{"id":7658,"date":"2011-12-01T06:55:25","date_gmt":"2011-11-30T22:55:25","guid":{"rendered":"http:\/\/buletinonline.net\/v7\/index.php\/2011\/12\/kwsp-bantu-kerajaan-joli-wang-rakyat-2\/"},"modified":"2011-12-01T06:55:25","modified_gmt":"2011-11-30T22:55:25","slug":"kwsp-bantu-kerajaan-joli-wang-rakyat-2","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/kwsp-bantu-kerajaan-joli-wang-rakyat-2\/","title":{"rendered":"KWSP bantu kerajaan &#8216;joli&#8217; wang rakyat"},"content":{"rendered":"<p><img decoding=\"async\" src=\"https:\/\/www.harianmalaysia.my\/SPWORBKnnyOEBR32RDT\/kwsp-2010.jpg\" border=\"0\" width=\"353\" height=\"248\" style=\"float: left; margin: 3px;\" \/>Saya tertarik dengan penjelasan mengenai pinjaman KWSP kepada Kerajaan Malaysia seperti kenyataan Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Dr. Awang Adek di Dewan Rakyat semalam. (The Star, m s 20 30 November 2011).<\/p>\n<p>1. RM 79.4 billion &#8211;\u00a0 adalah jumlah pinjaman KWSP kepada Kerajaan Persekutuan &#8211; seperti disebut oleh Dr. Awang. Adakah angka ini tidak mengambil kira pembelian kertas sekuriti dan bon Kerajaan Persekutuan oleh KWSP yang lain?<\/p>\n<p>Setakat pengetahuan saya,\u00a0 kedua-dua pinjaman dan kertas sekuriti jika dijumlahkan sekali,\u00a0\u00a0 jumlah besar pendedahan KWSP sebagai Hutang Kerajaan adalah RM 240 billion!<\/p>\n<p>2.\u00a0 Jumlah itu tidak mengambil kira pinjaman KWSP kepada GLC milik Kerajaan. <\/p>\n<p>3. Berdasarkan jumlah RM 240 billion, ia adalah 52.6% dari jumlah hutang Kerajaan Persekutuan sebanyak RM 456 billion pada tahun 2011, seperti dibentangkan oleh Ketua Audit Negara dalam\u00a0 Mesyuarat Majlis Kewangan Negara\u00a0 baru-baru ini.<\/p>\n<p>4.\u00a0 Dalam keadaan Hutang Kerajaan Persekutuan terus meningkat dan\u00a0 sepatutnya, tanpa manipulasi statistik, telah melebihi paras 55% yang diizinkan oleh Undang-Undang Negara, keselamatan pinjaman\u00a0 ini memerlukan penelitian yang serius. RM 456 billion jumlah hutang pada tahun 2011, dari segi peratus KDNK, adalah 54.3%.<\/p>\n<p>5. Hanya tinggal 0.7% untuk mencapai tahap 55%! Melalui Belanjawan defisit tahun ke 15 berturut-turut dengan jumlah RM 45.?? billion, sepatutnya tahap 55% tadi telah dilanggar.<\/p>\n<p>6. Bagi mengelakkan pelanggaran itu, manipulasi statistik telah dibuat dalam dua cara;<br \/>a. Meletakkan kadar pertumbuhan setinggi 6% supaya dengan itu jumlah agregat KDNK menjadi besar dan dengan sendirinya peratus hutang berbanding KDNK menjadi rendah. <br \/>Soalnya, semua penganalisis ragu Malaysia mampu mencapai pertumbuhan 6% sepanjang tahun hadapan. Jika ini tidak dicapai, dengan sendirinya tahap yang dihadkan pertama kali akan dilanggari dan ini memberi kesan terhadap keselamatan\u00a0 hutang KWSP.<\/p>\n<p>b. Meninggikan jumlah KDNK 2012 dengan memasukkan kadar inflasi. Oleh kerana itu, ada perbezaan ketara antara jumlah KDNK yang dicatatkan dalam Buku Belanjawan berbanding tercatat dalam Laporan Statistik.<br \/>Jumlah RM 918.322 KDNK bolehlah dianggap memasukkan peratusan tertentu kadar inflasi, menjadikan angkanya lebih besar dan peratusan hutang menjadi kecil<\/p>\n<p>7. Namun begitu, sekalipun disebabkan oleh dua manipulasi statistik ini peratusan hutang negara belum mencecah tahap 55%, ia akan mencecah tahap 55% ini pada bila-bila masa dari sekarang.