{"id":7568,"date":"2011-11-24T17:36:30","date_gmt":"2011-11-24T09:36:30","guid":{"rendered":"http:\/\/buletinonline.net\/v7\/index.php\/2011\/11\/pemerintah-baru-libya-mewakili-seluruh-rakyat\/"},"modified":"2011-11-24T17:36:30","modified_gmt":"2011-11-24T09:36:30","slug":"pemerintah-baru-libya-mewakili-seluruh-rakyat","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/pemerintah-baru-libya-mewakili-seluruh-rakyat\/","title":{"rendered":"Pemerintah baru Libya mewakili seluruh rakyat"},"content":{"rendered":"<p><span class=\"content\"><\/p>\n<p><img decoding=\"async\" src=\"https:\/\/globalciviliansforpeace.files.wordpress.com\/2011\/11\/abdurrahim-el-keib.png?w=300&amp;h=216\" border=\"0\" width=\"299\" height=\"216\" style=\"float: right;\" \/>TRIPOLI &#8211; Majlis Peralihan Kebangsaan (NTC)  Libya telah menamakan pemerintah baru, kelmarin, dengan beberapa pegawai  mapan digugurkan bagi memberi laluan kepada penjawat yang mampu  mengurangkan persaingan antara puak.<\/p>\n<p><\/span> <span class=\"content\"><\/p>\n<p>Tiga bulan setelah pemerintahan 42  tahun Gaddafi ditumbangkan, pihak NTC menghadapi tugas sukar membentuk  pemerintah yang akan menyatukan kepentingan wilayah dan ideologi dengan  persaingan antara kedua-duanya mengancam kestabilan rapuh negara itu.<\/p>\n<p><\/span> <span class=\"content\"><\/p>\n<p>&#8216;Seluruh Libya diwakili,&#8217; kata  Perdana Menteri, Encik Abdurrahim El-Keib, (gambar) dalam satu sidang media bagi  memperkenalkan barisan menteri.<\/p>\n<p><\/span> <span class=\"content\"><\/p>\n<p>Negara-negara Barat yang menyokong  pemberontakan menentang Gaddafi dan mempunyai taruhan besar dalam  melihat penggantinya berjaya, mengalu-alukan pemerintah baru itu sambil  berkata bahawa ia akan memimpin negara pengeksport minyak itu ke arah  demokrasi.<\/p>\n<p><\/span> <span class=\"content\"><\/p>\n<p>Pihak NTC, kelihatan lebih  mengutamakan mereka yang mempunyai pengaruh di wilayah lebih daripada  mereka yang berpengalaman atau memiliki rekod pencapaian baik, menjadi  menteri.<\/p>\n<p><\/span> <span class=\"content\"><\/p>\n<p>Para diplomat asing menjangkakan  jawatan Menteri Luar akan diberikan kepada Timbalan Duta Libya ke  Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Encik Ibrahim Dabbashi, seorang  duta yang dihormati.<\/p>\n<p><\/span> <span class=\"content\"><\/p>\n<p>Namun, jawatan itu diberikan kepada  Encik Ashour Bin Hayal, seorang diplomat yang tidak dikenali dari bandar  Derna di timur Libya, yang lama menjadi salah satu kubu kuat  anti-Gaddafi.<\/p>\n<p><\/span> <span class=\"content\"><\/p>\n<p>Sementara itu, Encik Hassan Ziglam,  seorang eksekutif industri minyak, dinamakan sebagai Menteri Kewangan  dan Encik Abdulrahman Ben Yezza, mantan eksekutif dengan syarikat minyak  Italy utama, ENI, menjawat Menteri Minyak.<\/p>\n<p><\/span> <span class=\"content\"><\/p>\n<p>Kabinet baru itu turut melihat Encik Osama Al-Juwali menjawat Menteri Pertahanan.<\/p>\n<p><\/span> <span class=\"content\"><\/p>\n<p>Jurucakap bagi ketua dasar luar  Kesatuan Eropah (EU), Cik Catherine Ashton, berkata bahawa EU yakin  pemerintah sementara yang berkuasa kini akan membolehkan Libya memulakan  peralihan politik.<\/p>\n<p><\/span> <span class=\"content\"><\/p>\n<p>Dalam satu langkah simbolik, bagi  masyarakat Islam yang konservatif, kabinet baru Libya turut melantik dua  menteri wanita, yang akan mengetuai Kementerian Kesihatan dan  Kementerian Ehwal Sosial.<\/p>\n<p><\/span> <span class=\"content\"><\/p>\n<p>Menurut Encik El-Keib, pelantikan itu menunjukkan bahawa kaum wanita menikmati kesaksamaan seperti sebelum ini. &#8212; Reuters.<\/p>\n<p><\/span><\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>TRIPOLI &#8211; Majlis Peralihan Kebangsaan (NTC) Libya telah menamakan pemerintah baru, kelmarin, dengan beberapa pegawai mapan digugurkan bagi memberi laluan kepada penjawat yang mampu mengurangkan persaingan antara puak. Tiga bulan setelah pemerintahan 42 tahun Gaddafi ditumbangkan, pihak NTC menghadapi tugas sukar membentuk pemerintah yang akan menyatukan kepentingan wilayah dan ideologi dengan persaingan antara kedua-duanya mengancam [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":0,"comment_status":"closed","ping_status":"closed","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"footnotes":""},"categories":[36],"tags":[],"better_featured_image":null,"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/7568"}],"collection":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=7568"}],"version-history":[{"count":0,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/7568\/revisions"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=7568"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=7568"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=7568"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}