{"id":7880,"date":"2011-12-23T16:24:30","date_gmt":"2011-12-23T08:24:30","guid":{"rendered":"http:\/\/buletinonline.net\/v7\/index.php\/2011\/12\/henti-penghantaran-pelajar-ke-mesir-satu-kesilapan-besar\/"},"modified":"2011-12-23T16:24:30","modified_gmt":"2011-12-23T08:24:30","slug":"henti-penghantaran-pelajar-ke-mesir-satu-kesilapan-besar","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/henti-penghantaran-pelajar-ke-mesir-satu-kesilapan-besar\/","title":{"rendered":"Henti penghantaran pelajar ke Mesir Satu kesilapan besar"},"content":{"rendered":"<p>Menurut Yahaya, Ahmad juga menghina sistem pendidikan pusat pengajian negara itu yang memiliki universti al-Azhar, universiti tertua di dunia yang terkenal hebat dari sudut keilmuannya. <\/p>\n<p>\u201cKita (PAS) rasa satu kesilapan besar dari sudut ilmu jika kerajaan Terengganu membuat keputusan menghentikan penghantaran pelajar kita ke Mesir.<\/p>\n<p>\u201cKenapa takut dengan \u2018bayang-bayang\u2019 kononnya pelajar di Mesir terlibat dengan politik pembangkang dan tidak bersama kerajaan (Umno-BN).<\/p>\n<p>\u201cIni bukan salah sistem (Al-Azhar) jika pelajar terlibat dengan politik tetapi pendedahan dengan aktiviti berpersatuan dan ilmu membawa kepada kebenaran dalam perjuangan,\u201d ujarnya.<\/p>\n<p>Beliau berkata demikian ketika mengulas kenyataan Menteri Besar Terengganu, Dato\u2019 Seri Ahmad Said yang mengumumkan perkara tersebut pada 19 Disember lalu.. <\/p>\n<p>Ahmad dipetik sebagai berkata sistem pendidikan di sesetengah pusat pengajian negara itu menyebabkan ada pelajar dari negeri ini yang terkandas pengajian mereka.<\/p>\n<p>&#8220;Sistem pengajian di negara itu agak &#8216;kucar-kacir&#8217; manakala sebilangan pelajar turut terheret dalam agenda politik tertentu sehingga meminggirkan pelajaran mereka,&#8221; katanya kepada pemberita selepas Majlis Penganugerahan Pingat Emas dan Hadiah Kecemerlangan Yayasan Terengganu (YT) kali ke-32 di Taman Tamadun Islam.<\/p>\n<p>Ekoran kenyataan Ahmad, Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (Maidam) turut mengumumkan akan menghantar semua pelajar tajaannya ke Jordan dan tidak lagi ke Mesir, mulai tahun hadapan.<\/p>\n<p>&#8220;Ini adalah dasar kerajaan dan kita kena ikutlah,&#8221; kata Pegawai Eksekutif\/Setiausaha Maidam Wan Harujan Sulaiman <\/p>\n<p>Justeru itu, kata Yahaya kerajaan perlu membuktikan berapa ramai pelajar yang tidak lulus kerana berpolitik serta persatuan yang ditubuhkan bermotif politik.<\/p>\n<p>Menurutnya, kebiasaan pelajar yang aktif di luar negara lebih cemerlang dan berjaya dari yang tidak terlibat dengan persatuan.<\/p>\n<p>\u201cIni tidak harus berlaku dan kerajaan kena buktikan berapa ramai yang tidak lulus. Mereka (pelajar) yang aktif lebih cemerlang dari mereka yang tidak terlibat dengan persatuan,\u201d ujarnya.<\/p>\n<p>Beliau selaku Yang Dipertua PAS Marang menyarankan kerajaan tidak menyekat\u00a0 bantuan serta kemudahan para pelajar yang ingin belajar di Mesir. <\/p>\n<p>Katanya, PAS sangat tidak bersetuju jika kerana kepentingan politik Umno-BN masa depan pelajar menjadi taruhan.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p><strong><img decoding=\"async\" src=\"https:\/\/lh6.googleusercontent.com\/-udgvE3JtumE\/Tus5iykbMFI\/AAAAAAAABaI\/qepvOQlVZ0s\/s640\/yahaya%252520ali.jpg\" border=\"0\" width=\"403\" height=\"266\" style=\"float: left; margin: 3px;\" \/>MARANG <\/strong>&#8211; Setiausaha PAS Terengganu, Yahaya Ali menyifatkan tindakan kerajaan Terengganu akan menghentikan penghantaran pelajar ke Mesir sebagai silap besar serta takutkan \u2018bayang-bayang\u2019 sendiri.<\/p>\n<p>Katanya, polisi baru kerajaan Umno-BN itu menjadi suatu kerugian dari sudut keilmuan yang diperolehi\u00a0 khususnya di Universiti al-Azhar, Mesir.<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":0,"comment_status":"closed","ping_status":"closed","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"footnotes":""},"categories":[30],"tags":[],"better_featured_image":null,"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/7880"}],"collection":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=7880"}],"version-history":[{"count":0,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/7880\/revisions"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=7880"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=7880"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=7880"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}