{"id":7574,"date":"2011-11-25T14:07:15","date_gmt":"2011-11-25T06:07:15","guid":{"rendered":"http:\/\/buletinonline.net\/v7\/index.php\/2011\/11\/kebngkitan-rakyat-yaman-pemimpin-arab-keempat-hilang-kuasa\/"},"modified":"2011-11-25T14:07:15","modified_gmt":"2011-11-25T06:07:15","slug":"kebngkitan-rakyat-yaman-pemimpin-arab-keempat-hilang-kuasa","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/kebngkitan-rakyat-yaman-pemimpin-arab-keempat-hilang-kuasa\/","title":{"rendered":"Kebangkitan rakyat Yaman; Pemimpin Arab keempat hilang kuasa"},"content":{"rendered":"<p><span class=\"content\"><\/p>\n<p><img decoding=\"async\" src=\"https:\/\/foreignpolicyblogs.com\/wp-content\/uploads\/AliAbdullahSaleh_1854227c.jpg\" border=\"0\" width=\"335\" height=\"209\" style=\"float: right;\" \/>SANAA: Pemimpin autokratik Yaman, Presiden Ali  Abdullah Saleh, bersetuju meletak jawatan selepas berlakunya demonstrasi  sejak beberapa bulan lalu terhadap pemerintahannya selama 33 tahun di  negara itu.<\/p>\n<p><\/span> <span class=\"content\"><\/p>\n<p>Langkah beliau itu melegakan hati  para pemimpin Amerika Syarikat dan negara sekutunya di kawasan Teluk,  yang bimbang keruntuhan kawalan keselamatan di Yaman membolehkan  kumpulan cabang Al-Qaeda meningkatkan operasinya di negara tersebut.<\/p>\n<p><\/span> <span class=\"content\"><\/p>\n<p>Encik Saleh, lewat kelmarin, menjadi  pemimpin Arab keempat yang kehilangan kuasanya berikutan gelombang  gerakan pembebasan &#8216;Arab Spring&#8217; tahun ini, yang senasib dengan para  pemimpin diktator lain di Tunisia, Mesir dan Libya.<\/p>\n<p><\/span> <span class=\"content\"><\/p>\n<p>Namun, perjanjian peralihan kuasa  yang ditandatangani <span class=\"content\">Ali  Abdullah Saleh<\/span> di Riyadh, Arab Saudi, itu juga  memberikan beliau kekebalan (imuniti)daripada didakwa dan tidak secara jelas  melarang beliau daripada sekitaran politik negara itu &#8211; menimbulkan  keraguan sama ada ia mampu menangani banyak masalah yang dihadapi Yaman.<\/p>\n<p><\/span> <span class=\"content\"><\/p>\n<p>Perjanjian itu juga dilihat membuka jalan kepada apa yang disifatkan sebagai satu perebutan kuasa yang bercelaru.<\/p>\n<p><\/span> <span class=\"content\"><\/p>\n<p>Antara mereka yang mungkin  beraspirasi untuk mengambil alih kuasa termasuk anak lelaki Encik Saleh  dan anak saudara lelakinya, yang memimpin unit tentera Yaman; para  pemimpin puak yang berkuasa; dan komander sebuah batalion tentera Yaman  yang sudah berpaling tadah.<\/p>\n<p><\/span> <span class=\"content\"><\/p>\n<p>Encik Saleh berdegil mahu terus  berkuasa walaupun menghadapi demonstrasi jalanan hampir 10 bulan  lamanya, apabila ratusan orang dibunuh oleh pasukan tentera beliau.<\/p>\n<p><\/span> <span class=\"content\"><\/p>\n<p>Pada satu ketika, istana bekas Presiden yaman itu dibom dan beliau, yang cedera akibat serangan itu, terpaksa dirawat di Arab Saudi.<\/p>\n<p><\/span> <span class=\"content\"><\/p>\n<p>Apabila beliau akhirnya  menandatangani perjanjian berundur daripada tampuk kekuasaannya, beliau  melakukannya di Riyadh, selepas kebanyakan sekutunya meninggalkan beliau  dan menyertai pihak pembangkang.<\/p>\n<p><\/span> <span class=\"content\"><\/p>\n<p>Segak berpakaian sut niaga serba  gelap dan duduk di sebelah Raja Abdullah, Ali Abdullah Saleh tersenyum apabila  beliau menandatangani perjanjian yang dilakar dan diusahakan oleh negara  jiran Teluk Arab, yang disokong Amerika, untuk mengalihkan kuasanya  dalam masa 30 hari kepada naib presidennya, Encik Abed Rabbo Mansour  Hadi.