{"id":7830,"date":"2011-12-17T18:59:41","date_gmt":"2011-12-17T10:59:41","guid":{"rendered":"http:\/\/buletinonline.net\/v7\/index.php\/2011\/12\/dasar-kerajaan-umno-pekak-dan-tuli-2\/"},"modified":"2013-07-20T16:05:57","modified_gmt":"2013-07-20T08:05:57","slug":"dasar-kerajaan-umno-pekak-dan-tuli-2","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/dasar-kerajaan-umno-pekak-dan-tuli-2\/","title":{"rendered":"Dasar kerajaan Umno \u2018pekak dan tuli\u2019!"},"content":{"rendered":"<p>\u201cRumah kami bakal diroboh, melibatkan 22 buah rumah kediaman di kampong Banggol Donas, hanya untuk pembinaan susur (keluar) lebuhraya dari Jeram ke Teluk Pasu, inilah isu yang kami cetuskan,\u201djelasnya ketika berucap dalam satu majlis penerangan di Kampung Maras, Batu Rakt dekat sini, Jumaat 16 Disember.<\/p>\n<p>Menceritakan perjuangan beliau, Ruhani bekata beliau telah dilantik sebagai ketua puteri dan ahli jawatankuasa Umno Bangol Donas dari tahun 2000 hingga 2008.<\/p>\n<p>Katanya, pada awal tahun 2008, beliau pernah membawa isu rumah penduduk yang bakal diroboh untuk dibncangkan dalam mesyuarat cawangan, namun ditolak tanpa sebarang alasan.<\/p>\n<p>Beliau memberontak meninggalkan mesyuarat lalu tawar hati dengan Umno kerana menurutnya pimpinan dan kerajaan Umno adalah \u2018tuli\u2019, tidak mahu mendengar masalah yang dialami ahli-ahlinya.<\/p>\n<p>\u201csaya memberontak dan meninggalkan majls tersebut. Inilah titik tolak puncanya saya tidak berpuas hati dengan Umno (yang) tidak mahu mendengar masalah yang dialami ahli-ahlinya,<\/p>\n<p>\u201c inilah dasar kerajaan (Umno yang) pekak, kerajaan tuli sebenarnya!,\u201dkatanya.<\/p>\n<p>Menurutnya, belau dan rakan-rakan yang bersepakat untuk membantah projek tersebut telah mengalami pelbagai dugaan dan cabaran.<\/p>\n<p>Katanya, kerajaan Umno bukan sahaja menggunakan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung sebagai alat untuk mengugut, bahkan memperalatkan para pegawai dan pasukan keselamatan.<\/p>\n<p>\u201ckami bersepakat membantah pengambilan tanah yang tidak mengikut peraturan, bermacam-macam dugaan dan cabaan yangkami hadapi tanpa sebarang notis yang dikeluarkan, <\/p>\n<p>\u201c(namun) kontraktor terus membuat kerja dan menggunakan agen-agen seperti JKKK, pegawai pejabat tanah, tok penghulu, bahkan polis juga mereka bawa ke kampung kami, untuk memujuk, mengugut dan memperdaya orang kampung,\u201djelas Ruhani.<\/p>\n<p>Beliau meluahkan perasaannya yang telah jemu, meluat, loya dan macam-macam lagilah rasa benci kepada Umno dan Barisan Nasional.<\/p>\n<p>Justeru, Ruhani dengan tegas menyatakan pendrian beliau dan rakan-rakannya, akan terus mempertahankan tanah mereka, walau apa jua halangan yang mendatang.<\/p>\n<p>Beliau menyeru kepada seluruh rakyat supaya menolak Umno dan Barisan Nasional, memenangkan PAS serta Pakatan Rakyat dalam pilihanraya akan datang<br \/>\u201capa pun halangan, kami tetap teruskan bantahan ini. Jemu, muat , loya dan macam-macam lagilah rasa benci kepada Umno semakin meluat-meluat,\u00a0 rasuah yang dibendung, salah guna kuasa, pembaziran duit rakyat,<\/p>\n<p>\u201csaya berikrar dalam diri saya akan menolak Umno dan marilah kita bersama-sama berganding bahu menentang kezaliman umno. Umno tidak lagi memenuhi (hati) rakyat Terengganu. <\/p>\n<p>\u201cJangan mudah terpedaya dengan janji-janj yang dilafazkan (oleh Umno) kerana ini semua adalah gimik kepada (untuk) Umno untuk mencari kemenangan kepada PRU yang ke-13,\u201dtegasnya.<\/p>\n<p>Berita terkait;<br \/><a href=\"http:\/\/buletinonline.net\/v7\/index.php\/2011\/12\/bekas-ketua-puteri-umno-ikrar-gantikan-umno-dengan-pas\/\">Bekas Ketua Puteri Umno ikrar \u2018gantikan Umno dengan PAS\u2019<\/a><br \/><a href=\"http:\/\/buletinonline.net\/v7\/index.php\/2011\/12\/hilang-keyakinan-kepada-pemimpin-80-ahli-umno-masuk-pas\/\">Hilang keyakinan kepada pemimpin; 80 ahli Umno masuk PAS<\/a><\/p>\n<p>http:\/\/www.youtube.com\/watch?v=9HDVWWGGsZE<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p><strong><img decoding=\"async\" src=\"https:\/\/lh4.googleusercontent.com\/-bjRJJQJqNCE\/Tuzn-8b4yEI\/AAAAAAAABas\/CX48ZjHTiFU\/s640\/DSCN1441.jpg\" border=\"0\" width=\"400\" height=\"300\" style=\"float: right; margin: 3px;\" \/><em>&#8211; Ruhani, bekas Ketua Puteri jawab tohmahan<\/em><br \/>SETIU<\/strong> \u2013 Ruhani Hassan, bekas Ketua Puteri Umno Kampung Banggol Donas yang telah mengisytharkan keluar Umno dan menyertai PAS pada 9 Disember lalu, menjawab segala tohmahan yang dlemparkan keatas beliau.<\/p>\n<p>Beliau dengan tegas menolak segala tuduhan dan menyatakan isu besar beliau serta 80 orang yang lain menyerta PAS adalah kerana rumah mereka bakal drobohkan oleh kerajaan Umno dan Barisan Nasional (BN).<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":0,"comment_status":"closed","ping_status":"closed","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"footnotes":""},"categories":[31],"tags":[],"better_featured_image":null,"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/7830"}],"collection":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=7830"}],"version-history":[{"count":0,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/7830\/revisions"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=7830"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=7830"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=7830"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}