{"id":80008,"date":"2019-11-25T01:49:09","date_gmt":"2019-11-24T17:49:09","guid":{"rendered":"https:\/\/buletinonline.net\/v7\/?p=80008"},"modified":"2019-11-25T01:53:47","modified_gmt":"2019-11-24T17:53:47","slug":"kerajaan-pas-terpaksa-tanggung-hutang-pemerintah-terdahulu","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/kerajaan-pas-terpaksa-tanggung-hutang-pemerintah-terdahulu\/","title":{"rendered":"Kerajaan PAS Terpaksa Tanggung Hutang Pemerintah Terdahulu"},"content":{"rendered":"<p>KUALA TERENGGANU \u2013 Kerajaan PAS Terengganu menanggung beban hutang kerajaan terdahulu sebanyak RM403.48 juta pada belanjawan tahun 2020.<\/p>\n<p>Pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur, Kemudahan Awam, Utiliti dan Teknologi Hijau negeri, Dr Haji Mamad Puteh berkata, ia menjadi satu beban kepada kerajaan negeri kerana terpaksa membayar wang yang dipinjam oleh pemerintahan terdahulu.<\/p>\n<p>\u201cKita rasa dengan hutang yang besar ni memanglah menjadi satu beban yang besar kepada kerajaan negeri kerana kita jangka tahun hadapan pendapatan kita dalam RM1.6 bilion sahaja.<\/p>\n<p>\u201cHutang sahaja RM400 juta bermakna 25 % daripada pendapatan kita kena bayar hutang yang wajib kita bayar. Inilah yang menjadi permasalahan kepada kita dan keseluruhan rakyat negeri Terengganu,\u201d jelasnya.<\/p>\n<p><a href=\"https:\/\/buletinonline.net\/v7\/wp-content\/uploads\/2019\/11\/Screenshot-69.png\"><img decoding=\"async\" class=\"alignnone size-full wp-image-80011\" src=\"https:\/\/buletinonline.net\/v7\/wp-content\/uploads\/2019\/11\/Screenshot-69.png\" alt=\"\" width=\"759\" height=\"442\" \/><\/a><\/p>\n<p>Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuala Berang berkata demikian ketika menjawab soalan tambahan ADUN Telemong dalam Sidang<a href=\"https:\/\/www.facebook.com\/DrAhmadSamsuri\/videos\/429400451345088\"><em><strong> DUN pada semalam<\/strong><\/em>.<\/a><\/p>\n<p>Dr Mamad menambah, hutang tersebut telah dibuat semasa pemerintahan Barisan Nasional (BN) sebelum diambil oleh kerajaan PAS.<\/p>\n<p>\u201cMasa kita memerintah PAS tahun 1999 sehingga 2004 waktu itu tiada bentuk macam ini, pinjam dulu sebagaimana hari ini .<\/p>\n<p>\u201cJadi masa kita memerintah dulu tidak ada hutang dengan bank atau kontraktor sehinggalah benda ini berlaku pada tahun 2015, 2016, 2017.<\/p>\n<p>\u201cSaya dapat maklumat bandar baru Kuala Berang pun nak dipinjam wang untuk nak bina berkaitan dengan pejabat pentadbiran baru, dewan baru dan masjid baru,\u201d tegasnya.<\/p>\n<p>Beliau menambah, walaupun ia melibatkan kepentingan rakyat namun tabiat suka berhutang menyebab kerajaan dan rakyat terpaksa menanggung kesannya.<\/p>\n<p>\u201cKita rasa walaupun kita ada kepentingan untuk rakyat tetapi tabiat meminjam secara besaran tidak mampu kita nak bayar. Inilah boleh merosakkan kita dan rakyat,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Dalam menjawab soalan asal yang dikemukakan oleh ADUN Tepoh, Ustaz Hishamuddin Abd Karim, Dr.Mamad berkata, hutang tersebut adalah kerana Projek Sistem Bekalan Air Kuala Terenggaju Utara, Loji Air Bukit Besar Kemaman, Pusat Pentadbiran Kuala Nerus, Pembangunan Muara Sungai Terengganu, Pembinaan Asrama Majlis Sukan Negeri Terengganu dan Projek Pembentungan Bandar Baru Kijal, Kemaman.<\/p>\n<p>Malangnya, kata beliau, kemajuan semua projek tersebut sehingga kini tidak mencapai tahap yang sepatutnya.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>KUALA TERENGGANU \u2013 Kerajaan PAS Terengganu menanggung beban hutang kerajaan terdahulu sebanyak RM403.48 juta pada belanjawan tahun 2020. Pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur, Kemudahan Awam, Utiliti dan Teknologi Hijau negeri, Dr Haji Mamad Puteh berkata, ia menjadi satu beban kepada kerajaan negeri kerana terpaksa membayar wang yang dipinjam oleh pemerintahan terdahulu. \u201cKita rasa dengan hutang yang besar [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":80010,"comment_status":"closed","ping_status":"closed","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"footnotes":""},"categories":[31],"tags":[],"better_featured_image":{"id":80010,"alt_text":"","caption":"","description":"","media_type":"image","media_details":{"width":731,"height":451,"file":"2019\/11\/Screenshot-70.png","filesize":461467,"sizes":{},"image_meta":{"aperture":"0","credit":"","camera":"","caption":"","created_timestamp":"0","copyright":"","focal_length":"0","iso":"0","shutter_speed":"0","title":"","orientation":"0","keywords":[]}},"post":80008,"source_url":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/wp-content\/uploads\/2019\/11\/Screenshot-70.png"},"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/80008"}],"collection":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=80008"}],"version-history":[{"count":6,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/80008\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":80017,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/80008\/revisions\/80017"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/media\/80010"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=80008"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=80008"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=80008"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}