<\/p>\n<p><\/span> <span class=\"content\"><\/p>\n<p>Beliau kemudian bertepuk tangan beberapa kali.<\/p>\n<p><\/span> <span class=\"content\"><\/p>\n<p>&#8216;Yang penting bukan tandatangan ini,&#8217; katanya selepas menandatangani perjanjian tersebut.<\/p>\n<p><\/span> <span class=\"content\"><\/p>\n<p>&#8216;Apa yang penting ialah hasrat yang  baik dan dedikasi terhadap usaha serius, taat ke arah penyertaan dalam  membina semula apa yang dimusnahkan oleh krisis ini sejak 10 bulan  lalu,&#8217; jelasnya.<\/p>\n<p><\/span> <span class=\"content\"><\/p>\n<p>Beliau pernah bersetuju  menandatangani perjanjian itu tiga kali sebelum ini, tetapi setiap kali  mengundur diri pada detik-detik terakhir apabila tiba masanya untuk  berbuat demikian.<\/p>\n<p><\/span> <span class=\"content\"><\/p>\n<p>Peralihan kuasa itu akan diikuti  oleh satu pilihan raya presiden dalam masa 90 hari. Sebuah pemerintah  penyatuan kebangsaan akan mentadbir Yaman dalam tempoh peralihan selama  dua tahun.<\/p>\n<p><\/span> <span class=\"content\"><\/p>\n<p>Perjanjian itu bagaimanapun gagal  memenuhi permintaan puluhan ribu pembantah yang menggesa diadakan  pembaharuan demokratik di negara itu.<\/p>\n<p><\/span> <span class=\"content\"><\/p>\n<p>Para pembantah yang berkhemah di ibu  kota Sanaa dengan segera menolak perjanjian itu sambil meneriak: &#8216;Tiada  keimunan bagi pembunuh itu!&#8217;, sambil berikrar akan terus memprotes.<\/p>\n<p><\/span> <span class=\"content\"><\/p>\n<p>Presiden Barack Obama mengalu-alukan  keputusan itu, sambil berkata pihak Amerika akan berpihak kepada rakyat  Yaman &#8216;sedang mereka memulakan peralihan bersejarah ini&#8217;.<\/p>\n<p><\/span> <span class=\"content\"><\/p>\n<p>Raja Abdullah juga memuji langkah Ali Abdullah Saleh itu sambil memberitahu rakyat Yaman bahawa rancangan itu  akan &#8216;membuka lembaran baru dalam sejarah anda&#8217; dan membuka jalan ke  arah meningkatkan kebebasan dan kemewahan di negara itu. &#8212; Agensi.<\/p>\n<p><\/span><\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>SANAA: Pemimpin autokratik Yaman, Presiden Ali Abdullah Saleh, bersetuju meletak jawatan selepas berlakunya demonstrasi sejak beberapa bulan lalu terhadap pemerintahannya selama 33 tahun di negara itu. Langkah beliau itu melegakan hati para pemimpin Amerika Syarikat dan negara sekutunya di kawasan Teluk, yang bimbang keruntuhan kawalan keselamatan di Yaman membolehkan kumpulan cabang Al-Qaeda meningkatkan operasinya di [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":0,"comment_status":"closed","ping_status":"closed","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"footnotes":""},"categories":[36],"tags":[],"better_featured_image":null,"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/7574"}],"collection":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=7574"}],"version-history":[{"count":0,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/7574\/revisions"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=7574"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=7574"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=7574"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}