{"id":7817,"date":"2011-12-15T23:35:05","date_gmt":"2011-12-15T15:35:05","guid":{"rendered":"http:\/\/buletinonline.net\/v7\/index.php\/2011\/12\/tentera-amerika-akhiri-misi-keluar-dari-iraq-2\/"},"modified":"2011-12-15T23:35:05","modified_gmt":"2011-12-15T15:35:05","slug":"tentera-amerika-akhiri-misi-keluar-dari-iraq-2","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/tentera-amerika-akhiri-misi-keluar-dari-iraq-2\/","title":{"rendered":"Tentera Amerika akhiri misi, keluar dari Iraq"},"content":{"rendered":"<p><span class=\"content\"><\/p>\n<p><strong><img decoding=\"async\" src=\"https:\/\/cyberita.asia1.com.sg\/mnt\/media\/image\/launched\/2011-12-15\/BH_IMAGES_IRAQPG1.jpg\" border=\"0\" width=\"375\" height=\"578\" style=\"float: right; margin: 3px;\" \/>BAGHDAD<\/strong>: Tentera Amerika Syarikat secara rasmi  menamatkan misi mereka di Iraq semalam dengan satu upacara ringkas  berdekatan Baghdad.<\/p>\n<p><\/span> <span class=\"content\"><\/p>\n<p>Selepas hampir sembilan tahun,  perang yang bertujuan mengguling pemimpin Iraq, Saddam Hussein, itu  telah menyebabkan 4,500 askar Amerika terkorban, 32,000 lagi cedera dan  lebih AS$800 bilion ($1 trilion) dihabiskan.<\/p>\n<p><\/span> <span class=\"content\"><\/p>\n<p>Sekitar 4,000 askar Amerika yang kini masih berada di Iraq akan mula kembali ke tanah air dalam tempoh beberapa hari mendatang.<\/p>\n<p><\/span> <span class=\"content\"><\/p>\n<p>Sebelum ini, terdapat lebih 170,000 askar Amerika di lebih 500 pangkalan di serata Iraq.<\/p>\n<p><\/span> <span class=\"content\"><\/p>\n<p>&#8216;Kami telah mengalami banyak  pertumpahan darah. Tetapi ini semua tidak sia-sia. Ia bertujuan mencapai  misi mewujudkan sebuah negara yang bebas dan berdaulat dan mampu  memerintah dan menjaga keselamatannya sendiri,&#8217; kata Setiausaha  Pertahanan Amerika, Encik Leon Panetta, di upacara simbolik menurunkan  bendera negara itu berdekatan lapangan terbang Baghdad.<\/p>\n<p><em>[<span class=\"content\">Gambar &#8211; KETUA pasukan tentera Amerika Syarikat di Iraq,  Leftenan Jeneral Lloyd Austin (dua dari kiri), melipat bendera pasukan  itu dalam satu upacara menandakan berakhirnya misi negara itu di Iraq.]<\/span><\/em><\/p>\n<p><\/span> <span class=\"content\"><\/p>\n<p>Beliau menambah: &#8216;Iraq akan dicabar  dalam hari-hari mendatang &#8211; oleh pengganasan dan oleh mereka yang ingin  memecah-belahnya; oleh isu ekonomi dan sosial; oleh tuntutan demokrasi  itu sendiri.&#8217;<\/p>\n<p><\/span> <span class=\"content\"><\/p>\n<p>Bagaimanapun, Encik Panetta menegaskan Amerika &#8216;akan berdiri bersama rakyat Iraq sedang mereka menangani cabaran-cabaran ini&#8217;.<\/p>\n<p><\/span> <span class=\"content\"><\/p>\n<p>&#8216;Ini masanya untuk Iraq pandang ke  hadapan. Ini satu peluang bagi Iraq maju bagi mencapai keselamatan dan  kemakmuran. Kami memulakan peralihan hari ini dengan mengingatkan Iraq  bahawa Amerika Syarikat merupakan rakan dan sekutu,&#8217; katanya.<\/p>\n<p><\/span> <span class=\"content\"><\/p>\n<p>Mantan Presiden Amerika, Encik  George W. Bush, mengarahkan pencerobohan Iraq pada Mac 2003 dengan  alasan Saddam membentangkan ancaman kepada dunia kerana mempunyai  senjata pemusnah raya.<\/p>\n<p><\/span> <span class=\"content\"><\/p>\n<p>Saddam ditahan dan kemudian dihukum gantung. Namun, senjata pemusnah raya yang didakwa wujud itu tidak pernah dijumpai di Iraq.<\/p>\n<p><\/span> <span class=\"content\"><\/p>\n<p>Sejak itu, lebih 100,000 rakyat Iraq terkorban ekoran keganasan puak yang tercetus.<\/p>\n<p><\/span> <span class=\"content\"><\/p>\n<p>Semasa berkempen sebelum dipilih sebagai Presiden, Encik Barack Obama telah berjanji akan menghentikan perang itu.<\/p>\n<p><\/span> <span class=\"content\"><\/p>\n<p>Kini, Iraq mempunyai Parlimen dan  dipimpin oleh pemerintah yang diketuai oleh puak Syiah bagi menggantikan  rejim Sunni di bawah Saddam.<\/p>\n<p><\/span> <span class=\"content\"><\/p>\n<p>&#8216;Saya gembira mereka akan berundur.  Ini negara saya dan mereka harus berundur. Bagaimanapun, saya bimbang  kerana semua anggota militia akan mula kembali,&#8217; kata seorang rakyat  Iraq, Encik Samer Saad. &#8212; AFP, AP, Reuters.<\/p>\n<p><\/span> <span class=\"content\"><\/p>\n<p>\u00a0<\/p>\n<p><\/span><\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>BAGHDAD: Tentera Amerika Syarikat secara rasmi menamatkan misi mereka di Iraq semalam dengan satu upacara ringkas berdekatan Baghdad. Selepas hampir sembilan tahun, perang yang bertujuan mengguling pemimpin Iraq, Saddam Hussein, itu telah menyebabkan 4,500 askar Amerika terkorban, 32,000 lagi cedera dan lebih AS$800 bilion ($1 trilion) dihabiskan. Sekitar 4,000 askar Amerika yang kini masih berada [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":0,"comment_status":"closed","ping_status":"closed","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"footnotes":""},"categories":[36],"tags":[],"better_featured_image":null,"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/7817"}],"collection":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=7817"}],"version-history":[{"count":0,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/7817\/revisions"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=7817"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=7817"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=7817"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}