{"id":781,"date":"2009-08-28T23:16:16","date_gmt":"2009-08-28T15:16:16","guid":{"rendered":"http:\/\/buletinonline.net\/v7\/index.php\/2009\/08\/baru-betul-h1n1-hishammuddin-nafi-tapi-najib-kata-umno-terengganu-masih-ada-masalah\/"},"modified":"2009-08-28T23:16:16","modified_gmt":"2009-08-28T15:16:16","slug":"baru-betul-h1n1-hishammuddin-nafi-tapi-najib-kata-umno-terengganu-masih-ada-masalah","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/baru-betul-h1n1-hishammuddin-nafi-tapi-najib-kata-umno-terengganu-masih-ada-masalah\/","title":{"rendered":"Baru Betul H1N1 ;  Hishammuddin Nafi Tapi Najib kata UMNO Terengganu Masih Ada Masalah"},"content":{"rendered":"<p><img decoding=\"async\" src=\"https:\/\/buletinonline.net\/v7\/wp-content\/uploads\/2009\/08\/h1n1.gif\" border=\"0\" alt=\"http:\/\/www.buletinonline.net\/http:\/\/buletinonline.net\/v7\/wp-content\/uploads\/2009\/08\/h1n1.gif\" width=\"341\" height=\"289\" align=\"left\" \/><font face=\"tahoma,arial,helvetica,sans-serif\">Samada berita atau khabar angin yang bertiup, namun yang pastinya, ia datang dari kumpulan yang menyokong bekas Menteri Besar Terengganu, Dato\u2019 Seri Idris Jusoh.<\/font><\/p>\n<p>Timbulnya kembali desas-desus mahu menjatuhkan Ahmad itu, menjadi bukti bahawa Umno Terengganu masih berpecah dan masih berbalah.<\/p>\n<p><font face=\"tahoma,arial,helvetica,sans-serif\"><span style=\"font-size: 10pt; font-family: Tahoma\"> Dengan itu, sekaligus menolak dakwaan Naib Presiden Umno Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein pada pada 17 Ogos lalu.<br \/> <\/span><\/font><\/p>\n<p><font face=\"tahoma,arial,helvetica,sans-serif\"><span style=\"font-size: 10pt; font-family: Tahoma\"> <strong>Hisham (H1) Nafi Umno Terengganu Pecah<\/strong><\/p>\n<p> Hisham menafikan dakwaan sesetengah pihak bahawa Umno Terengganu kini berpecah dan menyifatkan tuduhan itu tidak berasas.<\/span><\/font><\/p>\n<p><font face=\"tahoma,arial,helvetica,sans-serif\"><span style=\"font-size: 10pt; font-family: Tahoma\"> Beliau yang juga pengerusi Badan Perhubungan Umno Terengganu, berkata perpaduan serta semangat anggota Umno negeri itu begitu tinggi.<br \/> <\/span><\/font><\/p>\n<p><font face=\"tahoma,arial,helvetica,sans-serif\"><span style=\"font-size: 10pt; font-family: Tahoma\"> &#8220;Sejak kebelakangan ini, ada tuduhan daripada pihak-pihak tertentu bahawa Umno Terengganu berpecah, pemimpin-pemimpin bertelagah dan bersengketa.<\/p>\n<p> &#8220;Tuduhan itu tidak berasas kerana Umno masih lagi mendapat tempat bagi membela bangsa Melayu,&#8221; katanya semasa melancarkan Gerak Kepimpinan Terengganu Stadium Negeri.<\/p>\n<p> Beliau bagaimanapun mengakui, persengketaan pernah wujud di kalangan pemimpin Umno Terengganu namun katanya perselisihan faham itu telah diselesaikan.<\/p>\n<p> Walaupun media aliran perdana melaporkan kira-kira 5,000 anggota Umno hadir, hakikat sebenarnya tidak sampai 1,000 yang berhimpun.<\/p>\n<p> Yang turut hadir adalah Ahmad Said yang juga Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Terengganu.<\/p>\n<p> Dan yang tidak nampak hadir dalam program yang cuba menonjolkan kekuatan Umno Terengganu itu adalah Idris Jusoh.