{"id":7871,"date":"2011-12-22T06:11:41","date_gmt":"2011-12-21T22:11:41","guid":{"rendered":"http:\/\/buletinonline.net\/v7\/index.php\/2011\/12\/antara-turunkan-bendera-najib-dan-kencing-gambar-hadi-nik-aziz-2\/"},"modified":"2011-12-22T06:11:41","modified_gmt":"2011-12-21T22:11:41","slug":"antara-turunkan-bendera-najib-dan-kencing-gambar-hadi-nik-aziz-2","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/antara-turunkan-bendera-najib-dan-kencing-gambar-hadi-nik-aziz-2\/","title":{"rendered":"Antara turunkan bendera Najib dan kencing gambar Hadi, Nik Aziz"},"content":{"rendered":"<p><img decoding=\"async\" src=\"https:\/\/3.bp.blogspot.com\/-KARDpOU6i30\/Tu7jgve0IBI\/AAAAAAAADS8\/A2d3axAjLr0\/s1600\/397504_306466159385315_100000658000784_1003767_888821552_n.jpg\" border=\"0\" width=\"405\" height=\"310\" style=\"float: right; margin: 3px;\" \/>Tidak semena-mena nama seorang mahasiswa Universiti  Pendidikan Sultan Idris, Adam Adli menjadi sebutan gara-gara tindakan  beliau menurunkan bendera bergambar Najib di hadapan PWTC Ahad lalu.<\/p>\n<p>Tindakan yang dilakukannya dalam demontrasi sekumpulan kira-kira 100  mahasiswa bagi mendesak Auku dimansuhkan itu akhirnya telah  mengakibatkan tindakan balas keras oleh penyokong-penyokong Umno.<\/p>\n<p>Selain hampir ditumbuk oleh seorang lelaki yang marah dengan tindakan  itu, Ketua Wira Perkasa yang juga ketua Pemuda Umno Petaling Jaya Utara  Armand Azha Abu Hanifah, turut mengancam untuk menampar dan meludah ke  muka Adam Adli sekiranya beliau berpeluang bertemu mahasiswa terbabit.<\/p>\n<p>Bagaimanapun,\u00a0 tindakan menurunkan bendera Najib tidaklah dapat  menandingi perbuatan tiga penyokong BN yang kencing pada gambar Presiden  PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Aziz  Nik Mat dalam satu kempen pilihan raya kecil tidak berapa lama dahulu.<\/p>\n<p>Apatah lagi, ketika menurunkan bendera itu Adam dikatakan  melakukannya dengan tertib serta hormat dan hanya mengambil masa  kira-kira lima minit sahaja sebelum dinaikan semula.<\/p>\n<p>Umumnya, selain dianggap sebagai ahli politik dalam PAS, Nik Aziz dan Hadi juga dianggap sebagai golongan ulama.<br \/> <span style=\"color: #993366;\"><strong><br \/> Penglima Ludah Umno<\/strong><\/span><\/p>\n<p>Semalam, mengulas dua kejadian tersebut, dalam satu entri blog  amenoworld.blogspot telah mencabar Armand yang lebih popular di alam  siber dengan gelaran Panglima Ludah Umno itu agar\u00a0 menjelaskan pendirian  beliau mengenai isu ini.<\/p>\n<p>Malah pengendali blog tersebut turut melontarkan cabarannya kepada  blogger pro Umno, menteri-menteri Umno-BN termasuklah Ketua Penerangan  Pemuda Umno Datuk Reezal Merican Naina Merican.<\/p>\n<p>\u201cBenda yang sama ditujukan kepada blog BN dan Umno, menteri-menteri  Umno dan BN termasuklah Reezal yang pong-pang dalam Utusan kelmarin, aku  ingin sangat melihat apa pendirian kamu dalam isu ini,\u201d tulisnya.<\/p>\n<p>Tindakan Adam menurunkan bendera pemimpin Umno di bangunan ibu  pejabat mereka\u00a0 dianggap sebagai satu penghinaan terhadap parti itu.<\/p>\n<p>Dalam peperangan, menurunkan bendera lawan dan menggantikan dengan  bendera lain memberi maksud kawasan tersebut telah berjaya ditawan oleh  lawan.<\/p>\n<p>Dalam pilihan raya di negara ini, BN juga dikatakan sering memberi  upah yang tinggi kepada pihak yang sanggup menaikkan poster BN di  kawasan bilik gerakan parti lawan dalam memberikan mesej kekuatan BN  sekaligus satu penghinaan kepada lawan mereka. &#8211; FMT<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Tidak semena-mena nama seorang mahasiswa Universiti Pendidikan Sultan Idris, Adam Adli menjadi sebutan gara-gara tindakan beliau menurunkan bendera bergambar Najib di hadapan PWTC Ahad lalu. Tindakan yang dilakukannya dalam demontrasi sekumpulan kira-kira 100 mahasiswa bagi mendesak Auku dimansuhkan itu akhirnya telah mengakibatkan tindakan balas keras oleh penyokong-penyokong Umno. Selain hampir ditumbuk oleh seorang lelaki yang [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":0,"comment_status":"closed","ping_status":"closed","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"footnotes":""},"categories":[32],"tags":[],"better_featured_image":null,"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/7871"}],"collection":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=7871"}],"version-history":[{"count":0,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/7871\/revisions"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=7871"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=7871"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=7871"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}