{"id":798,"date":"2009-09-03T20:47:54","date_gmt":"2009-09-03T12:47:54","guid":{"rendered":"http:\/\/buletinonline.net\/v7\/index.php\/2009\/09\/tuduhan-terhadap-pesuruhjaya-pas-selangor-sangat-jahat\/"},"modified":"2009-09-03T20:47:54","modified_gmt":"2009-09-03T12:47:54","slug":"tuduhan-terhadap-pesuruhjaya-pas-selangor-sangat-jahat","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/tuduhan-terhadap-pesuruhjaya-pas-selangor-sangat-jahat\/","title":{"rendered":"Tuduhan Terhadap Pesuruhjaya PAS Selangor Sangat Jahat"},"content":{"rendered":"<p class=\"MsoNormal\"><img decoding=\"async\" src=\"https:\/\/buletinonline.net\/v7\/wp-content\/uploads\/2009\/09\/yblando4.gif\" border=\"0\" alt=\"http:\/\/www.buletinonline.net\/http:\/\/buletinonline.net\/v7\/wp-content\/uploads\/2009\/09\/yblando4.gif\" width=\"341\" height=\"227\" align=\"left\" \/><span style=\"font-size: 10pt; font-family: Tahoma\">(Sebelum ini ada pihak dalam BN menyebut 31 Ogos.) <\/span><span style=\"font-size: 10pt; font-family: Tahoma\"><\/p>\n<p>Artikel ini yang boleh dibaca di\u00a0<a href=\"http:\/\/www.merdekareview.com\/bm\/news.php?n=10309\">MerdekaReview<\/a>\u00a0memperkenalkan kononnya formula lompat parti 3-2-3 yang dijadualkan berlaku dalam tempoh terdekat yang bakal merebahkan kerajaan Pakatan Rakyat Selangor sebagimana rebahnya kerajaan Perak iaitu melalui \u201cpolitik pintu belakang\u201d.\u00a0 3-2-3 yang dimaksudkan adalah bakalnyal berlaku lompatan ADUN-ADUN dari Pakatan Rakyat iaitu 3 dari PKR 2 dari DAP dan 3 dari PAS.<\/p>\n<p> Malangnya analisa Wong itu tidak pula menghuraikan bagaimana perancangan ini bakal berlaku dan dilaksanakan dan apakah faktor pendorongnya.\u00a0 Ia sekadar menembak curi dan lebih bermain dengan lagu-lagu nyanyian Umno dan BN di Selangor tiada asas dan hujah serta bukti yang kukuh.<\/span><\/p>\n<p class=\"MsoNormal\"><span style=\"font-size: 10pt; font-family: Tahoma\">Antara nama-nama yang disebut bakal melompat termasuklah kononnya Dato Dr Hasan Ali (PAS), Amiruddin Shaari (PKR) dan Badrul Hisham (PKR).\u00a0 Siapa dua lagi dari PAS?\u00a0 Siapa satu lagi dari PKR dan siapa dua dari DAP itu?<\/p>\n<p> Analisa beliau menggunakan pula hujah dari dua pimpinan DAP Selangor iaitu Teresa Kok dan Teng Chang Khim yang kononnya menyebut bilangan yang bakal lompat dan kemungkinan siapa yang bakal lompat.\u00a0 Kenapa Teresa dan Teng dikecualikan?\u00a0 Kenapa mereka pun tidak disenaraikan sebagai punya potensi melompat dari 13 ADUN DAP?<\/p>\n<p> Bagi saya analisa ini sangat meleset dan murahan dan malah tidak layak duduk di <a href=\"http:\/\/www.merdekareview.com\/bm\/index.php\">MerdekaReview<\/a> yang biasanya terbit memaparkan tulisan yang kritikal dan bekualiti.<\/p>\n<p> Saya sendiri semalam ditanya oleh seorang pemberita akhbar Cina tentang khabar angin ini. Bagaimana dengan ADUN-ADUN PAS tanya beliau?\u00a0 Saya nyatakan kesemua lapan ADUN PAS Selangor sedang sibuk bekerja di bulan Ramadhan ini, padat dengan program yang disusun parti selain aturcara masing-masing sebagai EXCO dan ADUN. \u00a0Mereka tidak lari dan tidak menyembunyikan diri (satu tindakan biasa bagi ADUN yang mahu lompat). Saya nyatakan bahawa saya sungguh yakin insyallah tidak ada seorang pun ADUN PAS yang tergamak untuk melompat apalagi menyumbang ke arah kejatuhan kerajaan ini.<\/p>\n<p> PAS mungkin ada berbeza pandangan dalam hal-hal tertentu dalam mentadbir Selangor, tetapi semuanya ditangani melalui musyawarah.