{"id":796,"date":"2009-09-02T08:04:42","date_gmt":"2009-09-02T00:04:42","guid":{"rendered":"http:\/\/buletinonline.net\/v7\/index.php\/2009\/09\/300-anggota-polis-berkawal-sidang-di-pindah-ke-hotel\/"},"modified":"2009-09-02T08:04:42","modified_gmt":"2009-09-02T00:04:42","slug":"300-anggota-polis-berkawal-sidang-di-pindah-ke-hotel","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/300-anggota-polis-berkawal-sidang-di-pindah-ke-hotel\/","title":{"rendered":"300 Anggota Polis Berkawal, Sidang Di Pindah Ke Hotel"},"content":{"rendered":"<p class=\"MsoNormal\"><img decoding=\"async\" src=\"https:\/\/buletinonline.net\/v7\/wp-content\/uploads\/2009\/09\/sidangdunperak2septb.jpg\" border=\"0\" alt=\"http:\/\/www.buletinonline.net\/http:\/\/buletinonline.net\/v7\/wp-content\/uploads\/2009\/09\/sidangdunperak2septb.jpg\" width=\"385\" height=\"243\" align=\"left\" \/><span style=\"font-size: 10pt; font-family: Tahoma\">Serama 6 orang telah ditangkap termasuk orang awam, jurugambar media dan tiga ADUN Pakatan Rakyat negeri Perak.<\/p>\n<p> Dua puluh dua orang ADUN Pakatan Rakyat mula bergerak menuju bangunan SUK pada jam 9.45 pagi telah dihalang oleh tidak kurang 300 anggota polis yang telah membuat sekatan sejak semalam.<\/p>\n<p> Pergerakan tersebut diketuai oleh Menteri Besar Pakatan Rakyat, Dato\u2019 Seri Mohamad Nizar Jamaludin, diikuti Pengerusi DAP Perak, Dato\u2019 Ngeh Koo Ham dan kira-kira 100 orang penyokong.<br \/> <\/span><\/p>\n<p class=\"MsoNormal\"><span style=\"font-size: 10pt; font-family: Tahoma\"> Apabila dihalang oleh pihak polis berlaku pertengkaran mengenai perintah mahkamah melarang perhimpunan itu diadakan. <\/p>\n<p> Dato\u2019 Ngeh menegaskan bahawa perintah mahkamah tersebut hanya menghalang orang awam berhimpun disitu, tetapi tidak kepada ADUN.<\/p>\n<p> &#8220;Perintah mahkamah melarang orang awam berada di situ, tetapi tidak menyebut tentang ahli dewan undangan negeri. Adalah salah untuk menghalang ADUN menjalankan tugas mereka&#8230;<\/p>\n<p> &#8220;Lagi pula, Seksyen 90 Kanun Prosedur Jenayah menyebut perintah tersebut mesti diwartakan,\u201d tegas Ngeh sebagaimana dilaporkan beberapa media Pakatan Rakyat.<\/p>\n<p> Polis pencegah rusuhan (FRU) menghalang kumpulan tersebut cuba meneruskan niat untuk masuk ke dalam bangunan SUK.<\/p>\n<p> Dalam keadaan asak mengasak dan tolak menolak, pada kira-kira jam 10 pagi, polis telah menangkap Dato\u2019 Ngeh dan seorang jurugambar akhbar Nanyang Siang Pau Stanley Tan yang dikatakan turut dikasari pihak polis, disepak ketika ditahan.<\/p>\n<p> Jeritan Stanley terhadap polis jelas kedengaran, katanya; &#8220;You nak kerja, kita pun nak kerja.&#8221; <\/span><\/p>\n<p class=\"MsoNormal\"><span style=\"font-size: 10pt; font-family: Tahoma\">ADUN Malim Nawar, Keshvinder Singh telah ditahan pada jam 10.15 pagi diikuti dengan penahanan ADUN Simpang Pulai, Chan Ming Kai dan dua penyokong, sebelum <span>\u00a0<\/span>Mohammad Nizar meminta wakil-wakil rakyat Pakatan supaya bersurai lebih kurang jam 10.30 pagi.<\/p>\n<p> Nizar berkata beliau memanggil wakil-wakil rakyat Pakatan untuk mengadakan sidang DUN, bukannya untuk berkumpul.<\/p>\n<p> Beliau turut mengulangi perintah mahkamah adalah menghalang perhimpunan dan ditujukan kepada orang awam, bukan kepada ahli-ahli Yang Berhormat.<br \/> <\/span><img decoding=\"async\" src=\"https:\/\/buletinonline.net\/v7\/wp-content\/uploads\/2009\/09\/sidangdunperak2septa.jpg\" border=\"0\" alt=\"http:\/\/www.buletinonline.net\/http:\/\/buletinonline.net\/v7\/wp-content\/uploads\/2009\/09\/sidangdunperak2septa.jpg\" width=\"427\" height=\"271\" align=\"right\" \/><br \/><span style=\"font-size: 10pt; font-family: Tahoma\"> Sejurus selepas itu, Speaker DUN Pakatan rakyat, V Sivakumar berkata, beliau akan tetap meneruskan sidang DUN di Hotel Heritage pada pukul 11.30 pagi.<\/p>\n<p> <\/span><span style=\"font-size: 10pt; font-family: Tahoma\">Katanya, beliau harus mengggunakan doktrin yang diperlukan kerana wakil rakyat Pakatan dihalang daripada memasuki bangunan SUK.<\/p>\n<p> Pada jam 11.35 pagi, Sidang DUN Perak bermula, <span>\u00a0<\/span>Semua ADUN Pakatan menghadiri sidang tersebut kecuali ADUN Titi Serong, Dr Khalil Idham Lim Abdullah yang sedang mengerjakan umrah. <\/p>\n<p> Antara usul yang dibahaskan adalah laporan jawatankuasa hak dan kebebasan DUN mengenai <span>\u00a0<\/span>tindakan Speaker \u2019haram\u2019 yang dilantik BN Datuk R Ganesan.<\/p>\n<p> Pada 7 Mei lalau, beliau yang bukan seorang ADUN, telah masuk ke dewan DUN tanpa kebenaran speaker dan enggan keluar, apabila diperintah berbuat demikian oleh speaker, V. Sivakumar<\/p>\n<p>http:\/\/www.youtube.com\/watch?v=QsDTkMnh9pQ<\/p>\n<p>http:\/\/www.youtube.com\/watch?v=Oyl5HkCH9X4<\/p>\n<p>http:\/\/www.youtube.com\/watch?v=_zZDcdRqyB0<\/p>\n<p><\/span><\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p class=\"MsoNormal\"><strong><span style=\"font-size: 10pt; font-family: Tahoma\">IPOH<\/span><\/strong><span style=\"font-size: 10pt; font-family: Tahoma\"><strong> <\/strong>&#8211; Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak yang dijadualkan berlangsung hari ini dipindahkan ke sebuah hotel setelah Ahli-ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dihalang memasuki bangunan SUK, Perak Darul Ridzuan. <em>(Video Klip Di Dalam)<\/em><br \/> <\/span><\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":0,"comment_status":"closed","ping_status":"closed","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"footnotes":""},"categories":[31],"tags":[],"better_featured_image":null,"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/796"}],"collection":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=796"}],"version-history":[{"count":0,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/796\/revisions"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=796"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=796"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=796"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}