{"id":77976,"date":"2019-07-31T00:11:03","date_gmt":"2019-07-30T16:11:03","guid":{"rendered":"https:\/\/buletinonline.net\/v7\/?p=77976"},"modified":"2019-07-31T00:11:03","modified_gmt":"2019-07-30T16:11:03","slug":"tukar-pm-bukan-macam-tukar-kasut","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/tukar-pm-bukan-macam-tukar-kasut\/","title":{"rendered":"Tukar PM Bukan Macam Tukar Kasut"},"content":{"rendered":"<p>Oleh KAM<\/p>\n<p>MARANG &#8211; Presiden PAS, Dato\u2019 Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang memberi perumpamaan,  menukar ganti jawatan Perdana Menteri itu bukanlah semudah memakai dan menukar kasut.<\/p>\n<p>Rasionalnya, belau menegaskan pendirian PAS mahu mengekalkan kepimpinan Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai Perdana Menteri Malaysia hingga habis penggal kerana mahu memberi masa yang cukup dan tidak tergesa-gesa.<\/p>\n<p>Beliau berkata, kerajaan Pakatan Harapan (PH) masih banyak janji yang belum ditunaikan dan peluang perlu diberikan kepada Tun Dr Mahathir.<\/p>\n<p>\u201cRasionalnya beri masa yang cukup, jangan tergesa-gesa. Apatah lagi janji Pakatan Harapan belum ditunaikan, takkan nak tukar tengah jalan. <\/p>\n<p>\u201cJadi Perdana Menteri ini bukan macam pakai kasut, tukar sekejap-sekejap. Biar betul-betul stabillah dan beliau ada pengalaman jadi Perdana Menteri, yang paling lama, ada pengalaman masa dia memerintah dahulu. <\/p>\n<p>\u201cKita boleh ambil pengalaman daripada dia (Mahathir). Apa lagi dalam usia dia yang tua itu kita perlu beri peluang kepada dia, selagi dia mampu,\u201d jelasnya ketika menjawab pertanyaan pemberita.<\/p>\n<p>Beliau berkata demikian selepas Majlis Daurah Kitab Tafsir Quran, Sempena Ihtifal Idul Ilmi Ma\u2019ahad Darul Quran Kali ke-28, di Masjid Rusila, Marang, hari ini Selasa 30 Julai.<\/p>\n<p>Malah, kata Ahli Parlimen Marang itu ketokohan dan kepimpinan Tun Dr Mahathir lebih menonjol dalam Pakatan Harapan sebagai pemimpin parti Melayu.<\/p>\n<p>\u201cSaya rasa dia (Mahathir) lebih menonjol dalam Pakatan Harapan dan kita kena sedar parti Melayu dalam Pakatan Harapan ini parti Bersatu (Parti Pribumi Bersatu Malaysia) sahaja. <\/p>\n<p>\u201cParti lain bukan parti Melayu. Parti PKR bukan parti Melayu, PAN ini parti cabang DAP, bukan parti Melayu. Sebab itu, kita (PAS) beri (laluan) kepada parti Bersatulah, yang Tun (Mahathir) jadi ketua.<\/p>\n<p>\u201cKalau belum tempoh matang macam mana hendak tukar (PM), biar matang dululah. Terpulang kepada Tun bila matang, dia bubar (Parlimen) buat pilihan raya (PRU15), itu lebih baik,\u201d jelasnya.   <\/p>\n<p>Ketika ditanya pemberita, pandangan beliau itu sama dengan Dato\u2019 Seri Azmin Ali, kata Presiden PAS itu tidak ada kaitan kerana pandangannya lebih awal mahu kekalkan Tun Dr Mahathir.<\/p>\n<p>\u201cPandangan saya awal dulu, saya tak berubah. Sepatutnya, mereka kuatkan Pakatan Harapan, jangan kelahi sesama sendiri. Selesaikan masalah \u2018dalaman\u2019 (parti), masalah kita (PH),\u201d tegasnya. <\/p>\n<p>Senario politik semasa semakin hangat apabila ada desakan daripada kumpulan penyokong Presiden PKR, Dato\u2019 Seri Anwar Ibrahim mahu mempercepatkan proses gantian jawatan Perdana Menteri, yang kini disandang oleh Tun Dr Mahathir Mohamad.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Oleh KAM MARANG &#8211; Presiden PAS, Dato\u2019 Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang memberi perumpamaan, menukar ganti jawatan Perdana Menteri itu bukanlah semudah memakai dan menukar kasut. Rasionalnya, belau menegaskan pendirian PAS mahu mengekalkan kepimpinan Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai Perdana Menteri Malaysia hingga habis penggal kerana mahu memberi masa yang cukup dan tidak tergesa-gesa. [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":77978,"comment_status":"closed","ping_status":"closed","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"footnotes":""},"categories":[31],"tags":[],"better_featured_image":{"id":77978,"alt_text":"","caption":"","description":"","media_type":"image","media_details":{"width":2223,"height":1295,"file":"2019\/07\/IMG_20190730_235601.jpg","filesize":366455,"sizes":{},"image_meta":{"aperture":"0","credit":"","camera":"","caption":"","created_timestamp":"0","copyright":"","focal_length":"0","iso":"0","shutter_speed":"0","title":"","orientation":"0","keywords":[]}},"post":77976,"source_url":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/wp-content\/uploads\/2019\/07\/IMG_20190730_235601.jpg"},"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/77976"}],"collection":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=77976"}],"version-history":[{"count":2,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/77976\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":77979,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/77976\/revisions\/77979"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/media\/77978"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=77976"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=77976"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=77976"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}