{"id":78372,"date":"2019-08-23T20:08:57","date_gmt":"2019-08-23T12:08:57","guid":{"rendered":"https:\/\/buletinonline.net\/v7\/?p=78372"},"modified":"2019-08-24T01:17:21","modified_gmt":"2019-08-23T17:17:21","slug":"isu-dr-zakir-naik-bincang-secara-akademik-presiden-pas","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/isu-dr-zakir-naik-bincang-secara-akademik-presiden-pas\/","title":{"rendered":"Isu Dr Zakir Naik Bincang Secara Akademik &#8211; Presiden PAS"},"content":{"rendered":"<p>Oleh ; KAM<\/p>\n<p>MARANG &#8211; PAS mensyorkan penyelesaian isu kontroversi melibatkan pendakwah terkenal Dr Zakir Naik, perlu dibincangkan secara akademik dan bukan dengan cara tindakan politik persepsi.<\/p>\n<p>Presiden PAS, Dato\u2019 Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata, parti itu melihat kemelut isu melibatkan Dr Zakir Naik hari ini berkait dengan akademik dan dakwah.<\/p>\n<p>Justeru, katanya penyelesaian secara akademik yang perlu dibuat dan bukan bertindak secara politik dan persepsi yang dimainkan oleh parti politik dan media.   <\/p>\n<p>\u201cIsu Dr Zakir Naik ini kita melihat ianya berkait dengan akademik, dengan ilmiah tetapi telah dipolitikkan. PAS memberi ruang kepada Dr Zakir Naik di Kelantan, dan berlaku fitnah ini. <\/p>\n<p>\u201cSuasana polemik yang dicetuskan oleh parti politik dan media. Contoh, DAP dan Malaysiakini, yang memainkan isu ini dan menghangatkan. Oleh kerana, isu ini isu akademiki, isu dakwah. Maka, perlu ditangani secara akademik, secara demokratik sepatutnya. <\/p>\n<p>\u201cDemokrasi digalakkan dialog akademik itu yang perlu dan bukan dialog politik. Dengan sebab itu, kita bertegas isu Zakir Naik perlu dipertahankan dan dihormati keilmuan dia. Dan hormat secara ilmu kena berdailoglah, bukan hantar balik. <\/p>\n<p>\u201cJika hantar balik itu menggambarkan \u2018kebodohan\u2019 dan kelemahan kita sendiri. Jika ada pihak yang berani berhujah sila berhujah dan itu yang sepatutnya,\u201d tegas Dato\u2019 Seri Abdul Hadi.<\/p>\n<p>Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyampaikan Kuliah Dhuha Pagi Jumaat di Masjid Rusila, Marang, hari ini.<\/p>\n<p>Sehubungan itu, kata Ustaz Abdul Hadi, PAS menyambut baik penegasan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yang kekal dengan keputusan tidak menghantar pulang Dr Zakir Naik ke India.<\/p>\n<p>Menurutnya, keputusan itu satu tindakan yang bijak berdasarkan kepada hujah dan bukan berdasarkan sentiment tertentu.<\/p>\n<p>Katanya, selepas mengadu kepada kerajaan agar tidak menganiaya pendakwah Islam itu, PAS akan mengadu kepada Allah SWT.<\/p>\n<p>\u201cKita telah mengadu kepada kerajaan supaya jangan aniaya Dr Zakir Naik ini kerana tidak boleh berhujah dengan dia. Selepas kita mengadu kepada kerajaan, saya minta supaya seluruh ahli-ahli PAS, seluruh pendukung Islam supaya mengadu kepada Allah Ta\u2019ala, buat solat hajat,\u201d jelasnya. <\/p>\n<p>Menjawab pertanyaan wartawan, ada di kalangan NGO \u2018non-muslim\u2019 mahu mengadakan himpunan mendesak kerajaan Malaysia mengusir Zakir Naik, kata Dato\u2019 Seri Abdul Hadi itu terserah kepada pihak Polis.<\/p>\n<p>\u201cItu terpulang kepada Polis menangani sama ada boleh menimbulkan ketegangan atau tidak. Jika mereka boleh buat himpunan, kita boleh buat himpunan juga, sila dia buat dulu. <\/p>\n<p>\u201cJika dia boleh buat, kita boleh buat dan PAS boleh buat (himpunan) tapi PAS tak buat lagi. PAS memilih pendekatan cara damai dahulu, biarkan kepada orang lain yang nak buat itu buatlah. Kalau kita rasa perlu buat juga, PAS akan kerah untuk buat,\u201d tegasnya.