{"id":7795,"date":"2011-12-13T13:00:23","date_gmt":"2011-12-13T05:00:23","guid":{"rendered":"http:\/\/buletinonline.net\/v7\/index.php\/2011\/12\/israel-tutup-laluan-ke-masjid-al-aqsa-2\/"},"modified":"2011-12-13T13:00:23","modified_gmt":"2011-12-13T05:00:23","slug":"israel-tutup-laluan-ke-masjid-al-aqsa-2","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/israel-tutup-laluan-ke-masjid-al-aqsa-2\/","title":{"rendered":"Israel tutup laluan ke Masjid Al-Aqsa"},"content":{"rendered":"<p><span class=\"content\"><\/p>\n<p><img decoding=\"async\" src=\"https:\/\/nationalpostnews.files.wordpress.com\/2011\/12\/507735352.jpg?w=620\" border=\"0\" width=\"414\" height=\"310\" style=\"float: right; margin: 3px;\" \/>Israel  dilaporkan  telah menutup laluan ke  Masjid Al-Aqsa di sini semalam atas  apa yang didakwanya sebagai   sebab-sebab keselamatan.<\/p>\n<p><\/span> <span class=\"content\"><\/p>\n<p>&#8216;Atas arahan daripada majlis  bandaran, mereka telah menutup laluan itu,&#8217; kata jurucakap polis, Encik  Luba Samri, yang merujuk kepada Yayasan Warisan Tembok Barat.<\/p>\n<p><\/span> <span class=\"content\"><\/p>\n<p>Pada lewat bulan lalu, Israel  dilaporkan  menangguhkan kerja-kerja merobohkan laluan itu berikutan  kebimbangan meletusnya gelombang bantahan di Dunia Arab dan Islam.<\/p>\n<p><\/span> <span class=\"content\"><\/p>\n<p>Sebuah stesen radio melaporkan  Perdana Menteri Benjamin Netanyahu mengambil keputusan tersebut bagi  mengelakkan protes anti-Israel di Mesir ketika negara jirannya itu  mengadakan pilihan raya parlimen pertama  selepas kejatuhan rejim Hosni  Mubarak.<\/p>\n<p><\/span> <span class=\"content\"><\/p>\n<p>Pada 23 Oktober lalu, Majlis Bandaran Baitulmakdis melaporkan ia diarah merobohkan laluan itu.<\/p>\n<p><\/span> <span class=\"content\"><\/p>\n<p>Struktur kayu yang juga sebahagian  daripada plaza yang menempatkan Masjid Al-Aqsa dan luar tembok kota lama  itu telah lama menjadi punca pertelingkahan antara Majlis Bandaran  Baitulmakdis dengan masyarakat Islam serta Yahudi.<\/p>\n<p><\/span> <span class=\"content\"><\/p>\n<p>Laluan tersebut dibina dari tembok  kota lama (tapak suci Yahudi), bersambung ke kawasan yang menempatkan  Masjid Al-Aqsa, kawasan ketiga paling suci bagi umat Islam yang juga  dikenali sebagai Haram Al-Sharif.<\/p>\n<p><\/span> <span class=\"content\"><\/p>\n<p>Ia dibina pada 2004 sebagai laluan  sementara selepas struktur sebelum ini roboh dan digunakan oleh pelawat  bukan Islam serta tentera Israel bagi memasuki kawasan kota lama.<\/p>\n<p><\/span> <span class=\"content\"><\/p>\n<p>Operasi membaik pulih itu tertangguh  empat tahun lalu berikutan satu gelombang bantahan di seluruh negara  Islam berhubung kebimbangan kerja-kerja pembinaan itu mungkin  membahayakan struktur terbabit.<\/p>\n<p><\/span> <span class=\"content\"><\/p>\n<p>Jemaah Islam tidak menggunakan laluan itu bagi memasuki Masjid Aqsa tetapi menggunakan beberapa pintu masuk lain.<\/p>\n<p><\/span> <span class=\"content\"><\/p>\n<p>Sebelum ini, Jordan mengecam tindakan Israel itu dan menyifatkan kerja-kerja pembaikan itu sebagai satu tindakan &#8216;sepihak&#8217;.<\/p>\n<p><\/span> <span class=\"content\"><\/p>\n<p>Dalam satu kenyataan yang  dikeluarkan oleh pihak istana Jordan, Raja Abdullah II menggesa Israel  supaya  &#8216;mengelak  daripada mengambil tindakan yang boleh mengubah  ciri-ciri Baitulmakdis atau menjejas tapak suci Islam dan Kristian di  Kota Suci&#8217;. &#8212; AP, AFP.<\/p>\n<p><\/span><\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Israel dilaporkan telah menutup laluan ke Masjid Al-Aqsa di sini semalam atas apa yang didakwanya sebagai sebab-sebab keselamatan. &#8216;Atas arahan daripada majlis bandaran, mereka telah menutup laluan itu,&#8217; kata jurucakap polis, Encik Luba Samri, yang merujuk kepada Yayasan Warisan Tembok Barat. Pada lewat bulan lalu, Israel dilaporkan menangguhkan kerja-kerja merobohkan laluan itu berikutan kebimbangan meletusnya [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":0,"comment_status":"closed","ping_status":"closed","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"footnotes":""},"categories":[36],"tags":[],"better_featured_image":null,"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/7795"}],"collection":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=7795"}],"version-history":[{"count":0,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/7795\/revisions"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=7795"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=7795"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=7795"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}