{"id":7651,"date":"2011-11-30T02:11:11","date_gmt":"2011-11-29T18:11:11","guid":{"rendered":"http:\/\/buletinonline.net\/v7\/index.php\/2011\/11\/israel-tangguh-roboh-lalu-ke-al-aqsa-2\/"},"modified":"2011-11-30T02:11:11","modified_gmt":"2011-11-29T18:11:11","slug":"israel-tangguh-roboh-lalu-ke-al-aqsa-2","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/israel-tangguh-roboh-lalu-ke-al-aqsa-2\/","title":{"rendered":"Israel tangguh roboh lalu ke al-Aqsa"},"content":{"rendered":"<p><strong><img decoding=\"async\" src=\"https:\/\/lh5.googleusercontent.com\/-uRasv396Al4\/TtWQ0XMqoHI\/AAAAAAAABTU\/ADjkEm0ToNY\/s640\/laluan%252520ke%252520aqsa%252520assharifa.jpg\" border=\"0\" width=\"433\" height=\"292\" style=\"float: left; margin: 3px;\" \/>BAITULMAQDIS<\/strong> &#8211; Israel dilaporkan telah menangguhkan kerja-kerja merobohkan laluan ke Masjid Al-Aqsa di sini, berikutan kebimbangan meletusnya gelombang bantahan di Dunia Arab dan Islam.<\/p>\n<p>Sebuah stesen radio melaporkan, Perdana Menteri Benjamin Netanyahu mengambil keputusan tersebut bagi mengelakkan berlaku protes anti-Israel di Mesir ketika negara jirannya itu mengadakan pilihan raya Parlimen pertama kelmarin selepas kejatuhan rejim Hosni Mubarak.<\/p>\n<p>Majlis Bandaran Baitulmakdis pada 23 Oktober lalu melaporkan ia diarah merobohkan laluan berkenaan.<\/p>\n<p>Struktur kayu yang juga sebahagian daripada plaza yang menempatkan Masjid Al-Aqsa dan luar tembok kota lama itu telah lama menjadi punca pertelingkahan antara Majlis Bandaran Baitulmakdis dengan masyarakat Islam serta Yahudi.<\/p>\n<p>Laluan tersebut dibina dari tembok kota lama (tapak suci Yahudi), bersambung ke kawasan yang menempatkan Masjid Al-Aqsa, kawasan ketiga paling suci bagi umat Islam yang juga dikenali sebagai Haram Al-Sharif.<\/p>\n<p>Ia dibina pada 2004 sebagai laluan sementara selepas struktur sebelum ini roboh dan digunakan oleh pelawat bukan Islam serta tentera Israel memasuki kawasan kota lama.<\/p>\n<p>Operasi membaik pulih itu tertangguh empat tahun lalu berikutan satu gelombang bantahan di seluruh negara Islam berhubung kebimbangan kerja-kerja pembinaan itu mungkin membahayakan struktur terbabit.<\/p>\n<p>&#8216;Berdasarkan penilaian saya, memandangkan kini berlaku bantahan di Mesir&#8230;. sekarang bukan masanya (merobohkan laluan berkenaan),&#8217; kata Encik Netanyahu yang ditukil seorang pegawai pemerintah yang tidak mahu namanya disiarkan.<\/p>\n<p>Pegawai itu tidak mendedahkan bila kerja-kerja merobohkan laluan itu akan diteruskan semula.<\/p>\n<p>Jemaah Islam tidak menggunakan laluan itu bagi memasuki Masjid Aqsa tetapi menggunakan beberapa pintu masuk lain.<\/p>\n<p>Seorang pegawai kanan pihak yang terlibat bagi hal ehwal agama di kawasan Al-Haram Al-Sharif, Wakaf Muslim, Encik Abdul Azim Samhadana, berkata kerja pembaikan laluan itu disifatkan sebagai &#8216;satu serangan ke atas Al-Aqsa&#8217;.<\/p>\n<p>&#8216;Cara Israel memusnahkan laluan ini adalah satu tindakan provokatif dan ia mengganggu sentimen penganut Islam,&#8217; katanya.<\/p>\n<p>Kelmarin, Jordan mengecam tindakan Israel itu dan menyifatkan kerja-kerja pembaikan itu sebagai satu tindakan &#8216;sepihak&#8217;.<\/p>\n<p>Raja Jordan, Raja Abdullah II, telah menimbulkan isu itu semasa pertemuannya dengan Presiden Israel, Encik Shimon Peres, di Amman.<\/p>\n<p>Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan oleh pihak istana, Raja Abdullah II menggesa Israel agar &#8216;mengelakkan daripada mengambil tindakan yang boleh mengubah ciri-ciri Baitulmakdis atau menjejas tapak suci Islam dan Kristian di Kota Suci&#8217;. &#8212; AP.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>BAITULMAQDIS &#8211; Israel dilaporkan telah menangguhkan kerja-kerja merobohkan laluan ke Masjid Al-Aqsa di sini, berikutan kebimbangan meletusnya gelombang bantahan di Dunia Arab dan Islam. Sebuah stesen radio melaporkan, Perdana Menteri Benjamin Netanyahu mengambil keputusan tersebut bagi mengelakkan berlaku protes anti-Israel di Mesir ketika negara jirannya itu mengadakan pilihan raya Parlimen pertama kelmarin selepas kejatuhan rejim [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":0,"comment_status":"closed","ping_status":"closed","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"footnotes":""},"categories":[36],"tags":[],"better_featured_image":null,"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/7651"}],"collection":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=7651"}],"version-history":[{"count":0,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/7651\/revisions"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=7651"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=7651"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=7651"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}