{"id":7612,"date":"2011-11-28T10:34:02","date_gmt":"2011-11-28T02:34:02","guid":{"rendered":"http:\/\/buletinonline.net\/v7\/index.php\/2011\/11\/pentadbiran-najib-kelam-kabut\/"},"modified":"2011-11-28T10:34:02","modified_gmt":"2011-11-28T02:34:02","slug":"pentadbiran-najib-kelam-kabut","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/pentadbiran-najib-kelam-kabut\/","title":{"rendered":"Pentadbiran Najib kelam kabut"},"content":{"rendered":"<p><img decoding=\"async\" src=\"https:\/\/malaysianinsider-malaysiakini.worldheritage.com.my\/wp-content\/plugins\/RSSPoster_PRO\/cache\/4008b_a60149c17d48950f3365fc84b429410b.jpg\" border=\"0\" width=\"330\" height=\"220\" style=\"float: left; margin: 3px;\" \/>Dewan  Pemuda PAS Malaysia (DPP Malaysia ) menganggap pindaan yang sedang  dibuat terhadap Rang Undang-Undang Perhimpunan Aman 2011 oleh  pentadbiran Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sekarang  menunjukkan mereka sendiri dalam keadaan kelam kabut dan tidak bersedia  sepenuhnya.<\/p>\n<p>DPP Malaysia merasa hairan mengapa  tiba-tiba PM mahu Rang Undang-Undang Perhimpunan Aman 2011 dipinda  sedangkan ianya sedang dibahaskan di Parlimen. Adakah PM tidak mendapat  maklumat yang menyeluruh sebelum ini ataupun beliau sedang disabotaj  oleh pemimpin bawahannya agar rakyat bangkit menentang beliau  sebagaimana yang berlaku terhadap penangkapan ISA yang terbaru. Adakah  ada usaha terancang di peringkat dalaman bagi memburukkan imej beliau di  mata rakyat?<\/p>\n<p>DPP Malaysia meyakini pindaan ini dibuat  ekoran bantahan pelbagai pihak, daripada Pakatan Rakyat sehinggalah  NGO-NGO. Meskipun beberapa pindaan dibuat terhadap RUU ini seperti notis  pemakluman polis daripada 30 hari kepada 10 hari, rakyat masih tidak  berpuashati kerana ianya masih terikat di bawah kuasa penuh PDRM yang  boleh melulus atau membatalkan sesuatu himpunan aman. Realiti yang  berlaku, jarang sekali perhimpunan aman diberikan permit polis, apatah  lagi ianya dianjurkan oleh pembangkang. Justeru Akta Perhimpunan Aman  2011 menjustifikasikan kuasa polis sebagai penghalang hak rakyat untuk  berhimpun.<\/p>\n<p>Oleh itu, DPP Malaysia menasihatkan PM  agar membaca dulu RUU Perhimpunan Aman dengan tenang serta mendengar  pendapat awam sebelum ia dibahaskan di Parlimen. PM perlu melihat  implikasi buruk disebalik RUU dengan mengambil kira kepentingan rakyat.  Sikap terburu-buru beliau amat memalukan bagi sebuah negara dan rakyat  di negara ini dan DPP Malaysia khuatir segala gerak langkah beliau  menjadi gelak ketawa rakyat yang melihat ketidakbijaksaan pentadbiran  beliau dalam menangani sesuatu isu.<\/p>\n<p>Demi kemaslahatan rakyat di negara ini,  DPP Malaysia mendesak agar kerajaan membatalkan terus RUU Akta  Perhimpunan Aman dari dibacakan dan diluluskan di Parlimen. Pindaan yang  dibuat bukan boleh mengurangkan ketegangan, malah menambah kemarahan  rakyat seluruh peringkat. Jangan pula nantinya, kerana menjaga  \u2018keselamatan\u2019 diri, PM dan kerajaan BN memusuhi seluruh rakyat jelata  yang meluat dengan segala macam polisi yang menjerut hak rakyat.<\/p>\n<p><strong>RIDUAN MOHD NOR<br \/>Ketua Penerangan<br \/>Dewan Pemuda PAS Malaysia <\/strong><\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPP Malaysia ) menganggap pindaan yang sedang dibuat terhadap Rang Undang-Undang Perhimpunan Aman 2011 oleh pentadbiran Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sekarang menunjukkan mereka sendiri dalam keadaan kelam kabut dan tidak bersedia sepenuhnya. DPP Malaysia merasa hairan mengapa tiba-tiba PM mahu Rang Undang-Undang Perhimpunan Aman 2011 dipinda sedangkan ianya [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":0,"comment_status":"closed","ping_status":"closed","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"footnotes":""},"categories":[38],"tags":[],"better_featured_image":null,"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/7612"}],"collection":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=7612"}],"version-history":[{"count":0,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/7612\/revisions"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=7612"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=7612"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=7612"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}