{"id":8014,"date":"2012-01-09T19:28:46","date_gmt":"2012-01-09T11:28:46","guid":{"rendered":"http:\/\/buletinonline.net\/v7\/index.php\/2012\/01\/pas-terengganu-tawarkan-lagi-manifesto-pru13-kepada-rakyat-terengganu\/"},"modified":"2012-01-09T19:28:46","modified_gmt":"2012-01-09T11:28:46","slug":"pas-terengganu-tawarkan-lagi-manifesto-pru13-kepada-rakyat-terengganu","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/pas-terengganu-tawarkan-lagi-manifesto-pru13-kepada-rakyat-terengganu\/","title":{"rendered":"PAS Terengganu tawarkan lagi manifesto PRU13 kepada rakyat"},"content":{"rendered":"<p>Menurut Pesuruhjayanya, Haji Mohd Abdul Wahid Endut, kerajaan Umno dan Barisan Nasional (BN)Terengganu telah menipu rakyat dengan tidak menunaikan janji mengembalikan royalti petroleum.<\/p>\n<p>\u201cMad Said (MB Terengganu) kata dalam dewan (Sidang DUN) nak bayar royalti dalam bulan Mac 2011, kita tungu\u2026tunggu\u2026(rupanya) \u2018menipu atas darat kering\u2019,<\/p>\n<p>\u201cPerdana Menteri menipu, Mad Said Menteri Besar sendiri menipu,\u201dujarnya ketika berucap pada ceramah perdana, Sambutan 100 Tahun Itqan al-Muluk Bi Ta\u2019dil as-Suluk, pada Sabtu 7 Januari.<\/p>\n<p><em>[Gambar &#8211; Harapan kepada PAS sebagai kerajaan menunggu&#8230;.termasuk anak kecil dalam buaian yang dibawa oleh salah seorang peserta ketika Sambutan 100 Tahun Itqan al-Muluk Bi Ta&#8217;dil as-Suluk]<\/em><\/p>\n<p>Maka, kata Wahid, janji pertama daripada lima manifesto tambahan yang diumumkan ialah meneruskan usaha perjuangan mengembalikan hak royalti petroleum kepada negeri Terengganu.<\/p>\n<p>Yang keduanya, kata beliau, PAS Terengganu menegaskan akan mengganti tanah baru atau rumah kepada pemilik yang terlibat dengan pengambilan balik tanah.<\/p>\n<p>Selain itu, PAS Terengganu berjanji akan memberikan bekalan air percuma sebanyak 20 meter padu pertama kepada pengguna domestik (rumahtangga) yang bermeter, setiap individu pada setiap bulan.<\/p>\n<p>\u201ckita juga berjanji untuk memberi 20 meter padu air yang pertama, ini telah dilaksanakan dengan jayanya di negeri Selangor, kita akan beri percuma, kalau guna lebih, kena bayar,\u201djelasnya.<\/p>\n<p>http:\/\/www.youtube.com\/watch?v=NtlflZl9rJA<\/p>\n<p>PAS Terengganu juga melihat kekurangan sekolah-sekolah agama dibawah kerajaan negeri menyebabkan kerugian kepada rakyat.<\/p>\n<p>Menurut Wahid, sebanyak 14 buah sekolah agama, termasuk Sekolah Menengah Agama Sultan Zainal Abidin yang telah berusia lebih seratus tahun, telah diserah kepada kerajaan pusat.<\/p>\n<p>Atas permintaan rakyat untuk menghantar anak-anak ke sekolah agama, yang meningkat setiap tahun, kata Wahid, PAS berjanji akan menubuhkan sebuah sekolah disetiap daerah, sekiranya diberi mandat oleh rakyat utuk memerintah negeri Terengganu.<\/p>\n<p>\u201cKita nak tambah sekolah menengah agama negeri disetiap daerah serta memberi geran tahunan kepada sekolah-sekolah agama rakyat dan pusat pengajian pondok,<\/p>\n<p>\u201csekolah agama dibawah kerajaan negeri tak, ada 14 (buah) dia (Umno\/BN) serah ke (kerajaan) pusat,\u201dtegasnya.<\/p>\n<p>PAS juga berjanji akan mewujudkan semula Institusi Pengajian Tinggi Islam (IPTI) milik negeri yang mengutamakan anak-anak Terengganu bagi menggantikan Kolej Sultan Zainal Abidin (KUSZA) yang telah diserahkan kepada kerajaan persekutuan.<\/p>\n<p>\u201cKUSZA ditubuhkan pada zaman (Tan Sri) Wan Mokhtar jadi Menteri Besar negeri Terengganu, KUSZA banyak berjasa, Terengganu adalah negeri yang mula-mula ada Institusi pengajian agama Islam di negara kita (kemudian) diikuti oleh negeri-negeri lain,<\/p>\n<p>\u201ctapi bila negeri-negeri lain semua ikut kita (Terengganu) kita serah (KUSZA) kepada (kerajaan) pusat, kononnya nak tubuh universiti,\u201dkatanya.<\/p>\n<p>Penubuhan IPTI itu, tambah Wahid, akan dapat membantu anak-anak negeri melnjutkan pelajaran ke pringkat yang lebih tinggi.<\/p>\n<p>\u00a0<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p><strong><img decoding=\"async\" src=\"http:\/\/buletinonline.net\/v7\/wp-content\/uploads\/2012\/01\/IMG_3442.jpg\" border=\"0\" width=\"452\" height=\"301\" style=\"float: right; margin: 3px;\" \/>KUALA TERENGGANU<\/strong> \u2013 Setelah menawarkan lima manifesto pada 15 Oktober tahun lalu, PAS Terengganu bergerak maju ke hadapan dengan mengisytiharkan lagi ikrarnya kepada seluruh rakyat.<\/p>\n<p>Tawaran yang dikemukakan itu, menunjukkan kesungguhan PAS Terengganu sebagai \u2018kerajaan menunggu\u2019 bagi menghadapi pilihanraya umum ke-13.<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":0,"comment_status":"closed","ping_status":"closed","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"footnotes":""},"categories":[30],"tags":[],"better_featured_image":null,"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/8014"}],"collection":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=8014"}],"version-history":[{"count":0,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/8014\/revisions"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=8014"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=8014"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=8014"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}