\u00a0 Pimpinan PAS Selangor sentiasa rapat dengan pimpinan PAS di semua peringkat, tidak terasing atau berjalan sendiri-sendiri.\u00a0 Di peringkat Selangor forum politik tertinggi iaitu Majlis Pakatan Rakyat berjalan lancar, menemukan 6 pimpinan tertinggi masing-masing parti setiap dua minggu sekali secara konsisten dan insyallah esok adalah mesyuarat seterusnya.<\/p>\n<p> Ringkasnya bagi PAS, perjuangan lebih 50 tahun di bumi politik Selangor yang sungguh gersang ini kini membuahkan hasil dengan menjadi sebahagian dari kerajaan yang memerintah bumi bertuah ini.\u00a0 Doa, pengorbanan dan airmata yang ditumpahkan oleh para pejuang yang awal insyallah tidak akan dipersia-siakan apalagi mandat yang diberikan rakyat pada PRU 12 lalu.<\/p>\n<p> Hubungan PAS dengan PKR dan DAP berjalan baik. \u00a0Tidak dapat dinafikan terdapat perbezaan disana-sini tetapi ia semakin mesra dan masing-masing mula faham-memahami dan hormat-menghormati. \u00a0Yang pentingnya negeri ini perlu ditadbir secara yang terbaik, biar lebih baik dari mereka yang sebelumnya.<\/p>\n<p> Kesimpulannya saya percaya kerajaan negeri ini akan mampu bertahan sehingga tamat penggalnya. Jika ada pun yang mahu melompat, ia tindakan orang yang kecewa dan menggadaikan amanah rakyat.\u00a0 PAS insyallah akan kekal 8 walau apa berlaku. \u00a0Sejarah daya tahan dan kekuatan dalaman wakil-wakilrakyat PAS telah lama terbukti. Kali terakhir wakil rakyat PAS meninggalkan parti adalah lebih 30 tahun lalu apabila berlaku krisis politik Kelantan sehingga lahirnya Berjasa dan Hamim.<br \/> \u00a0<br \/> Tuduhan terhadap Pesuruhjaya PAS Selangor oleh Wong sangat jahat, lebih-lebih lagi tiada ruang diberikan untuk Dato Hasan membela diri atau sekurang-kurangnya pimpinan kanan PAS Selangor diminta pandangan. \u00a0Biarlah Umno dan BN Selangor bersedap-sedap menunggu 16 September bersama Wong, kami dari PAS Selangor dan kerajaan Pakatan Rakyat Selangor ada banyak tugas dan kerja yang perlu dilaku dan dibereskan.<br \/> \u00a0<br \/> Saya menunggu reaksi Wong 17 September nanti.<br \/> <\/span><\/p>\n<p class=\"MsoNormal\"><em><span style=\"font-size: 10pt; font-family: Tahoma\">(Roslan Shahir bin Mohd Shahir ialah\u00a0Ketua Penerangan PAS Selangor, Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor \u2013pendapat ini adalah tulisan laman blog Roslan).<\/span><\/em><\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p class=\"MsoNormal\"><span style=\"font-size: 10pt; font-family: Tahoma\">Kawan saya Lim Hong Siang menyiarkan artikel bertajuk &#8220;<a href=\"http:\/\/www.merdekareview.com\/bm\/news.php?n=10309\">Rampasan kuasa di Selangor: Perancangan 16 Sept berulang<\/a>&#8221; tulisan Wong Shu Qi dan disunting oleh beliau dalam laman web <a href=\"http:\/\/www.merdekareview.com\/bm\/index.php\">MerdekaReview<\/a> yang mana beliau adalah editornya. <br \/> <\/span><\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":0,"comment_status":"closed","ping_status":"closed","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"footnotes":""},"categories":[32],"tags":[],"better_featured_image":null,"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/798"}],"collection":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=798"}],"version-history":[{"count":0,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/798\/revisions"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=798"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=798"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=798"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}