{"id":7755,"date":"2011-12-10T10:22:04","date_gmt":"2011-12-10T02:22:04","guid":{"rendered":"http:\/\/buletinonline.net\/v7\/index.php\/2011\/12\/hilang-keyakinan-kepada-pemimpin-80-ahli-umno-masuk-pas\/"},"modified":"2011-12-10T10:22:04","modified_gmt":"2011-12-10T02:22:04","slug":"hilang-keyakinan-kepada-pemimpin-80-ahli-umno-masuk-pas","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/hilang-keyakinan-kepada-pemimpin-80-ahli-umno-masuk-pas\/","title":{"rendered":"Hilang keyakinan kepada pemimpin; 80 ahli Umno masuk PAS"},"content":{"rendered":"<p>Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub menerima permohonan masuk PAS itu daripada bekas Ahli Jawatankuasa Bahagian Umno Kuala Nerus, Salleh Embong sempena Majlis Ceramah Isu-Isu Semasa di Markaz PAS yang baru ditubuhkan.<\/p>\n<p>Salleh Embong berkata tindakan bekas ahli-ahli Umno menyertai PAS akan memberi tamparan hebat kepada Umno Kuala Nerus khususnya di Dun Teluk Pasu tersebut.<\/p>\n<p>Ini kerana, katanya rakyat telah hilang keyakinan terhadap kepimpinan Umno dan kerajaan Barisan Nasional (BN) di Terengganu.<\/p>\n<p>Menurutnya, selagi Umno-BN berkuasa penuh segala kepentingan rakyat terabai melainkan kroni-kroni tertentu dalam parti berkenaan.<\/p>\n<p>\u201cKami cukup kecewa dengan kepimpinan Umno, wakil rakyat dan kerajaan BN Terengganu dalam menyelesaikan masalah rakyat.<\/p>\n<p>\u201cRakyat telah hilang keyakinan kepada kerajaan Umno-BN yang berkuasa penuh hari ini di Terengganu yang lebih mementingan kroni-kroni tertentu dalam parti (Umno),\u201d ujarnya.<\/p>\n<p>Katanya, masalah pengambilan balik tanah di Kampung Banggol Donas yang tidak selesai menjadi punca berlaku penghijrahan beramai-ramai ahli Umno kepada PAS.<\/p>\n<p>Menurutnya, projek pembinaan jalan yang melibatkan tanah serta rumah penduduk di kampung tersebut terdapat unsur salahguna kuasa.<\/p>\n<p>Kata Salleh, laporan bantahan telah dibuat kepada semua pihak termasuk Perdana Menteri, Kementerian Jabatan Kerja Raya, pejabat Menteri Besar Terengganu, Suhakam dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).<\/p>\n<p>Hadir sama pada majlis bersejarah itu Yang Dipertua PAS Kuala Nerus, M Sukrimun Shamsuddin, Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli, Naib YDP Kuala Nerus, Ustaz Ismail Mamat, Timbalan Ketua Pemuda PAS Terengganu, Ustaz Ridzuan Hashim dan Setiausaha Pas Kuala Nerus, Zakaria Dagang.<\/p>\n<p>http:\/\/www.youtube.com\/watch?v=e0ToV0oLRKM&amp;list=UUHUY6hxgBZ0oRyY28yPJk8Q&amp;feature=plcp<\/p>\n<p>\u00a0<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p><strong><img decoding=\"async\" src=\"https:\/\/lh5.googleusercontent.com\/-GNn0rlQmAFI\/TuM0Zwh6MfI\/AAAAAAAABXM\/EkTWGpyStkg\/s720\/IMG_1870.jpg\" border=\"0\" width=\"440\" height=\"293\" style=\"float: right; margin: 3px;\" \/>KUALA NERUS<\/strong> \u2013 Lapan puluh orang telah menyerahkan borang keahlian menyertai PAS di Kampung Banggol Donas Dewan Undangan Negeri (Dun) Teluk Pasu dekat sini semalam Jumaat, 9 Disember.<\/p>\n<p>Sebahagian besar daripada jumlah tersebut iaitu kira-kira lebih 40 orang adalah bekas Pemuda dan Puteri Umno kampong tersebut.<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":0,"comment_status":"closed","ping_status":"closed","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"footnotes":""},"categories":[30],"tags":[],"better_featured_image":null,"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/7755"}],"collection":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=7755"}],"version-history":[{"count":0,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/7755\/revisions"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=7755"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=7755"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=7755"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}