{"id":7737,"date":"2011-12-08T04:50:17","date_gmt":"2011-12-07T20:50:17","guid":{"rendered":"http:\/\/buletinonline.net\/v7\/index.php\/2011\/12\/surat-terbuka-kepada-orang-melayu-islam-didahulukan-melayu-bersamanya\/"},"modified":"2011-12-08T04:50:17","modified_gmt":"2011-12-07T20:50:17","slug":"surat-terbuka-kepada-orang-melayu-islam-didahulukan-melayu-bersamanya","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/surat-terbuka-kepada-orang-melayu-islam-didahulukan-melayu-bersamanya\/","title":{"rendered":"SURAT TERBUKA KEPADA ORANG MELAYU, ISLAM"},"content":{"rendered":"<p><img decoding=\"async\" src=\"https:\/\/presiden.pas.org.my\/v2\/images\/stories\/pres1.jpg\" border=\"0\" width=\"265\" height=\"209\" style=\"float: right; margin: 3px;\" \/>Islam didahulukan, Melayu bersamanya. Bukan Melayu didahulukan,  Islam mengikutnya, kerana Islam ditegakkan Melayu selamat. Kalau Melayu  ditegakkan diatas aqidah kebangsaannya, Melayu sesat, Islam terpinggir.  Inilah kecuaian Umno sejak ditubuhkan sehingga kini.\u00a0<\/p>\n<p>Kecintaan  kepada keluarga, kaum dan bangsa adalah fitrah yang digalakkan oleh  Islam, tetapi menjadikannya aqidah perjuangan adalah satu kesesatan.  Rasulullah S.A.W. memulakan perjuangan dengan keluarga dan kaumnya,  tetapi dengan aqidah dan berpandukan Islam.<\/p>\n<p>Rasulullah S.A.W. adalah ikutan yang dilantik oleh Allah, bukan  dilantik melalui pilhanraya atau perhimpunan agung mana-mana parti.  Apabila Rasulullah S.A.W. dilantik menjadi Rasul akhir zaman kepada  seluruh alam, dipilih daripada kalangan bangsa arab qabilah Quraisy,  paling jahil, miskin dan berada ditangah padang pasir paling gersang,  tetapi menjadi paling sabar, berani dan paling lasak menghadapi cabaran  kalau ditarbiyah. Bangsa arab seluruhnya berpecah dan berperang sesama  sendiri. Semenanjung arab, tanah air mereka dijajah oleh kuasa besar  dunia Parsi dan Rom. Pesoalannya apakah yang didahulukan oleh Rasulullah  S.A.W? Sama ada memulakan perjuangan diatas semangat kebangsaan arab,  satukan mereka terlebih dahulu diatas semangat kebangsaan itu, tegakkan  perjuangan kemerdekaan menentang penjajah Parsi dan Rom, selepas itu  Islam boleh tegak dengan sendiri besamanya. Atau mulakan dengan Islam,  perkasakan bangsa arab dengan Islam yang  sempurna, aqidah, syariat dan  akhlak? <\/p>\n<p> Ucapan pertama  disampaikan kepada penduduk Makkah dengan arahan wahyu daripada Allah ialah, firman Allah:<\/p>\n<blockquote style=\"color: #222222; font-family: arial,sans-serif; font-size: 13px; line-height: normal; background-color: rgba(255, 255, 255, 0.918);\">\n<div>\u0642\u064f\u0644\u0652 \u064a\u064e\u0627\u0623\u064e\u064a\u064f\u0651\u0647\u064e\u0627 \u0627\u0644\u0646\u064e\u0651\u0627\u0633\u064f \u0625\u0650\u0646\u0650\u0651\u064a \u0631\u064e\u0633\u064f\u0648\u0644\u064f \u0627\u0644\u0644\u064e\u0651\u0647\u0650 \u0625\u0650\u0644\u064e\u064a\u0652\u0643\u064f\u0645\u0652  \u062c\u064e\u0645\u0650\u064a\u0639\u064b\u0627 \u0627\u0644\u064e\u0651\u0630\u0650\u064a \u0644\u064e\u0647\u064f \u0645\u064f\u0644\u0652\u0643\u064f \u0627\u0644\u0633\u064e\u0651\u0645\u064e\u0627\u0648\u064e\u0627\u062a\u0650 \u0648\u064e\u0627\u0644\u0623\u0631\u0652\u0636\u0650 \u0644\u0627 \u0625\u0650\u0644\u064e\u0647\u064e \u0625\u0650\u0644\u0627 \u0647\u064f\u0648\u064e  \u064a\u064f\u062d\u0652\u064a\u0650\u064a \u0648\u064e\u064a\u064f\u0645\u0650\u064a\u062a\u064f \u0641\u064e\u0622\u0645\u0650\u0646\u064f\u0648\u0627 \u0628\u0650\u0627\u0644\u0644\u064e\u0651\u0647\u0650 \u0648\u064e\u0631\u064e\u0633\u064f\u0648\u0644\u0650\u0647\u0650 \u0627\u0644\u0646\u064e\u0651\u0628\u0650\u064a\u0650\u0651 \u0627\u0644\u0623\u0645\u0650\u0651\u064a\u0650\u0651  \u0627\u0644\u064e\u0651\u0630\u0650\u064a \u064a\u064f\u0624\u0652\u0645\u0650\u0646\u064f \u0628\u0650\u0627\u0644\u0644\u064e\u0651\u0647\u0650 \u0648\u064e\u0643\u064e\u0644\u0650\u0645\u064e\u0627\u062a\u0650\u0647\u0650 \u0648\u064e\u0627\u062a\u064e\u0651\u0628\u0650\u0639\u064f\u0648\u0647\u064f \u0644\u064e\u0639\u064e\u0644\u064e\u0651\u0643\u064f\u0645\u0652  \u062a\u064e\u0647\u0652\u062a\u064e\u062f\u064f\u0648\u0646\u064e } [\u0627\u0644\u0623\u0639\u0631\u0627\u0641: 158<\/div>\n<\/blockquote>\n<p> 158.  Katakanlah: &#8220;Hai manusia Sesungguhnya aku adalah  utusan Allah kepada kamu semua, iaitu Allah yang mempunyai kerajaan  langit dan bumi; tidak ada Tuhan (yang berhak disembah) selain Dia, yang  menghidupkan dan mematikan. Maka berimanlah kamu kepada Allah dan  Rasul-Nya, Nabi yang ummi yang beriman kepada Allah dan kepada  kalimat-kalimat-Nya (kitab-kitab-Nya) dan ikutilah Dia, supaya kamu  mendapat petunjuk.&#8221; <\/p>\n<p> Bukan dengan seruan hidup arab Islam  selamat !, hanya bangsa arab yang boleh menegakkan Islam , macam selogan  Umno :\u201dhidup Melayu!\u201d. <\/p>\n<p> Tegasnya bahawa Rasulullah S.A.W.  memulakan perjuangan mengajak bangsa mengikut Islam, bagi memerdekakan  diri daripada jahiliyah dalam diri sendiri  terlebih dahulu dengan  bangsanya mengikut Islam. Walaupun mendapat tentangan hebat daripada  pemimpin kaum bangsa dan keluarganya sendiri, sehingga dihalau daripada  tanah air tempat dilahirkannya  (Makkah). Kemudian menggunakan kuasa  pemerintahan Islam yang ditegakkan oleh kaumnya yang menerima Islam  dengan beriman mengikutnya dengan sempurna dan mengumpul serta  menyatukan mereka dengan Islam. Kemudian kembali semula ke Makkah untuk  memerdekakannya daripada kuasa pemeritahan jahiliyah arab  yang dipimpin  oleh ayah mertuanya sendiri Abu Sufian bin Harb.  <\/p>\n<p> Allah  mewafatkan Rasulullah S.A.W. setelah Ajaran Islam disempurnakan secara  wahyu serta cara beramalnya dinyatakan oleh Sunnah Rasulullah S.A.W. dan  setelah menyampaikan mesej Islam secara bersurat yang dihantar kepada  negara dan bangsa yang bukan arab. Ada yang menerima Islam, ada yang  tidak menerima tetapi berdamai dan ada yang mengambil sikap permusuhan.   <\/p>\n<p> Sebelum wafat Rasulullah S.A.W. Allah menegaskan kepadanya  secara wahyu kepada bangsa arab yang menganut Islam supaya berpandukan  Islam, diantaranya Allah memberi amaran :<\/p>\n<blockquote style=\"color: #222222; font-family: arial,sans-serif; font-size: 13px; line-height: normal; background-color: rgba(255, 255, 255, 0.918);\">\n<div>\u0648\u064e\u0625\u0650\u0646\u0652 \u062a\u064e\u062a\u064e\u0648\u064e\u0644\u064e\u0651\u0648\u0652\u0627 \u064a\u064e\u0633\u0652\u062a\u064e\u0628\u0652\u062f\u0650\u0644\u0652 \u0642\u064e\u0648\u0652\u0645\u064b\u0627 \u063a\u064e\u064a\u0652\u0631\u064e\u0643\u064f\u0645\u0652 \u062b\u064f\u0645\u064e\u0651 \u0644\u064e\u0627 \u064a\u064e\u0643\u064f\u0648\u0646\u064f\u0648\u0627 \u0623\u064e\u0645\u0652\u062b\u064e\u0627\u0644\u064e\u0643\u064f\u0645\u0652 (38 ) \u0645\u062e\u0645\u062f<\/div>\n<\/blockquote>\n<p> 38. Jika kamu berpaling (daripada menegakkan Islam) niscaya dia  akan mengganti (kamu) dengan kaum yang lain; dan mereka tidak akan  seperti kamu ini. (Surah Muhammad) <\/p>\n<p> Khalifah Abu Bakar mengambil  alih memimpin negara menentang bangsa arab yang murtad (berpaling tadah  menentang Islam). Penyelewengan berlaku dengan bantuan penjajah Parsi  dan Rom. Setelah Khalifah Abu Bakar berjaya mengalahkan bangsa arab yang  murtad maka dimulakan dakwah mengajak kaum lain kepada Islam tanpa  paksaan.  <\/p>\n<p> Dua kuasa besar dunia menentang secara ketenteraan  kerana menganggap bangsa arab yang menganut Islam itu masih lemah  saperti sebelum Islam. Tiba-tiba dua kuasa besar dunia ikut tumbang  kerana jahiliyyahnya,  walau pun mereka maju daripada segi kebendaannya,  tetapi dibejati kezaliman dan maksiat. Khalifah Umar R.A. yang berjaya  menjatuhkan dua kuasa besar dunia itu manyampaikan ucapannya ketika  berada di Kota Suci Bait Al Maqdis: .<\/p>\n<p> (Kita adalah bangsa yang  diberi kemuliaan oleh Allah dengan Islam, sekiranya kita mencari  kemuliaan yang lain daripada apa yang telah dikurnia Allah, nescaya kita  akan ditimpa hukuman Allah menjadi bangsa yang hina).  <\/p>\n<p> Ketika  bangsa arab yang menganut Islam masih berpegang dengan ajaran Islam,  mereka terus memimpin negara yang paling besar dalam sejarah, bersama  masyarakat majmuk berbagai bangsa dan agama. Mereka mengislamkn bangsa  lain tanpa paksaan dan mengislam ilmu serta kebijaksanaan daripada  berbagai bangsa, sehingga melahirkan tamadun Islam yang paling hebat  dalam sejarah manusia.  <\/p>\n<p> Apabila bangsa Arab menjadi leka  terhadap Islam, maka Allah menukarkan bangsa bukan arab yang menganut  Islam dan berpadukan Islam serta  menegakkannya. Bangsa lain mengambil  alih pemerintahan telah melahirkan ilmuan Islam dan pemimpin negara.  Manakala bangsa arab menjadi rakyat dibawah pemerintahan Islam, oleh  para ulama dan pemimpin bukan berbangsa arab, saperti Kurdis, Turki,  Bukhara dan lain-lain.  <\/p>\n<p> Bangsa Melayu di Asia Tenggara turut  sama menjadi bangsa yang perkasa apabila mereka menganut Islam dan  raja-rajanya memerintah dengan Islam. Bahasa Melayu berhuruf Al Quran  bertamadun menjadi bahasa ilmu dirantau ini.  <\/p>\n<p> Kedatangan  penjajah yang mampu menguasai dunia Islam, termasuk dunia Melayu di  rantau ini apabila mereka lemah berpegang dengan ajaran Islam. Cahaya  Islam yang sedikit tidak boleh dipadamkan masih bersuluh membangkitkan  perjuangan menentang penjajah.  <\/p>\n<p> Walaupun penjajah asing sudah  meninggalkan tanahair kita, tetapi kesan daripadanya masih wujud dengan  tabal. Kita tidak dapat mengambalikan jati diri malainkan dengan kembali  menjadikan Islam tertegak dihadapan kita yang menjadi panduan seluruh  cara hidup beragama dan bermasyarakat. Ini saperti yang pernah dilakukan  oleh Rasulullah S.A.W dengan petunjuk Allah dan diperingatkan oleh  Khalifah Umar bin Al Khattab R.A.  <\/p>\n<p> Mari kita menjadi bangsa  yang insaf dengan muhasabah diri, bagaimana bangsa arab yang berjumlah  ratusan juta, di tengah kekayaan hasil minyak yang tidak terkira,   dipermainkan oleh kuasa barat yang pernah menjajah mereka. Mereka tidak  mampu berdepan dengan segelintir bangsa yahudi zionis yang diletakkan  oleh penjajah bagi menjaga kepentingannya di Asia barat. Ini kerana  mereka berpaksikan kebangsaan arab dan meminggirkan Islam di belakang  mereka. Satu agenda penjajahan pemikiran yang sengaja dirancang bergitu  rupa.  <\/p>\n<p> Hari ini bangsa arab mula sedar dan bangkit bersama  Islam dengan memulakan kemenangan Islam secara aman memalalui  pilihanraya yang adil setelah ditekan oleh pemimipin bangsa sendiri  secara kuku besi.  <\/p>\n<p> Umno adalah pelakon yang sama memimpin  negara yang dikatakan merdeka, dengan semangat hidup Melayu, Islam  selamat. Nyata bahawa Melayu tidak selamat dengan cara Umno. Islam cara  Umno  tidak mampu memperkasakan Melayu, kerana Melayu didahulukan, Islam  tidak memandunya kerana tidak djadikan panduan. Maka bangsa Melayu  tidak mampu bersaing dengan kaum lain dalam masyarakat majmuk.  <\/p>\n<p> Kita wajib menerima hakikat masyarakat majmuk yang diatur oleh penjajah  ditanah air kita. Setelah mereka menjajah bangsa Melayu yang lebih  dahulu yang bercampur dengan kaum pribumi berada ditanahair ini.  Penjajah membawa kaum lain yang dijajah juga, untuk sama-sama  diperhambakan untuk kepentingan penjajah barat. Bangsa Melayu dan  penduduk asal yang lain terus dipinggir dikawasan luar bandar dengan  keadaan terbiar dalam kemiskinan. Kaum Cina pula menjadi buruh di  lombong-lombong  dan sebahagiannya di bandar dan kaum India menjadi  buruh di ladang-ladang. Semua kaum diperkudakan untuk kepentingan  penjajah dan seterusnya diatur untuk dilagakan diantara satu sama lain,  untuk terus diperintah atau menjaga kepentingan penjajah  selepas  merdeka.  <\/p>\n<p> Mengikut Islam bahawa masyarakat majmuk adalah satu  adunan yang baik sekiranya dimanfaatkan dengan bijak, sekiranya wujud  kedudukan yang seimbang dan saksama diantara satu sama lain. Kaum lain  telah menerima hakikat bangsa Melayu yang beragama Islam adalah teras  kepada negara dengan hak yang adil secara sama dengan kaum yang lain,  kerana jumlah mereka lebih besar. Tiba-tiba kedudukan orang Melayu yang  beragama Islam ketinggalan jauh dibelakang dari segi pendidikan,  ekonomi, politik dan lain-lain. Ini menyebabkan rasa tidak puas hati  terhadap kaum lain, dengan terpinggir secara nyata di Singapura, Pulau   Pinang dan negeri-negeri lain di pantai barat dan Malaysia Timur. Semua  negeri-negeri ini pada awalnya dipimpin oleh Umno yang bertemakan hidup  Melayu mafhumnya tegaklah Islam.  <\/p>\n<p> Malangnya Umno menyalahkan  pihak lain, khususnya PAS yang tidak bersama Umno sejak menentang  penjajah dan cara mencapai kemerdekaan dan mengurus negara. Umno  meletakkan Islam disamping atau dibelakang tanpa kuasa secara warisan  penjajah yang merancang untuk melemahkan umat Islam mengikut kajian para  orentalis. Akhirnya orang Melayu bukan sahaja terus dalam keadaan  lemah, tidak mampu bersaing dengan kaum lain. Bukan sahaja ketinggalan  dalam ekonomi dibumi sendiri, walaupun diberi tongkat hak istimewa  Melayu dan bumiputera, bahkan ketinggalan dalam pendidikan dan kesadaran  berpolitik. Pemimpin yang tidak boleh menjadi model Islam kepada bukan  Islam dan tidak mampu memimpin kumpulannya dan bangsanya sendiri, apatah  lagi negara, tetapi lebih berlagak mampu dengan mempertahan kuasa  dengan apa sahaja, kerana dibejati penyakit zalim dan fasad. Zalim  mengikut takrif Islam ialah meletakkan sesuatu tidak kena pada tempatnya  dalam segala bidang, seperti kehakiman, pentadbiran, ekonomi dan  lain-lain aspek. Fasad pula ialah kemunkaran dalam segala aspek saperti  rasuah dan segala maksiat terhadap Allah, diri sendiri dan masyarakat.  <\/p>\n<p> Pamimpin utama Umno sendiri sudah mengaku adanya penyakit yang kronik  dalam diri parti Umno. Politik rasuah (wang) membarah dalam diri sendiri  dan menyebarkannya kepada orang Melayu untuk mendapat sokongan,  mengampu dan menipu sesama sendiri. Maka orang Melayu dalam bahaya  bersama Umno .  <\/p>\n<p> Ketinggalan orang melayu dalam politik  Singapura ditahun lima puluhan dan enam puluhan adalah dibawah pimpinan  Umno. Tertinggalnya orang Melayu di Pulau Pinang adalah dibawah Umno  juga. Umno menyelamatkan kedudukan dengan mengasak orang Melayu dengan  kawasan pilihanraya campuran bagi memenangkan rakan kongsinya daripada  kaum lain setelah parti itu kalah dikawasan mereka. Mereka menekan  bangsa sendiri yang menegurnya dan tidak bersamanya, dengan menindas  negeri Melayu yang tidak berpihak kepada Umno. Tindakan menafikan hak  royalti minyak terhadap Kelantan dan Terengganu suatu ketika dahulu  serta melambatkan bayaran perkapita. Begitu juga dengan Kedah. Ini  adalah contoh nyata Umno menindas negeri Melayu.  Umno juga  mengapi-apikan semangat perkauman Melayu sehingga tegang hubungan dengan  kaum lain, seterusnya orang Melayu dilekakan dengan wang, media yang  menipu dan melalaikan mereka. Ketika bangsa lain berpolitik secara  matang dengan kefahaman merancang masa depan yang jauh. Namun orang  Melayu berpolitik diajar oleh Umno untuk mencari peluang beberapa hari  dimusim pilihanraya sehingga lupa menjadi mangsa setiap lima tahun  sehingga lebih lima puluh tahun terus ketinggalan.<\/p>\n<p>Ucapan berapi dalam perhimpunan Agung Umno baru-baru ini lebih banyak  membedil diri sendiri, bukan sahaja ada yang menikam dari belakang  bahkan ada yang berani menikam secara berhadapan. Walaupun pada zahirnya  menyerang lawan dan kawan. Yang tidak faham bertepuk tangan syok  sendiri sehingga membengkak tangan. Adapun yang  faham pula berubah  wajah kerana kebimbangan bahteranya menunggu karam ditebuk kelasi  sendiri.<\/p>\n<p> PAS berulangkali mengajak Umno bermuzakarah secara ilmu Islam  dan adabnya bagi selamatkan umat dan negara dengan Islam, bukan  berbincang untuk bersama memikul biawak hidup yang diternak oleh Umno.  Mengajak kepada Islah sekadar kemampuan, kerana bukan cara menyelamatkan  negara dengan mengapi-apikan semangat perkauman yang menegangkan  hubungan diantara kaum dan agama. Caranya ialah dengan konsep adil untuk  semua dan menjaga hak masing-masing secara adil, serta ruang demokrasi  dengan batas-batas dan sempadannya yang sebenar secara ikhlas bukan  secara menipu. PAS percaya Islam adalah hujah yang terkuat daripada  Allah S.W.T kerana Islam adalah Rahmat Allah kepada seluruh alam.    <\/p>\n<p> Tulisan ini bukan menjaga tepi kain orang lain, tetapi hanya peringatan  kepada mereka yang kainnya  sudah parah terkoyak, sehingga menampakkan   kecacatan yang memalukan.  <\/p>\n<p><strong><br \/> PRESIDEN PAS<br \/> Tuan Guru Dato&#8217; Seri Abdul Hadi Awang<\/strong><\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Islam didahulukan, Melayu bersamanya. Bukan Melayu didahulukan, Islam mengikutnya, kerana Islam ditegakkan Melayu selamat. Kalau Melayu ditegakkan diatas aqidah kebangsaannya, Melayu sesat, Islam terpinggir. Inilah kecuaian Umno sejak ditubuhkan sehingga kini.\u00a0 Kecintaan kepada keluarga, kaum dan bangsa adalah fitrah yang digalakkan oleh Islam, tetapi menjadikannya aqidah perjuangan adalah satu kesesatan. Rasulullah S.A.W. memulakan perjuangan dengan [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":0,"comment_status":"closed","ping_status":"closed","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"footnotes":""},"categories":[38],"tags":[],"better_featured_image":null,"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/7737"}],"collection":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=7737"}],"version-history":[{"count":0,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/7737\/revisions"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=7737"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=7737"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=7737"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}