<\/p>\n<p> \u201dADUN Ajil, Dato\u2019 Rosol pun tak nampak kelibatnya, kalau (dia) ada senang nampak, pasal dia tinggi (dari orang lain),\u201dkata seorang rakan media memberitahu.<\/p>\n<p> <strong>Rosol Nak Masuk PKR<\/strong><\/p>\n<p> Kemudian, timbul pula versi (cerita) yang dipopularkan oleh Malaysian Insider, yang mengatakan bahawa Rosol dan beberapa konco-konconya akan \u2019melompat\u2019 menyertai PKR.<\/p>\n<p> Akhbar Internet itu menyatakan, sembilan ADUN Umno yang diketuai oleh Rosol Wahid dikatakan telah bersetuju untuk menyertai PKR. <\/p>\n<p> \u201dSebelas ADUN dan seorang wakil ADUN Umno telah mengadakan pertemuan dengan ketua umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim di sebuah hotel di Kemaman selepas pilihan raya kecil Manek Urai selesai,<\/span><\/font><\/p>\n<p><font face=\"tahoma,arial,helvetica,sans-serif\"><span style=\"font-size: 10pt; font-family: Tahoma\">\u201ddalam pertemuan itu, kata sepakat telah dicapai untuk membentuk kerajaan baru di Terengganu dengan cara kesemua mereka akan menyertai PKR,<\/span><\/font><\/p>\n<p><font face=\"tahoma,arial,helvetica,sans-serif\"><span style=\"font-size: 10pt; font-family: Tahoma\">\u201dlangkah ini diambil berikutan perpecahan yang berlaku dalam Umno dan 12 dari ADUNnya tidak berpuashati dengan Ahmad (Said),\u201dlapor akhbar itu lagi.<\/p>\n<p> <\/span><\/font><\/p>\n<p><font face=\"tahoma,arial,helvetica,sans-serif\"><strong><span style=\"font-size: 10pt; font-family: Tahoma\">Rosol Nafi Nak Masuk PKR, akui Umno masih bermasalah<br \/> <\/span><\/strong><span style=\"font-size: 10pt; font-family: Tahoma\"><br \/> Pada 26 Ogos, sebaik sahaja tamat sidang DUN, Rosol dikejar wartawan sehingga sampai di tepi \u2019escalator\u2019 yang menuju Dewan Undangan Negeri di Wisma Darul Iman.<\/p>\n<p> Kemudian, wartawan pun berebut-rebutlah bertanyakan kepadanya, adakah beliau akan keluar Umno dan adakah beliau masuk PKR?<\/p>\n<p> Rosol tidak mengaku malah <em><span style=\"color: red\">menafikan beliau mengetuai kumpulan<\/span><\/em> sembilan ADUN negeri ini untuk menyertai PKR.<\/p>\n<p> Beliau menyifatkan laporan akhbar Internet mengenainya adalah<em> <\/em>bersifat provokasi selain bertujuan menjatuhkan imej Umno.<\/p>\n<p> Beliau mengakui masalah dalaman Umno masih tidak selesai namun katanya beliau tidak pernah berbincang atau berniat untuk meninggalkan UMNO.<\/p>\n<p> &#8221;Saya tetap bertegas bahawa laporan portal tersebut adalah khabar angin semata-mata. Ini <em><span style=\"color: red\">tak akan berlaku dalam kumpulan kita<\/span><\/em>.<\/span><\/font><\/p>\n<p><font face=\"tahoma,arial,helvetica,sans-serif\"><span style=\"font-size: 10pt; font-family: Tahoma\">&#8221;Khabar angin ini hanya untuk menimbulkan suasana tidak selesa di kalangan wakil rakyat UMNO. <\/span><\/font><\/p>\n<p><font face=\"tahoma,arial,helvetica,sans-serif\"><span style=\"font-size: 10pt; font-family: Tahoma\">&#8221;Kita masih lagi wakil rakyat BN, itu tiada kompromi, kita yakin dengan kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Najib Tun Razak,&#8221; katanya seperti biasa, sebagaimana kenyataan-kenyataan yang dibuat sebelum ini.<\/p>\n<p> Selang beberapa minit selepas Rosol membuat kenyatan, beberapa wartawan berkejar memberitahu, Ahmad Said panggil, ada sidang media di pejabatnya.