<\/p>\n<p>Menurutnya, dari segi politik membawa Dr Zakir Naik ke Kelantan tidak menguntungkan PAS pun kerana pendakwah itu memuji Tun Dr Mahathir.<\/p>\n<p>\u201cKalau dari seri politiklah apa untungnya PAS? Dia (Zakir Naik) puji Tun Dr Mahathir dalam ceramah itu. Dr Mahathir bukan pemimpin PAS. Dia pemimpin Pakatan Harapan dan yang untungnya Pakatan Harapan, bukan kita.  <\/p>\n<p>\u201cPAS melihat keperluan dan PAS ada perancangan sendiri. Kita tidak mahu libat Zakir Naik dengan politik. Sebab itu, serah kepada NGO-NGO, Badan-badan Dakwah dan (program) di Kelantan itu pun kerajaan (anjur) bukan PAS, itu melalui kerajaan Kelantan,\u201d ujarnya. <\/p>\n<p>Ketika ditanya, apakah Dato\u2019 Seri Abdul Hadi bersetuju bahawa Dr Zakir Naik menjadi mangsa persepsi politik sebagaimana PAS agar imejnya menjadi buruk, katanya persepsi itu dibuat oleh orang-orang politik.<\/p>\n<p>\u201cKhususnya, dalam suasana hari ini ada parti yang bimbang kalau orang Melayu bersatu. Pada hal kita hendak bersatu bukan untuk orang Melayu (sahaja) bersatu, seluruh rakyat Malaysia bersatu. <\/p>\n<p>\u201cIni termasuk orang Melayu, kaum lain Cina, India nak bersatu belaka, dengan kaedah dan cara kita sendiri. Apa yang berlaku ialah kalangan yang \u2018ekstrem\u2019, yang sangat bergantung dengan semangat perkauman dia,\u201d tegas Ahli Parlimen Marang itu.<\/p>\n<p>Hadir sama pada sidang media itu, Setiausaha Politik Presiden PAS, Mohd. Syahir Che Sulaiman.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Oleh ; KAM MARANG &#8211; PAS mensyorkan penyelesaian isu kontroversi melibatkan pendakwah terkenal Dr Zakir Naik, perlu dibincangkan secara akademik dan bukan dengan cara tindakan politik persepsi. Presiden PAS, Dato\u2019 Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata, parti itu melihat kemelut isu melibatkan Dr Zakir Naik hari ini berkait dengan akademik dan dakwah. Justeru, katanya [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":78373,"comment_status":"closed","ping_status":"closed","sticky":false,"template":"","format":"video","meta":{"footnotes":""},"categories":[31],"tags":[],"better_featured_image":{"id":78373,"alt_text":"","caption":"","description":"","media_type":"image","media_details":{"width":1080,"height":607,"file":"2019\/08\/IMG-20190823-WA0056.jpg","filesize":60436,"sizes":{},"image_meta":{"aperture":"0","credit":"","camera":"","caption":"","created_timestamp":"0","copyright":"","focal_length":"0","iso":"0","shutter_speed":"0","title":"","orientation":"0","keywords":[]}},"post":78372,"source_url":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/wp-content\/uploads\/2019\/08\/IMG-20190823-WA0056.jpg"},"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/78372"}],"collection":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=78372"}],"version-history":[{"count":3,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/78372\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":78382,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/78372\/revisions\/78382"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/media\/78373"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=78372"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=78372"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=78372"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}