{"id":7613,"date":"2011-11-27T12:26:49","date_gmt":"2011-11-27T04:26:49","guid":{"rendered":"http:\/\/buletinonline.net\/v7\/index.php\/2011\/11\/dap-bukan-ancaman-kepada-melayu-2\/"},"modified":"2011-11-27T12:26:49","modified_gmt":"2011-11-27T04:26:49","slug":"dap-bukan-ancaman-kepada-melayu-2","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/dap-bukan-ancaman-kepada-melayu-2\/","title":{"rendered":"DAP bukan ancaman kepada Melayu"},"content":{"rendered":"<p><img decoding=\"async\" src=\"https:\/\/lh3.googleusercontent.com\/-PBEKx6lksg8\/Svl_PEUFLOI\/AAAAAAAAATQ\/pEJ6dJ9tgRQ\/s640\/file7.jpg\" border=\"0\" width=\"366\" height=\"274\" style=\"float: left; margin: 3px;\" \/>Tindakan Muhyiddin Yassin untuk mempertahankan agenda perkauman UMNO dan  kenyataannya bahawa beliau adalah Melayu dahulu dan rakyat Malaysia  kemudian merupakan bukti bahawa 1Malaysia adalah slogan kosong yang  hanya bertujuan untuk mengaut undi dan akan dibuang selepas Pilihan Raya  Umum yang akan datang.<\/p>\n<p>Tindakan Muhyiddin Yassin untuk  mempertahankan agenda perkauman UMNO dan kenyataannya bahawa beliau  adalah Melayu dahulu dan rakyat Malaysia kemudian merupakan bukti bahawa  1Malaysia adalah slogan kosong yang hanya bertujuan untuk mengaut undi  dan akan dibuang selepas Pilihan Raya Umum yang akan datang.\u00a0 Yang lebih  mengejutkan, Muhyiddin tidak merasa bahawa tindakannya untuk  memperjuangkan agenda perkauman Melayu adalah bercanggah atau tidak  konsisten dengan agenda rakyat Malaysia bukan Melayu.<\/p>\n<p>Malah  Muhyiddin menggunakan logik yang tidak masuk akal bahawa  pemimpin DAP seperti Lim Kit Siang dan saya merupakan Cina cauvinis  walaupun DAP telah berjuang untuk semua rakyat Malaysia dan keahlian  parti kita terbuka kepada semua termasuk Melayu, India, Iban dan  Kadazan.\u00a0 Muhyiddin dengan mudah juga telah lupa bahawa saya telah  dipenjarakan dan kehilangan kerusi Parlimen kerana memperjuangkan nasib  seorang gadis Melayu bawah umur yang menjadi mangsa rogol.<\/p>\n<p><em>[Gambar &#8211; Lim Guan Eng menziarahi Presiden PAS, Dato&#8217; Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang, di Rusila tidak berapa lama dulu, turut hadir Pesuruhjaya PAS, Haji Mohd Abdul wahid Endut]<\/em><\/p>\n<p>DAP  bukan ancaman kepada orang Melayu.\u00a0 Hanya UMNO yang menjadi ancaman  bukan sahaja kepada orang Melayu tetapi rakyat Malaysia dengan sikapnya  yang menggunakan serta mempertahankan pelanggaran hak asasi manusia,  rasuah dan penyalahgunaan kuasa.<\/p>\n<p>Dengan menanam rasa takut serta  menggunakan ugutan, UMNO mengkaburkan mata rakyat daripada  skandal-skandal kewangan dan rasuah yang telah mengakibatkan kehilangan  beratus-ratus bilion ringgit, seperti:<\/p>\n<p>Pendedahan terkini Laporan  Ketua Audit Negara 2010 tentang jabatan-jabatan kerajaan yang telah  terlebih belanja sebanyak RM3.7 bilion tanpa apa-apa hukuman dikenakan;  dan<\/p>\n<p>Kontroversi di mana dana awam yang telah diberikan kepada  sebuah syarikat yang berkaitan dengan seorang Menteri telah digunakan  bukan untuk tujuan yang sepatutnya, iaitu untuk penternakan lembu,  tetapi sebaliknya telah digunakan untuk pembelian dua kondominium mewah.<\/p>\n<p>Selama  ini UMNO telah menggunakan taktik kejam untuk menipu dan menanam  perasaan takut di kalangan orang Melayu, kononnya DAP menjadi pengancam  kepada hak dan kepentingan mereka.\u00a0 Ini langsung tidak berasas kerana  perkhidmatan awam, polis dan tentera semuanya dikawal Melayu.\u00a0 Manakala  sektor-sektor kritikal dalam ekonomi seperti insuran, perbankan,  industri automobil, pelabuhan dan lebuhraya semuanya juga dikawal oleh  usahawan-usahawan atau syarikat-syarikat Melayu.<\/p>\n<p>Dalam politik  pula, Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri merupakan orang  Melayu.\u00a0 Semua Menteri-menteri Besar dan Ketua-ketua Menteri juga Melayu  kecuali di Pulau Pinang.\u00a0 Tidak pernah ada seorang pun pemimpin bukan  Melayu yang bercita-cita menjadi Perdana Menteri kerana rakyat Malaysia  menerima realiti politik di mana Perdana Menteri Malaysia seharusnya  berbangsa Melayu.