<\/p>\n<p> <strong>Ahmad Said syok sendiri<br \/> <\/strong><br \/> Ahmad Said dalam sidang medianya berkata beliau <em><span style=\"color: blue\">yakin kemelut politik di Terengganu akan dapat diselesaikan<\/span><\/em> tidak lama lagi berdasarkan sokongan majoriti wakil rakyat Barisan Nasional (BN) terhadap beliau sekarang.<\/p>\n<p> Katanya, hubungan beliau dengan wakil-wakil rakyat BN semakin baik dan keadaan itu dapat dilihat dengan kehadiran mereka pada persidangan dua hari Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu, yang berakhir hari ini.<\/p>\n<p> &#8220;Apabila kita cadangkan (usul) mereka menyokong dan apabila pengundian dijalankan mereka semua setuju,&#8221; katanya kepada pemberita selepas persidangan dewan hari ini.<\/p>\n<p> Ditanya mengenai sikap wakil-wakil Barisan Nasional yang berdiam diri tanpa mengambil bahagian dalam perbahasan, seolah-olah membuat protes secara senyap terhadap beliau, Ahmad berkata: &#8220;Kita nak buat macam mana?&#8221;<\/p>\n<p> &#8220;Saya bukan ada remote control yang boleh kawal keluar suara dan sebagainya macam nak buat jalut bercakap. Jadi biarlah rakyat menilai sendiri mereka.<\/p>\n<p> Ahmad <em><span style=\"color: blue\">tidak menafikan masih ada &#8220;tiga atau empat&#8221; wakil rakyat BN yang enggan memberikan kerjasama kepada beliau<\/span><\/em> untuk memimpin negeri itu serta sebagai Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Terengganu.<\/p>\n<p> Katanya, beliau telah mengadakan pertemuan dan perbincangan dengan wakil-wakil rakyat yang terlibat bagi menyelesaikan kemelut politik dalaman Umno itu.<\/p>\n<p> &#8220;Tetapi ada yang berkeras lagi kerana ini melibatkan perasaan masing-masing, kita tengoklah macam mana nanti,&#8221; katanya.<\/p>\n<p> <strong>Geng Rosol pula kata \u2019betul\u2019 nak keluar UMNO<\/strong><\/p>\n<p> Kemudian, dalam masa 24 jam selepas itu, seorang penyokong Idris yang juga ADUN Hulu Besut, Nawi Mohamad mengakui memang ada rundingan melibatkan cadangan untuk lompat parti.<\/p>\n<p> Nawi berkata cakap-cakap mengenai tindakan untuk meninggalkan Umno bermula sejak dua bulan lalu, berikutan rasa tidak senang dengan kepemimpinan Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Said.<\/p>\n<p> &#8220;Ini bermula daripada cadangan. Cadangan ini ada daripada PKR dan ada daripada individu,&#8221; katanya kepada <em><span style=\"font-family: Tahoma\">Malaysiakini<\/span><\/em>, tanpa menamakan individu-individu berkenaan.<\/p>\n<p> Jelasnya, pertemuan seumpama itu juga diadakan secara tidak rasmi di antara beliau sendiri dan beberapa lagi wakil rakyat Umno negeri itu. <\/p>\n<p> Beliau turut mengesahkan terdapat sembilan orang wakil wakyat Umno yang kini tidak lagi menyokong kepimpinan ADUN Kijal. <\/p>\n<p> &#8220;Memang betul kami tidak berpuas hati dengan menteri besar,&#8221; kata Nawi lagi.<\/p>\n<p> Ditanya sama ada wujud rundingan balas pihak menteri besar atau Presiden Umno Datuk Seri Najib Razak untuk memujuk mereka kekal dalam Umno, Nawi berkata: &#8220;Tidak ada.&#8221;<\/p>\n<p> Beliau juga menolak laporan media bahawa tindakan mereka itu akan disekat oleh pemimpin-pemimpin tertentu PAS Terengganu.<\/p>\n<p> &#8220;Maknanya sekarang ini, bebaslah (kami) sama ada hendak kekal atau hendak keluar daripada parti,&#8221; katanya.