{"id":7585,"date":"2011-11-25T17:32:25","date_gmt":"2011-11-25T09:32:25","guid":{"rendered":"http:\/\/buletinonline.net\/v7\/index.php\/2011\/11\/tindakan-mahkamah-sekat-rang-undang-undang-perhimpunan-aman-2\/"},"modified":"2011-11-25T17:32:25","modified_gmt":"2011-11-25T09:32:25","slug":"tindakan-mahkamah-sekat-rang-undang-undang-perhimpunan-aman-2","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/tindakan-mahkamah-sekat-rang-undang-undang-perhimpunan-aman-2\/","title":{"rendered":"Tindakan mahkamah sekat Rang Undang-Undang Perhimpunan Aman"},"content":{"rendered":"<p><img decoding=\"async\" src=\"https:\/\/media.themalaysianinsider.com\/images\/uploads\/mugshots\/dzulkeflyahmad400px.jpg\" border=\"0\" width=\"330\" height=\"220\" style=\"float: right;\" \/>PAS akan mengambil tindakan mahkamah untuk menyekat Rang  Undang-Undang Perhimpunan Aman 2011 yang dibentangkan bagi bacaan kali  kedua di Dewan Rakyat, semalam.<\/p>\n<p>Peguam parti itu Mohamed Hanipa Maidin berkata, beliau akan mewakili  PAS minggu depan untuk memohon perintah mahkamah berhubung perkara  tersebut.<\/p>\n<p>Rang undang-undang itu telah dibentangkan untuk bacaan kali kedua semalam dan Dewan Rakyat akan membahaskannya minggu depan.<\/p>\n<p>\u201cKita tidak akan tunggu rang undang-undang ini diluluskan menjadi  undang-undang baru kita cabar. Kita akan mengambil tindakan mahkamah  untuk proses rang undang-undang ini menjadi undang-undang,\u201d kata beliau  pada sidang media di sini hari ini.<\/p>\n<p>Dipetik Harakahdaily, Hanipa yang juga ahli jawatankuasa PAS Pusat  berkata, tindakan mahkamah itu adalah berasas kerana kerajaan tidak  mempunayi kuasa untuk menggubal RUU mengikut pandangan mereka sahaja.<\/p>\n<p>\u201cKuasa kerajaan di bawah Perlembagaan Negara. Jadi kalau mereka  melangkaui perlembagaan, kita berhak mengambil tindakan mahkamah,\u201d  katanya.<\/p>\n<p>Menurut beliau, ada perkara dalam rang undang-undang itu yang akan  dibahaskan minggu hadapan itu melanggar Perkara 10 (1) (b) iaitu hak  untuk berhimpun.<\/p>\n<p>\u201cAda beberapa peruntukan dalam rang undang-undang ini tidak boleh  dilaksanakan langsung. Sebagai contoh kerajaan kata 30 hari untuk beri  notis berhimpun. Maksudnya kalau kena beri notis begitu, rakyat telah  dihalang (untuk berhimpun).<\/p>\n<p>\u201cBegitu juga kanak-kanak bawah 15 tahun tidak boleh menyertai  himpunan, sedangkan kanak-kanak juga ialah rakyat. Contoh kalau ada  sekolah dirobohkan dan kanak-kanak ini berhimpun, dalam rang  undang-undang ini kata tak boleh tapi dalam perlembagaan boleh. Jadi  rang undang-undang ini bercanggah dengan perlembagaan,\u201d jelas beliau.<\/p>\n<p>Turut hadir sidang media itu ialah Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu  dan dua orang ahli jawatankuasa PAS Pusat iaitu Dr. Dzulkefly Ahmad dan  Dr. Hatta Ramli.<\/p>\n<p>Sementara itu, Dzulkefly berkata, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib  Razak berada dalam keadaan tertekan dan berusaha menunjukkan kepada  rakyat bahawa beliau sedang melakukan reformasi dalam demokrasi.<\/p>\n<p>Namun katanya, segala tindakan Najib selepas pengumuman beliau pada  15 September lalu untuk memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA)  ternyata bercanggah.<\/p>\n<p>\u201cKita melihat pemerintahan Najib yang berada dalam tekanan dan dan  beliau mewujudkan tanggapan oleh rakyat bahawa beliau komited untuk  memulihkan demokrasi.<\/p>\n<p>\u201cTapi sebaliknya beliau menunjukkan tindakan yang kontra dengan apa  yang dikatakan,\u201d kata beliau yang juga Ahli Parlimen Kuala Selangor.- MalaysianInsider<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>PAS akan mengambil tindakan mahkamah untuk menyekat Rang Undang-Undang Perhimpunan Aman 2011 yang dibentangkan bagi bacaan kali kedua di Dewan Rakyat, semalam. Peguam parti itu Mohamed Hanipa Maidin berkata, beliau akan mewakili PAS minggu depan untuk memohon perintah mahkamah berhubung perkara tersebut. Rang undang-undang itu telah dibentangkan untuk bacaan kali kedua semalam dan Dewan Rakyat [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":0,"comment_status":"closed","ping_status":"closed","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"footnotes":""},"categories":[31],"tags":[],"better_featured_image":null,"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/7585"}],"collection":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=7585"}],"version-history":[{"count":0,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/7585\/revisions"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=7585"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=7585"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=7585"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}