\u00a0 Oleh itu, ura-ura untuk meminda Perlembagaan  Persekutuan untuk membenarkan orang Melayu sahaja untuk menjadi Perdana  Menteri bukan sahaja tidak diperlukan, malah bersifat perkauman kerana  menganggap rakyat bukan Melayu sebagai rakyat kelas kedua.<\/p>\n<p>Jawatan  politik tertinggi yang boleh disandang bukan Melayu sekarang adalah  setakat Menteri Persekutuan dan juga Ketua Menteri Pulau Pinang.\u00a0 Malah  jawatan Ketua Menteri Pulau Pinang, satu-satunya jawatan yang dipegang  bukan Melayu, mungkin akan jatuh ke tangan UMNO kerana UMNO bertanding  kerusi yang paling banyak di kalangan parti-parti komponen BN di Pulau  Pinang.\u00a0 Daripada 40 kerusi DUN di Pulau Pinang, UMNO bertanding 15,  Gerakan 13, MCA 10 dan MIC 2.\u00a0 Kalau BN membentukkan kerajaan dan selagi  UMNO bertanding kerusi yang paling banyak, mana-mana Ketua Menteri BN  akan menjadi boneka UMNO sampailah seorang calon UMNO menjadi Ketua  Menteri.<\/p>\n<p>Walaupun masyarakat Melayu mempunyai kawalan yang hebat  dalam sektor-sektor politik, awam dan swasta, DAP tidak pernah pun  menggunakan isu-isu itu untuk menakutkan rakyat bukan Melayu.\u00a0 DAP tidak  pernah berlaku begitu kerana kita menganggap semua orang Melayu  mempunyai hak dan peluang yang sama dengan rakyat Malaysia yang lain  dalam sektor-sektor tersebut.\u00a0 Ini jelas dibuktikan apabila 70% daripada  kontrak Kerajaan Negeri Pulau Pinang telah dimenangi oleh kontrak  Melayu, lantas membuktikan bahawa kontraktor Melayu mampu berdaya saing.  Hanya kontraktor kroni UMNO sahaja yang tidak mampu bersaing.<\/p>\n<p>Tambahan  pula, Kerajaan Negeri Pulau Pinang telah melantik penjawat-penjawat  awam yang tertinggi berdasarkan kebolehan mereka.\u00a0 Secara kebetulan  mereka juga Melayu, dan ini termasuk Setiausaha Kerajaan Negeri, Pegawai  Kewangan Negeri dan juga YDP-YDP kedua-dua Majlis Perbandaran di Pulau  Pinang dan Seberang Perai (yang juga merupakan YDP-YDP wanita yang  pertama dilantik).<\/p>\n<p>Sudah  tiba masa untuk menolak dasar perkauman UMNO.\u00a0 Orang Melayu tidak lemah  dan tidak perlu kepada parti yang rasuah dan rasis seperti UMNO untuk  mempertahankan mereka. Sudah tiba masa untuk kita bersatu atas  dasar-dasar bersama seperti keadilan, kebenaran, kebebasan, kebajikan  awam dan demokrasi.<\/p>\n<p>UMNO sudah pun melenyapkan masa depan  generasi saya selama 50 tahun.\u00a0 Kita tidak boleh membenarkan UMNO untuk  mencuri masa depan anak-anak kita.\u00a0 Hanya sebuah kerajaan berjiwa rakyat  di bawah kerangka Malaysia yang ditawarkan Pakatan Rakyat boleh  menjamin masa depan yang terang untuk anak-anak kita.<br \/><strong><br \/>*Kenyataan media oleh Lim Guan Eng (gambar atas) selaku Setiausaha Agung DAP dan Ahli Parlimen Bagan.<\/strong><br \/><em><\/em><\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Tindakan Muhyiddin Yassin untuk mempertahankan agenda perkauman UMNO dan kenyataannya bahawa beliau adalah Melayu dahulu dan rakyat Malaysia kemudian merupakan bukti bahawa 1Malaysia adalah slogan kosong yang hanya bertujuan untuk mengaut undi dan akan dibuang selepas Pilihan Raya Umum yang akan datang. Tindakan Muhyiddin Yassin untuk mempertahankan agenda perkauman UMNO dan kenyataannya bahawa beliau adalah [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":0,"comment_status":"closed","ping_status":"closed","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"footnotes":""},"categories":[38],"tags":[],"better_featured_image":null,"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/7613"}],"collection":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=7613"}],"version-history":[{"count":0,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/7613\/revisions"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=7613"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=7613"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=7613"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}