{"id":8213,"date":"2012-01-29T02:53:21","date_gmt":"2012-01-28T18:53:21","guid":{"rendered":"http:\/\/buletinonline.net\/v7\/index.php\/2012\/01\/haji-zul-pikul-amanah-realisasikan-negara-berkebajikan-pas-kemaman-2\/"},"modified":"2012-01-29T02:53:21","modified_gmt":"2012-01-28T18:53:21","slug":"haji-zul-pikul-amanah-realisasikan-negara-berkebajikan-pas-kemaman-2","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/haji-zul-pikul-amanah-realisasikan-negara-berkebajikan-pas-kemaman-2\/","title":{"rendered":"Haji Zul Pikul Amanah realisasikan \u2018Negara Berkebajikan\u2019 PAS Kemaman"},"content":{"rendered":"<p>Menurut Pengerusinya, Haji Zulkifli Md Yakim pihaknya menyediakan pemeriksaan kesihatan percuma, perubatan as-Syifa\u2019serta khidmat guaman dan kaunseling syariah bagi para pengunjung selain pameran bermaklumat daripada Kumpulan Menentang Kanser (Fight Cancer Group) dan Polis diraja alaysia (PDRM).<\/p>\n<p>\u201cUntuk pengetahuan, kita buat pemeriksaan kesihatan percuma, perubatan Islam as-Syifa\u2019, (pameran) Fight Cancer Group (FCG) (dari) MAKNA, (pameran) PDRM (untuk bahagian) jenayah dan trafik, khidmat guaman dan kaunseling untuk kes-kes domestik, syariah dan juga (kes) sivil,\u201djelasnya <\/p>\n<p>Beliau berkata demikian ketika ditemui pada hari kedua Sambutan, Sabtu 28 Januari di tapak program, Dataran PASTI Mak Chili Kemaman, dekat sini.<\/p>\n<p><em>[Gambar &#8211; Haji Zul menyampaikan cenderahati kepada pihak PDRM yang menyertai pameran dalam Program Sambutan Ulang Tahun PAS Ke-60 Kawasan Kemaman]<\/em><\/p>\n<p>Katanya, Objektif pameran dan perkhidmatan tersebut, ada hubungkaitnya dengan konsep \u2018Negara Berkebajikan\u2019 yang akan menjadi manifesto pilihanraya PAS menghadapi pilihanraya umum ke-13 akan datang.<\/p>\n<p>Katanya, Negara berkebajikan bermatlamat membentuk masyarakat hidup dengan sejahtera dan harmoni di dunia hingga ke akhirat,\u00a0 bukan bermaksud menjadi Negara kebajikan (welfare state) sebagaimana yang diamalkan di Negara-negara Barat.<\/p>\n<p>\u201cNegara berkebajikan sebagaimana yang di manifestokan adalah tawaran kita kepada rakyat Malaysia bagaimana untuk hidup secara sejahtera, <\/p>\n<p>\u201charmoni serta tingkat hidup (standard of living)\u00a0 yang lebih bermutu, (tetapi) bukan dengan (hanya) \u2018mata benda\u2019 sebagaimana yang ditawarkan oleh Umno (BN),\u201dkatanya.<\/p>\n<p><img decoding=\"async\" src=\"https:\/\/buletinonline.net\/v7\/wp-content\/uploads\/2012\/01\/Hj%20Zul%20Negara%20Berkebajikan%20hapuskan%20khurafat%20Umnoa.jpg\" border=\"0\" width=\"412\" height=\"304\" style=\"float: right; margin: 3px;\" \/>Menurutnya, konsep kebajikan diamalkan oleh Umno dan Barisan Nasional (BN) yang sentiasa mengumpan rakyat dengan duit, sebenarnya menjadikan rakyat sebagai \u2018barangan komoditi\u2019.<\/p>\n<p>Oleh itu, tawaran Negara Berkebajikan PAS juga akan menghapuskan pemikiran \u2018khurafat\u2019 yang telah dididik oleh Umno, bahawa merekalah yang berupaya memberikan kesenangan hidup kepada rakyat.<\/p>\n<p>Akbatnya, kata beliau, rakyat meletakkan kepentingan kebendaan terlalu tinggi sehingga sanggup menukar iman dan akidah.<\/p>\n<p>\u201cSebagai contohnya, untuk mendapatkan duit RM500, penerima bantuan rakyat 1Malaysia, terpaksa menunggu sehingga 5 hingga 6 jam sebagaimana yang berlaku di (Kampung) Seri Bandi dan Kijal baru-baru ini,<br \/>\u201crakyat sanggup berhujan (dan berpanas) dan meningggalkan solat (demi mendapatkan wang tersebut),\u201dtegasnya.<\/p>\n<p>Beliau yang juga seorang ahli perniagaan menegaskan, termasuk dalam konsep berkebajikan PAS adalah, menghapuskan konglomerat-konglomerat yang memonopolikan perniagaaan mereka sehingga menjadi kuasa penentu harga barangan dan perkhidmatan.<\/p>\n<p>\u201cSalah satu cara bagaimana kita (Negara berkebajikan) boleh meningkatkan pendapatan rakyat adalah dengan menghapuskan monopoli daripada konglomerat-konglomerat yang menentukan harga (barangan dan perkhidmatan) di pasaran, (ia sepatutnya) dinilai ikut pasaran (iaitu rakyat),\u201dkata beliau.<\/p>\n<p>Katanya, ia adalah satu \u2018amar makruf\u2019 yang menjadikan kehidupan rakyat lebih baik apabiladapat menikmati harga barang yang lebih murah<\/p>\n<p>http:\/\/www.youtube.com\/watch?v=ogQuwbkV2IY<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p><strong><em><img decoding=\"async\" src=\"http:\/\/buletinonline.net\/v7\/wp-content\/uploads\/2012\/01\/Hj%20Zul%20sampaikan%20cebderahati%20kepada%20wakil%20PDRMa.jpg\" border=\"0\" width=\"483\" height=\"312\" style=\"float: left; margin: 3px;\" \/>&#8211; menghapuskan \u2018khurafat\u2019 Umno menjadikan rakyat sebagai \u2018komoditi\u2019<\/em><br \/>KEMAMAN<\/strong> \u2013 Sempena Sambutan Ulangtahun PAS Ke-60 PAS Kawasan Kemaman, Lujnah Kebajikan dan Kemasyarakatan PAS Kawasan Kemaman telah mengadakan enam komponen pameran dan perkhidmatan.<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":8209,"comment_status":"closed","ping_status":"closed","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"footnotes":""},"categories":[31],"tags":[],"better_featured_image":{"id":8209,"alt_text":"","caption":"","description":"","media_type":"image","media_details":{"width":640,"height":429,"file":"2012\/01\/Hj Zul sampaikan cebderahati kepada wakil PDRMa.jpg","filesize":141430,"sizes":{},"image_meta":{"aperture":"5.6","credit":"","camera":"Canon EOS 550D","caption":"","created_timestamp":"1327765151","copyright":"","focal_length":"18","iso":"400","shutter_speed":"0.01","title":"","orientation":"1","keywords":[]}},"post":8213,"source_url":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/wp-content\/uploads\/2012\/01\/Hj Zul sampaikan cebderahati kepada wakil PDRMa.jpg"},"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/8213"}],"collection":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=8213"}],"version-history":[{"count":0,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/8213\/revisions"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/media\/8209"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=8213"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=8213"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=8213"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}