{"id":7763,"date":"2011-12-11T04:21:01","date_gmt":"2011-12-10T20:21:01","guid":{"rendered":"http:\/\/buletinonline.net\/v7\/index.php\/2011\/12\/mb-terengganu-gagal-memahami-enakmen-kanun-jenayah-syariah\/"},"modified":"2011-12-11T04:21:01","modified_gmt":"2011-12-10T20:21:01","slug":"mb-terengganu-gagal-memahami-enakmen-kanun-jenayah-syariah","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/mb-terengganu-gagal-memahami-enakmen-kanun-jenayah-syariah\/","title":{"rendered":"MB Terengganu Gagal Memahami Enakmen Kanun Jenayah Syariah"},"content":{"rendered":"<p>Bagi seseorang wanita yang hamil atau melahirkan  anak sebelum berkahwin tidaklah terus disabitkan di bawah hukuman zina  seperti didakwa Dato Seri MB. Ini kerana dalam enakmen jelas menyebut  bahawa jika perempuan tersebut dapat membuktikan dirinya dirogol, maka  dia tidak akan disabitkan dengan kesalahan zina.<\/p>\n<p>Perkara 46 (2) Kanun Jenayah Syariah Kelantan menyebut:<\/p>\n<p><em>\u201cDalam  perkara zina, kehamilan atau kelahiran anak oleh seseorang perempuan  yang tidak mempunyai suami hendaklah menjadi keterangan yang boleh  mendapatinya bersalah melakukan zina dan yang demikian hukuman hudud ke  atasnya hendaklah dikenakan MELAINKAN jika dia dapat membuktikan  sebaliknya.\u201d<\/p>\n<p><\/em>Ini  membuktikan Dato Seri Ahmad Said tidak membaca enakmen tersebut secara  menyeluruh dan mendapat nasihat yang salah dari penasihat agamanya.  Seharusnya, sebagai seorang yang kurang arif dalam agama, Dato Seri  sewajarnya mendapatkan penasihat agama yang betul dan arif tentang  agama.<\/p>\n<p>Dato Seri Ahmad Said juga seharusnya sedar bahawa  Enakmen Jenayah Syariah ini bukan digubal mengikut kehendak pimpinan PAS  semata-mata, tetapi merujuk kepada sumber Al-Quran dan Sunnah serta  pendapat para alim ulama terkemuka. Enakmen ini juga sudah diwartakan  dan ditandatangani oleh Tuanku Sultan selaku Ketua Agama Islam Negeri.<\/p>\n<p>Ustaz Ridzuan bin Hashim<br \/>Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Terengganu<br \/>11 Disember 2011.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p><img decoding=\"async\" src=\"https:\/\/lh6.googleusercontent.com\/-kb8xQJD85so\/TuQyAcPohSI\/AAAAAAAABXo\/BF_TTsk3CPU\/s448\/u%252520ridzuan.jpg\" border=\"0\" width=\"448\" height=\"277\" style=\"float: right; margin: 3px;\" \/>Dewan Pemuda PAS Negeri Terengganu merasa kecewa dan kesal dengan  kenyataan Dato Seri Ahmad Said berhubung pertikaian beliau terhadap  Enakmen Kanun Jenayah Syariah Terengganu dan Kelantan khususnya  berkaitan meliwat\u00a0 isteri dan kesalahan rogol sepertimana dilaporkan  dalam akhbar Sinar Harian Edisi 9 Disember 2011.<\/p>\n<p>DPPNT  mendapati MB telah gagal memahami\u00a0 Enakmen tersebut secara menyeluruh.  Sedangkan sudah berkali-kali diterangkan oleh banyak pihak khususnya  dari PAS sendiri bahawa yang dimaksudkan perkataan \u201c selain dari  isterinya\u201d bagi kes liwat bukan bermaksud pengecualian dari sudut  pengharusan di mana suami boleh meliwat isteri, tetapi ianya adalah  pengecualian dari disabitkan di bawah kesalahan hudud. Perbuatan suami  meliwat isteri tetap salah, tetapi ianya disabitkan dibawah kesalahan  ta\u2019zir.<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":0,"comment_status":"closed","ping_status":"closed","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"footnotes":""},"categories":[38],"tags":[],"better_featured_image":null,"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/7763"}],"collection":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=7763"}],"version-history":[{"count":0,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/7763\/revisions"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=7763"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=7763"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=7763"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}