang  dicuri pula terdiri daripada kereta jenis pacuan empat roda, yang  dieksport ke negara-negara Timur Tengah, lapor laman mStar Online.<\/p>\n<p><\/span> <span class=\"content\"><\/p>\n<p>Difahamkan kenderaan curi itu digunakan oleh kumpulan pemberontak untuk membawa senjata api.<\/p>\n<p><\/span> <span class=\"content\"><\/p>\n<p>Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah  Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Bakri Zinin, dipetik oleh laporan laman  berita itu sebagai berkata bahawa kebanyakan suspek bekerjasama dengan  beberapa sindiket kereta curi.<\/p>\n<p><\/span> <span class=\"content\"><\/p>\n<p>Menurutnya, polis Malaysia berjaya  menumpaskan enam sindiket tetapi terdapat beberapa kumpulan lain yang  masih cergas menjalankan kegiatan itu.<\/p>\n<p><\/span> <span class=\"content\"><\/p>\n<p>Sejumlah 57,462 kereta curi  dilaporkan pada 2010, manakala kira-kira 55,041 kes dicatatkan dari awal  hingga September tahun lalu.<\/p>\n<p><\/span> <span class=\"content\"><\/p>\n<p>Beliau berkata terdapat permintaan tinggi untuk kereta curi di tapak pembinaan di kawasan terpencil.<\/p>\n<p><\/span> <span class=\"content\"><\/p>\n<p>Namun, beberapa kenderaan tersebut  turut digunakan untuk kegiatan jenayah dan rompak manakala beberapa  model lagi dieksport ke luar negara.<\/p>\n<p><\/span> <span class=\"content\"><\/p>\n<p>&#8216;Kami percaya kenderaan seperti  Toyota Hilux dicuri untuk memenuhi permintaan di Timur Tengah. Kami juga  percaya kumpulan pemberontak menggunakan kenderaan itu untuk membawa  senjata api,&#8217; katanya seperti yang dipetik dalam laporan mStar Online  itu.<\/p>\n<p><\/span> <span class=\"content\"><\/p>\n<p>Datuk Seri Mohd Bakri berkata polis  menemui 2,765 kereta curi bernilai kira-kira RM137 juta ($56.6 juta)  pada 2010 dan 2,045 kereta bernilai RM103 juta sehingga September tahun  lalu.<\/p>\n<p><\/span> <span class=\"content\"><\/p>\n<p>Kenderaan tersebut dikesan menggunakan sistem kedudukan global (GPS) dan alat kawalan keselamatan.<\/p>\n<p><\/span> <span class=\"content\"><\/p>\n<p>&#8216;Kami menyelesaikan kes enam  sindiket utama dan menemui kira-kira 100 kenderaan termasuk model Toyota  Hilux, Toyota Fortuner, Toyota Alphard dan Honda City dengan  menggunakan alat tersebut,&#8217; katanya lagi.<\/p>\n<p><\/span><\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>PETALING JAYA: Sesebuah kereta boleh dilarikan dalam tempoh tujuh minit sahaja kerana kebanyakan sindiket curi kereta kini menggunakan peralatan berteknologi tinggi untuk mencuri kereta. Purata 150 kereta dicuri setiap hari di Malaysia dan jumlah kereta yang dicuri mencecah 112,503 sejak 2010, kata laporan sebuah laman berita akhbar tempatan, semalam. Kereta-kereta itu terdiri daripada model lama [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":0,"comment_status":"closed","ping_status":"closed","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"footnotes":""},"categories":[31],"tags":[],"better_featured_image":null,"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/8236"}],"collection":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=8236"}],"version-history":[{"count":0,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/8236\/revisions"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=8236"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=8236"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=8236"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}