<\/p>\n<p>Tidak ada tanda-tanda ekonomi negara akan tumbuh sebanyak 6% pada tahun hadapan. Sebarang kekurangan dalam peratus pertumbuhan ekonomi negara dengan sendirinya menjadikan\u00a0 angka KDNK lebih kecil dan peratusan hutang lebih besar.<\/p>\n<p>8. Selain itu, dengan trend berbelanja yang langsung tidak memperdulikan kedudukan kewangan semasa yang ada, dijangka jumlah hutang baru negara akan melebihi dari jumlah awal yang dinyatakan dalam Buku Belanjawan.<\/p>\n<p>9.\u00a0 Jika ini berlaku, rakyat Malaysia, selepas PRU ke 13 yang mungkin akan diadakan pada Mac 2012 akan menyaksikan jumlah hutang negara kita melebihi paras yang dibenarkan oleh undang-undang buat kali pertama di bawah teraju Datuk Seri Najib!<\/p>\n<p>10. Itu belum mengambil kira jumlah hutang GLC yang tidak digambarkan dalam Akaun Hutang Awam Negara yang jumlahnya adalah juga besar iaitu RM 184 billion.<br \/>Sebagian pinjaman ini telah dikelaskan sebagai\u00a0 CC minus. Jika jumlah ini diambil kira, kita telah lama melepasi tahap 55% dan dengan itu, keadaan adalah amat membimbangkan.<\/p>\n<p>11. Tujuan saya menulis kenyataan akhbar ini ialah supaya Kementerian Kewangan mengubah habit berbelanja Kerajaan Persekutuan sekarang.<br \/>Termasuk berbelanja\u00a0 besar melebihi kos sebenar, dari sekecil-kecil bil api tinggi menggila untuk kediaman PM sampailah pembelian kapal peronda dll, seperti dalam kes-kes dilaporkan oleh Ketua Audit Negara. <br \/>Kedua, terus\u00a0 berbelanja atas perkara-perkara yang tidak produktif seperti pembelian vesel dan kereta perisai baru dengan begitu mahal melebihi harga pasaran dan dibeli melalui pihak ketiga yang mendapat untung melangit.<\/p>\n<p>12. Semua perbelanjaan joli ini bersandarkan pinjaman KWSP yang merupakan wang amanah rakyat negara ini.<br \/>Perbelanjaan pruden boleh membantu hutang dikurangkan dan dengan sendirinya nilai wang KWSP yang dipinjamkan kepada Kerajaan menjadi lebih berharga.<\/p>\n<p>13. Jika tidak, KWSP hanya dijadikan tabung berharga murah untuk membantu Kerajaan Pusat berjoli atas wang rakyat!<br \/><strong><br \/>HUSAM HJ MUSA<br \/>NAIB PRESIDEN PAS<br \/>30 NOVEMBER 2011<\/strong><\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Saya tertarik dengan penjelasan mengenai pinjaman KWSP kepada Kerajaan Malaysia seperti kenyataan Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Dr. Awang Adek di Dewan Rakyat semalam. (The Star, m s 20 30 November 2011). 1. RM 79.4 billion &#8211;\u00a0 adalah jumlah pinjaman KWSP kepada Kerajaan Persekutuan &#8211; seperti disebut oleh Dr. Awang. Adakah angka ini tidak mengambil kira [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":0,"comment_status":"closed","ping_status":"closed","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"footnotes":""},"categories":[38],"tags":[],"better_featured_image":null,"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/7658"}],"collection":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=7658"}],"version-history":[{"count":0,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/7658\/revisions"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=7658"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=7658"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=7658"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}