{"id":7801,"date":"2011-12-15T01:07:47","date_gmt":"2011-12-14T17:07:47","guid":{"rendered":"http:\/\/buletinonline.net\/v7\/index.php\/2011\/12\/mangsa-ombak-besar-dukacita-tuntut-janji-wakil-rakyat\/"},"modified":"2011-12-15T01:07:47","modified_gmt":"2011-12-14T17:07:47","slug":"mangsa-ombak-besar-dukacita-tuntut-janji-wakil-rakyat","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/mangsa-ombak-besar-dukacita-tuntut-janji-wakil-rakyat\/","title":{"rendered":"Mangsa ombak besar dukacita, tuntut janji wakil rakyat"},"content":{"rendered":"<p>Penduduk terbabit hanya mampu \u2018mengalirkan airmata\u2019 ketika ditemui skuad Buletinonline, kerana tidak tahu, ke manakah mereka akan membawa diri.<\/p>\n<p>Apabila ditanya, adakah wakil rakyat Umno dan Barisan Nasional bagi DUN berkenaan telah mengambil perjalanan, mereka hanya bungkam sementara menyapu airmata yang membasahi pipi.<\/p>\n<p>Norizan bt Osman, 47, seorang suri rumahtangga berkata, sudah setahun beliau menunggu wakil rakyat mengotakan janjinya, memberikan sebuah tapak rumah yang baru dan selamat untuk didiami.<\/p>\n<p>Katanya, wakil rakyat terbabit berjanji sebaik rumah mereka mengalami kejadian yang sama pada tahun lalu.<\/p>\n<p>\u201ctahun lau, selepas omabk besar melanda lebih kurang macam ni lah, pihak wakil rakyat berjanji, akan carikan tempat baru, untuk kami sekeluarga,<\/p>\n<p>\u201ctapi sampai hari ni, kami dilanda ombak lagi, tak dok khabar berita dari YB,\u201dujarnya dengan perasaan hiba.<\/p>\n<p>Suami Norizan, Wan Zakaria Wan Jusoh, 62, adalah seorang buruh kasar yang tidak berkemampuan untuk membeli rumah atau pun tanah.<\/p>\n<p>Pendapatan yang diperolehi hanya mampu menyara kehidupan, makan minum dan pakai, mereka sekeluarga.<\/p>\n<p>\u201cNak baiki rumah ni pun saya tak mampu, apa lagi nak beli tanah atau nak beli rumah, cukup bulan hanya cukup untuk makan minum saya dan keluarga,\u201dkatanya.<\/p>\n<p>Selain mereka, Shahazat bt Mat Ali, 41, turut merayu kepada pihak kerajaan negeri Terengganu supaya dapat memberikan bantuan bagi menjamin kehidupan masa depan.<\/p>\n<p>Shahazat yang juga seorang guru tadika, masih mengharapkan slogan \u2018merakyatkan pembangunan dan pentadbiran\u2019 yang dicanang oleh kerajaan, bukanlah hanya slogan kosong.<\/p>\n<p>\u201csaya merayu, pihak berkenaan, agar dapat memberikan perhatian kepada kehidupan penduduk di sini, <\/p>\n<p>\u201csaya masih percaya, ada pihak yang akan menolong, walaupun sehingga kini, janji hanya tinggal janji,\u201dkatanya.<\/p>\n<p>Suami Shahazat, Zulkifli Jusoh, 45, bekerja sebagai seorang pemandu lori yang memperolehi pendapatan hanya RM800 sebulan.<\/p>\n<p><img decoding=\"async\" src=\"https:\/\/lh6.googleusercontent.com\/-6VSVLsvTBes\/TulJMJ7w1qI\/AAAAAAAABYo\/WNoB8S_8RNo\/s640\/hanafiah%252520sumbang%252520mangsa%252520ombak.jpg\" border=\"0\" width=\"506\" height=\"383\" style=\"float: right; margin: 3px;\" \/>Katanya, dalam keadaan barang keperluan yang semakin meningkat, pendapatan sebanyak itu tidak cukup untuk mereka sekeluarga.<\/p>\n<p>Sehubungan itu, Pengarah Majlis Tindakan DUN Chukai, Haji Hanafiah Mat ketika dihubungi berkata, kerajaan Umno dan BN Terengganu sepatutnya mendahulukan rakyat, bukan mendahulukan koperat.<\/p>\n<p><em>[Gambar kanan &#8211; Norizan, berbaju kuning, menerima bantuan segera, berupa barang makanan keperluan harian, yang disumbangkan oleh Majlis Tindakan DUN (PAS) Chukai]<\/em><\/p>\n<p>\u201cKan slogan rakyat didahulukan, sepatutnya rakyat yang terlebih dahulu dibantu, bukan koperat, tetapi sebaliknya,<\/p>\n<p>\u201cMB Mad Said boleh meluluskan segera tanah dan membina hypermarket Giant di Kijal, macam kilat,<\/p>\n<p>\u201ctetapi untuk lima keluarga yang susah ini, yang berhadapan dengan hidup dan mati, permohonan mereka \u2018slow\u2019, macam siput babi,\u201dtegas Hanafiah.<\/p>\n<p>Menurutnya, pada awal tahun 2011, ketika keluarga yang sama telah dilanda ombak, beliau telah meminta supaya kerajaan bertanggungjawab dan bertindak segera.<\/p>\n<p>Beliau yang juga Penolong Setiausaha PAS Terengganu berkata, InsyaAllah, sekiranya PAS diberi mandat memerintah semula pada pilihanraya akan datang, ia akan menjadi keutamaan.<\/p>\n<p>\u201csaya bukan berjanji, macam janji Umno, tapi memang telah ada dalam manifesto PAS Terengganu, akan meneruskan dasar berkebajikan, memberikan tanah untuk tapak rumah, kepada rakyat yang tidak memilikinya,\u201djelasnya.<\/p>\n<p>\u00a0<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p><strong><img decoding=\"async\" src=\"https:\/\/lh5.googleusercontent.com\/-soIFus5mqLg\/TulJLqYtcPI\/AAAAAAAABYk\/ScK-UkCDGgg\/s640\/mangsa%252520ombak%252520geliga.jpg\" border=\"0\" width=\"480\" height=\"359\" style=\"float: left; margin: 3px;\" \/>KEMAMAN<\/strong> \u2013 Kejadian ombak besar yang berlaku di beberapa daerah di negeri ini turut melanda Kampung Geliga di sini pada Isnin 12 Disember lalu.<\/p>\n<p>Badai musim tengkujuh itu telah mengakibatkan sekurang-kurangnya lima buah rumah rosak dan tidak kurang 30 orang bakal kehilangan tempat berteduh.<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":0,"comment_status":"closed","ping_status":"closed","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"footnotes":""},"categories":[30],"tags":[],"better_featured_image":null,"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/7801"}],"collection":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=7801"}],"version-history":[{"count":0,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/7801\/revisions"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=7801"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=7801"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=7801"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}