{"id":7732,"date":"2011-12-06T18:24:59","date_gmt":"2011-12-06T10:24:59","guid":{"rendered":"http:\/\/buletinonline.net\/v7\/index.php\/2011\/12\/tentera-iran-tembak-jatuh-pesawat-risik-amerika-2\/"},"modified":"2011-12-06T18:24:59","modified_gmt":"2011-12-06T10:24:59","slug":"tentera-iran-tembak-jatuh-pesawat-risik-amerika-2","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/tentera-iran-tembak-jatuh-pesawat-risik-amerika-2\/","title":{"rendered":"Tentera Iran tembak jatuh pesawat risik Amerika"},"content":{"rendered":"<p><span class=\"content\"><\/p>\n<p><strong><img decoding=\"async\" src=\"https:\/\/www.progressivenewsdaily.com\/wp-content\/uploads\/images\/rq170drone.jpg\" border=\"0\" width=\"440\" height=\"308\" style=\"float: right; margin: 3px;\" \/>TEHERAN<\/strong> &#8211; Tentera Iran menembak jatuh sebuah  pesawat risik tidak dipandu manusia milik Amerika Syarikat yang  menceroboh ke ruang udara sebelah sempadan timur negara Teluk itu, kata  laporan agensi berita rasmi Irna, lewat kelmarin.<\/p>\n<p><\/span> <span class=\"content\"><\/p>\n<p>Seorang pegawai tentera yang tidak  mahu namanya didedahkan telah dipetik dalam laporan itu sebagai memberi  amaran mengenai tindak balas yang keras dan memusnahkan berikutan  pelanggaran ruang udara negara tersebut oleh pesawat dron Amerika itu.<\/p>\n<p><\/span> <span class=\"content\"><\/p>\n<p>&#8216;Sebuah pesawat risik RQ170 (gambar) Amerika tidak dipandu manusia telah ditembak jatuh oleh tentera Iran.<\/p>\n<p><\/span> <span class=\"content\"><\/p>\n<p>&#8216;Ia mengalami kerosakan kecil dan kini dimiliki tentera Iran,&#8217; kata laporan Irna itu sambil memetik pegawai berkenaan.<\/p>\n<p><\/span> <span class=\"content\"><\/p>\n<p>Tidak ada butir lanjut yang didedahkan.<\/p>\n<p><\/span> <span class=\"content\"><\/p>\n<p>Tentera bersekutu yang dipimpin  Amerika di Afghanistan dalam satu kenyataannya berkata bahawa pesawat  itu mungkin sebuah pesawat dron Amerika yang gagal menjalin hubungan  dengan pengendalinya minggu lalu sedang ia menjalankan misi  penerbangannya di barat Afghanistan.<\/p>\n<p><\/span> <span class=\"content\"><\/p>\n<p>Seorang pegawai Amerika yang  bercakap dengan syarat tidak didedahkan namanya kerana insiden itu  dianggap rahasia, berkata bahawa Amerika &#8216;tidak mempunyai apa-apa tanda&#8217;  dron itu ditembak jatuh.<\/p>\n<p><\/span> <span class=\"content\"><\/p>\n<p>Iran sedang bertikai dengan Amerika  dan sekutu-sekutunya berhubung program nuklear Teheran, yang dipercayai  pihak Barat bertujuan membangunkan senjata nuklear.<\/p>\n<p><\/span> <span class=\"content\"><\/p>\n<p>Iran menafikan dakwaan itu sambil  berkata bahawa program nuklearnya adalah bagi tujuan kedamaian dan ia  sedang mencari jalan menjana kuasa elektrik dan menghasilkan isotop bagi  tujuan perubatan.<\/p>\n<p><\/span> <span class=\"content\"><\/p>\n<p>Jenis pesawat yang didakwa Iran ditembak jatuh ialah pesawat RQ-170 Sentinel.<\/p>\n<p><\/span> <span class=\"content\"><\/p>\n<p>Pesawat berkenaan dihasilkan oleh  Lockheed Martin dan dilaporkan pernah digunakan untuk mengawasi  pekarangan kediaman Osama bin Laden di Pakistan sedang serbuan ke  atasnya dijalankan pada awal tahun ini.<\/p>\n<p><\/span> <span class=\"content\"><\/p>\n<p>Dalam satu perkembangan lain di  Berlin, Menteri Luar Iran, Encik Ali Akbar Salehi, kelmarin menyuarakan  rasa kesalnya berhubung serangan ke atas kedutaan Britain di Teheran.<\/p>\n<p><\/span> <span class=\"content\"><\/p>\n<p>Beliau berikrar akan mencegah serangan sedemikian pada masa depan, kata kementerian luar Jerman.<\/p>\n<p><\/span> <span class=\"content\"><\/p>\n<p>&#8216;Mengenai isu serangan ke atas  kedutaan di Teheran, menteri luar Iran menyuarakan bahawa beliau amat  mengesali atas apa yang berlaku,&#8217; kata satu kenyataan kementerian itu  sambil mengimbas semula mesyuarat antara Encik Salehi dengan rakan  sejawatannya, Encik Guido Westerwelle.<\/p>\n<p><\/span> <span class=\"content\"><\/p>\n<p>&#8216;Beliau memberi jaminan akan berbuat  apa sahaja bagi mencegah insiden itu daripada berlaku,&#8217; kata  kementerian itu dalam kenyataan yang dikeluarkan dalam bahasa Inggeris.<\/p>\n<p><\/span> <span class=\"content\"><\/p>\n<p>Encik Salehi menghadiri satu sidang antarabangsa utama bagi masa depan Afghanistan di Bonn, Jerman.<\/p>\n<p><\/span> <span class=\"content\"><\/p>\n<p>Di Bonn, Iran berkata ia akan  menentang kehadiran tentera asing di Afghanistan selepas 2014, kata  Encik Salehi, semalam, sambil menyatakan pengerahan itu tidak akan  membantu kestabilan Afghanistan. AP, AFP, Reuters.<\/p>\n<p><\/span><\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>TEHERAN &#8211; Tentera Iran menembak jatuh sebuah pesawat risik tidak dipandu manusia milik Amerika Syarikat yang menceroboh ke ruang udara sebelah sempadan timur negara Teluk itu, kata laporan agensi berita rasmi Irna, lewat kelmarin. Seorang pegawai tentera yang tidak mahu namanya didedahkan telah dipetik dalam laporan itu sebagai memberi amaran mengenai tindak balas yang keras [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":0,"comment_status":"closed","ping_status":"closed","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"footnotes":""},"categories":[36],"tags":[],"better_featured_image":null,"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/7732"}],"collection":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=7732"}],"version-history":[{"count":0,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/7732\/revisions"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=7732"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=7732"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=7732"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}