<\/p>\n<p> <strong>Tiba-tiba pula dalam akhbar hari ini, Presiden UMNO, Najib (N1) pula berbunyi<\/strong><\/span><\/font><\/p>\n<p class=\"MsoNormal\"><font face=\"tahoma,arial,helvetica,sans-serif\"><span style=\"font-size: 10pt; font-family: Tahoma\">Kalau pada 17 Ogos Hisham kata semua perbalahan Umno Terengganu dah selesai, tiba-tiba hari ini, Najib kata &#8220;Umno sedang berusaha untuk mententeramkan pergolakan politik parti itu yang berlaku di Terengganu\u201d <\/span><\/font><\/p>\n<p class=\"MsoNormal\"><font face=\"tahoma,arial,helvetica,sans-serif\"><span style=\"font-size: 10pt; font-family: Tahoma\"><br \/> Maknanya, Hisham kata selesai, tapi Najib kata tidak lagi, dan yang dimaksudkan sebagai &#8220;kita sedang berusaha untuk mententeramkan keadaan\u201d itu bermakna Umno Terengganu tidak tenteram dan masih bergolak.<\/p>\n<p> Aiikkk&#8230;&#8230;&#8230;&#8230;. yang mana satu betul ni??<\/p>\n<p> Mula-mula Hisham kata semua dah OK, dah bersatu, tapi tiba-tiba masih ada yang nak jatuhkan Ahmad Said dengan undi tidak percaya.<\/p>\n<p> Kemudian Rosol tak berani nak buat usul undi tak percaya, tapi Rosol kata Gengnya tak akan keluar UMNO dan tak akan masuk PKR.<\/p>\n<p> Lepas tu Ahmad Said pula kata, semuanya akan selesai, ramai ADUN yang sudah kembali menyokongnya, tapi pada masa yang sama menyebut, ada ADUN yang masih tak boleh dikawal. <\/p>\n<p> Kemudian Nawi pula tidak menyokong dakwaan Rosol dan berkata mereka memang ada berbincang nak keluar UMNO.<\/p>\n<p> Dan akhir sekali Najib pula menolak dakwaan Hisham bahawa UMNO telah pulih, telah selesai. Najib kata sedang berusaha \u2019mententeramkan\u2019 tapi belum pulih lagi!<\/p>\n<p> Hishamudin satu (1) dan Najib pun satu (1), dua-dua pun tak betul belaka.<\/p>\n<p> Inilah mungkin yang dimaksudkan oleh Ketua Pemuda PAS Terengganu, Ustaz Mohd Nor Hamzah bahawa \u2019<a href=\"index.php?option=com_content&#038;view=article&#038;id=755:pemimpin-umno-pening-kepala&#038;catid=35:dalam-negeri&#038;Itemid=85\">pemimpin UMNO pening kepala, <\/a>H1N1&#8230;&#8230;&#8230;.. <\/span><\/font><\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p><font face=\"tahoma,arial,helvetica,sans-serif\"><strong>KUALA TERENGGANU<\/strong> \u2013 Beberapa ketika sebelum Sidang Dewan Undangan Negeri <span>\u00a0<\/span>pada 25 dan 26 Ogos lalu, heboh kembali diperkatakan oleh rakyat jelata, tentang \u2019undi tidak percaya\u2019 yang akan di usulkan terhadap Menteri Besar Terengganu Dato\u2019Ahmad Said. <br \/><\/font><\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":0,"comment_status":"closed","ping_status":"closed","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"footnotes":""},"categories":[32],"tags":[],"better_featured_image":null,"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/781"}],"collection":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=781"}],"version-history":[{"count":0,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/781\/revisions"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=781"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=781"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=781"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}