{"id":7757,"date":"2011-12-10T10:53:21","date_gmt":"2011-12-10T02:53:21","guid":{"rendered":"http:\/\/buletinonline.net\/v7\/index.php\/2011\/12\/puluhan-ribu-rakyat-russia-dijangka-sertai-tunjuk-perasaan-terbesar\/"},"modified":"2011-12-10T10:53:21","modified_gmt":"2011-12-10T02:53:21","slug":"puluhan-ribu-rakyat-russia-dijangka-sertai-tunjuk-perasaan-terbesar","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/puluhan-ribu-rakyat-russia-dijangka-sertai-tunjuk-perasaan-terbesar\/","title":{"rendered":"Puluhan ribu rakyat Russia dijangka sertai tunjuk perasaan"},"content":{"rendered":"<p><span class=\"content\"><\/p>\n<p><img decoding=\"async\" src=\"https:\/\/www.france24.com\/en\/files\/imagecache\/france24_169_large\/article\/image\/Russia%20protest.jpg\" border=\"0\" width=\"345\" height=\"194\" style=\"float: left; margin: 3px;\" \/>MOSCOW: Berpuluh ribu rakyat Russia bersedia  semalam bagi mengadakan tunjuk perasaan terbesar menentang keputusan  pilihan raya yang baru berlalu.<\/p>\n<p><\/span> <span class=\"content\"><\/p>\n<p>Tunjuk perasaan itu juga menyebabkan  hubungan dua hala antara Moscow dan Washington berada pada paras paling  buruk dalam masa tiga tahun.<\/p>\n<p><\/span> <span class=\"content\"><\/p>\n<p>Perhimpunan di Moscow hari ini, yang  diluluskan polis setelah rundingan beberapa hari dengan pembangkang,  dijangka menarik sehingga 30,000 orang ke sebuah medan di seberang  sungai dari Kremlin.<\/p>\n<p><\/span> <span class=\"content\"><\/p>\n<p>Selain itu, pembangkang dijangka  menganjurkan perhimpunan di sekurang-kurangnya 13 bandar utama lain  dalam ledakan rasa tidak percaya terhadap sistem yang diperkenal Perdana  Menteri Vladimir Putin ketika beliau mula-mula menjadi presiden pada  2000.<\/p>\n<p><\/span> <span class=\"content\"><\/p>\n<p>Parti Encik Putin menang tipis  pilihan raya Ahad lalu. Tetapi berita kemenangan itu disertai penyebaran  video yang diambil rakyat biasa di Internet yang menggambarkan penipuan  dan manipulasi proses undi.<\/p>\n<p><\/span> <span class=\"content\"><\/p>\n<p>Tunjuk perasaan yang menyusul  memberi cabaran mengejut kepada Encik Putin dan menyebabkan beliau  menyelar Setiausaha Negara Amerika, Cik Hillary Clinton, kelmarin kerana  menyampaikan rasa prihatin.<\/p>\n<p><\/span> <span class=\"content\"><\/p>\n<p>Beliau menuduh Cik Clinton sengaja  memberi isyarat kepada pembangkang supaya mengadakan bantahan dan  Jabatan Negara Amerika membayar kumpulan-kumpulan Russia agar mencari  kesilapan pilihan raya itu.<\/p>\n<p><\/span> <span class=\"content\"><\/p>\n<p>Menurut Encik Putin, kritikan  Washington telah menentukan suasana bagi sesetengah orang di dalam  negara dan memberi mereka isyarat.<\/p>\n<p><\/span> <span class=\"content\"><\/p>\n<p>&#8216;Mereka mendengar isyarat dan dengan  sokongan Jabatan Negara Amerika mula bekerja secara aktif,&#8217; katanya  dalam ulasan pertama mengenai tunjuk-tunjuk perasaan itu.<\/p>\n<p><\/span> <span class=\"content\"><\/p>\n<p>Namun, jurucakap Jabatan Negara Amerika, Encik Mark Toner, dengan tegas menafikan perkara itu.<\/p>\n<p><\/span> <span class=\"content\"><\/p>\n<p>Perbalahan diplomatik antara Encik  Putin dan Cik Clinton bermakna suasana tegang membayangi pilihan raya  presiden Mac depan, yang dijangka menyaksikan Encik Putin kembali ke  Kremlin bagi tempoh 12 tahun lagi.<\/p>\n<p><\/span> <span class=\"content\"><\/p>\n<p>Sebelum ini, 1,600 orang diberkas dalam tunjuk perasaan selama tiga hari di Moscow dan bandar Saint Petersburg.<\/p>\n<p><\/span> <span class=\"content\"><\/p>\n<p>Pihak Kremlin menghadapi ancaman  tunjuk perasaan yang bermula semalam merebak ke wilayah lain setelah  beberapa kumpulan anti-Kremlin turut menganjurkan acara di bandar-bandar  lain.<\/p>\n<p><\/span> <span class=\"content\"><\/p>\n<p>Menurut akhbar Kommersant, pihak  berkuasa Russia mungkin tidak memberi perhatian secukupnya pada  perubahan yang berlaku terhadap kesedaran bersama masyarakat.<\/p>\n<p><\/span> <span class=\"content\"><\/p>\n<p>&#8216;Ada kemungkinan apa yang berlaku  kini boleh berakhir dengan malapetaka bukan saja bagi pihak berkuasa,  malah masyarakat,&#8217; kata akhbar itu. &#8212; AFP.<\/p>\n<p><\/span><\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>MOSCOW: Berpuluh ribu rakyat Russia bersedia semalam bagi mengadakan tunjuk perasaan terbesar menentang keputusan pilihan raya yang baru berlalu. Tunjuk perasaan itu juga menyebabkan hubungan dua hala antara Moscow dan Washington berada pada paras paling buruk dalam masa tiga tahun. Perhimpunan di Moscow hari ini, yang diluluskan polis setelah rundingan beberapa hari dengan pembangkang, dijangka [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":0,"comment_status":"closed","ping_status":"closed","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"footnotes":""},"categories":[36],"tags":[],"better_featured_image":null,"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/7757"}],"collection":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=7757"}],"version-history":[{"count":0,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/7757\/revisions"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=7757"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=7757"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=7757"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}