{"id":7876,"date":"2011-12-22T20:00:49","date_gmt":"2011-12-22T12:00:49","guid":{"rendered":"http:\/\/buletinonline.net\/v7\/index.php\/2011\/12\/10000-wanita-mesir-turun-ke-jalan-raya-desak-pemimpin-tentera-letak-jawatan\/"},"modified":"2011-12-22T20:00:49","modified_gmt":"2011-12-22T12:00:49","slug":"10000-wanita-mesir-turun-ke-jalan-raya-desak-pemimpin-tentera-letak-jawatan","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/10000-wanita-mesir-turun-ke-jalan-raya-desak-pemimpin-tentera-letak-jawatan\/","title":{"rendered":"10,000 wanita Mesir turun ke jalan raya desak pemimpin tentera letak jawatan"},"content":{"rendered":"<p><span class=\"content\"> <\/span><\/p>\n<p><img decoding=\"async\" src=\"https:\/\/lh4.googleusercontent.com\/-gC5nAR1YMMA\/TvONShQmHiI\/AAAAAAAAH7I\/oagkjCAnZFI\/s420\/demo%252520muslimat%252520mesir.jpg\" border=\"0\" width=\"420\" height=\"304\" style=\"float: right; margin: 3px;\" \/><strong>KAHERAH <\/strong>&#8211; Lebih 10,000 wanita\u00a0 berarak ke  kawasan pusat Kahirah sambil mendesak para pemimpin tentera yang  memerintah Mesir supaya meletak jawatan.<\/p>\n<p><span class=\"content\"><\/p>\n<p>Ia merupakan satu perhimpunan besar yang belum pernah dilakukan sebelum ini.<\/p>\n<p><\/span> <span class=\"content\"><\/p>\n<p>Perarakan itu sebagai menunjukkan  kemarahan kaum wanita di negara itu terhadap satu insiden yang  membabitkan sekumpulan askar yang menarik rambut para pembantah wanita,  memijak-mijak mereka dan menanggalkan pakaian salah seorang daripada  mereka dalam satu bantahan minggu lalu. (Gambar bawah)<\/p>\n<p><\/span> <span class=\"content\"><\/p>\n<p>Protes dramatik itu bertambah besar awal semalam sedang para wanita itu berarak dari Dataran Tahrir ke kawasan pusat bandar.<\/p>\n<p><\/span> <span class=\"content\"><\/p>\n<p>Ia didorong oleh tersebarnya imej-imej yang menunjukkan penganiayaan terhadap para pembantah wanita minggu lalu.<\/p>\n<p><\/span> <span class=\"content\"><\/p>\n<p>Ramai daripada pembantah wanita itu  membawa gambar seorang wanita muda yang ditanggalkan pakaiannya oleh  askar sehingga menampakkan pakaian dalamnya, sedang beliau bergelut  dengan para penyerangnya.<\/p>\n<p><\/span> <span class=\"content\"><\/p>\n<p>&#8216;Tantawi telanjangkanlah wanita  anda, mari ikut kami,&#8217; laung para pembantah itu kepada orang ramai,  sambil merujuk kepada Fil Marsyal Hussein Tantawi, ketua majlis tentera  yang telah memerintah Mesir sejak 11 Februari lalu selepas penggulingan  bekas presidennya, Encik Hosni Mubarak.<\/p>\n<p><\/span> <span class=\"content\"><\/p>\n<p>&#8216;Anak-anak perempuan Mesir adalah satu barisan merah,&#8217; laung para pembantah wanita itu lagi.<\/p>\n<p><\/span> <span class=\"content\"><\/p>\n<p>Sebelum berakhirnya protes tersebut,  pihak majlis tentera telah mengeluarkan satu kenyataan tegas yang  jarang dilakukannya sambil menyatakan rasa kesalnya terhadap apa yang  disifatkannya sebagai &#8216;pelanggaran&#8217; terhadap hak asasi wanita, selepas  beberapa hari menafikan kesan penting akibat penganiayaan itu.<\/p>\n<p><\/span> <span class=\"content\"><\/p>\n<p><img decoding=\"async\" src=\"https:\/\/img.ibtimes.com\/www\/data\/images\/full\/2011\/12\/18\/206700.jpg\" border=\"0\" width=\"433\" height=\"304\" style=\"float: left; margin: 3px;\" \/>Majlis tersebut menyuarakan &#8216;rasa  kesal yang amat mendalam terhadap wanita-wanita agung Mesir&#8217; dan  mengesahkan &#8216;penghormatan dan penghargaan penuhnya&#8217; terhadap para wanita  dan hak mereka untuk memprotes dan mengambil bahagian dalam politik.<\/p>\n<p><\/span> <span class=\"content\"><\/p>\n<p>Ia selanjutnya berjanji akan  mengambil langkah menghukum mereka yang bertanggungjawab terhadap  pelanggaran hak asasi wanita itu.<\/p>\n<p><\/span> <span class=\"content\"><\/p>\n<p>Kenyataan itu menunjukkan bahawa  pihak tentera Mesir khuatir bahawa serangan ke atas para wanita itu akan  merosakkan kewibawaannya di dalam dan luar negara, yang sudah pun  terhakis berikutan tindakan kerasnya ke atas para pembantah prodemokrasi  yang menggesa tentera menyerahkan kuasa kepada pemerintahan awam, enam  hari lalu.<\/p>\n<p><\/span> <span class=\"content\"><\/p>\n<p>Para jeneral yang memerintah itu  telah berkempen akan terus memujuk orang awam ke pihaknya dalam  konfrontasi itu, sambil menyifatkan para aktivis itu sebagai sekumpulan  samseng, manakala menyifatkan pihak tentera sebagai pelindung negara  yang terhormat dan tidak boleh dipersalahkan.<\/p>\n<p><\/span> <span class=\"content\"><\/p>\n<p>Dalam satu kenyataan tegas yang  jarang dilakukan, Setiausaha Negara Amerika Syarikat, Cik Hillary Rodham  Clinton, Isnin lalu menuduh pasukan keselamatan Mesir dan para pelampau  agamanya secara khusus menyasarkan tindakan mereka terhadap para  wanita.<\/p>\n<p><\/span> <span class=\"content\"><\/p>\n<p>&#8216;Pengaiban martabat wanita Mesir  secara sistematik ini memalukan revolusi, mengaibkan negara dan tidak  wajar bagi rakyat yang bertamadun,&#8217; kata beliau.<\/p>\n<p><\/span> <span class=\"content\"><\/p>\n<p>Majlis tentera Mesir dalam satu  kenyataannya, kelmarin, pula berkata ia bersedia berbincang mengenai  sebarang inisiatif bagi membantu usaha mengukuhkan keselamatan di negara  itu. &#8212; AP.<\/p>\n<p><\/span><\/p>\n<p>\u00a0<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>KAHERAH &#8211; Lebih 10,000 wanita\u00a0 berarak ke kawasan pusat Kahirah sambil mendesak para pemimpin tentera yang memerintah Mesir supaya meletak jawatan. Ia merupakan satu perhimpunan besar yang belum pernah dilakukan sebelum ini. Perarakan itu sebagai menunjukkan kemarahan kaum wanita di negara itu terhadap satu insiden yang membabitkan sekumpulan askar yang menarik rambut para pembantah wanita, [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":0,"comment_status":"closed","ping_status":"closed","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"footnotes":""},"categories":[36],"tags":[],"better_featured_image":null,"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/7876"}],"collection":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=7876"}],"version-history":[{"count":0,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/7876\/revisions"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=7876"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=7876"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=7876"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}