{"id":7567,"date":"2011-11-23T15:58:19","date_gmt":"2011-11-23T07:58:19","guid":{"rendered":"http:\/\/buletinonline.net\/v7\/index.php\/2011\/11\/umno-dan-bn-pelakon-strategik-di-layar-politik-2\/"},"modified":"2011-11-23T15:58:19","modified_gmt":"2011-11-23T07:58:19","slug":"umno-dan-bn-pelakon-strategik-di-layar-politik-2","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/umno-dan-bn-pelakon-strategik-di-layar-politik-2\/","title":{"rendered":"Umno dan BN &#8216;pelakon strategik di layar politik&#8217;"},"content":{"rendered":"<p><img decoding=\"async\" src=\"https:\/\/lh4.googleusercontent.com\/-phrTpPwBVu4\/Ts0aCYa9MZI\/AAAAAAAAHzQ\/GvLqzDRrPJ4\/s420\/cny2.jpg\" border=\"0\" width=\"318\" height=\"232\" style=\"float: right;\" \/>Rakyat   semakin keliru dan kian sangsi terhadap komitmen kerajaan UMNO  dan BN   dalam membawa agenda transformasi. Segalanya dilihat sebagai  &#8220;lakonan   strategik&#8221; di layar politik tanahair setelah satu demi satu  komitmen   UMNO dan BN terungkai dalam usaha janji mereka kononnya mahu  melakukan   perubahan di dalam negara tercinta.<\/p>\n<p> Bermula dengan sikap flip  &#8211;  flop mereka tehadap dasar PPSMI setelah  mereka memberi komitmen  mahu  memansukhkannya dan diikuti pula dengan  ISA. Masih panas dicuping   telinga rakyat, kenyataan YAB Perdana Menteri  yang memberi harapan   kepada mereka untuk memansukhkan ISA, namun tidak  lama kemudian 13   orang ditangkap di bawah ISA.<\/p>\n<p> Kini Himpunan Aman pula diikat   dengan pelbagai peraturan yang  menggerunkan. Kononnya mereka   membenarkan Himpunan Aman, sebaliknya  segala peraturan yang ditetapkan   seperti menutup ruang himpunan tersebut  boleh diadakan malah dilihat   lebih keras dari peraturan yang sedia  termaktub dalam Akta Polis. Jika   sebelum ini denda RM 2K kini telah  meningkat kepada 20K.<\/p>\n<p> Pula   disyaratkan notis 30 hari sebelum himpunan diadakan, tidak boleh    diadakan di jalan raya dan mesti di luar 50 meter dari rumah ibadah.    Segala peraturan dan syarat ini seperti mereka tidak mahu himpunan aman    diadakan. Sedangkan himpunan tersebut, jika sifatnya aman, kenapa  tidak   dibenarkan penganjuran himpunan tersebut sekalipun di  perkarangan  masjid  dan di jalan raya.<\/p>\n<p> Sebagai contoh, jika  timbul isu yang  melibatkan kepentingan agama  Islam seperti penghinaan  terhadap agama,  isu aqidah dan seumpamanya,  sudah tentu bermula dari  mimbar khutbah  sehinggalah perkarangan masjid  menjadi lokasi himpunan  yang paling  starategik dan berkesan, justeru  tujuan himpunan aman  dianjurkan adalah  untuk memberi maklumat,  mencetuskan kesedaran,  menyatukan suara dan  tindakan. Demikian juga  himpunan aman yang  memerlukan perarakan dari  satu destinasi ke satu  destinasi yang lain  untuk menarik perhatian umum  terhadap mesej yang  dibawa oleh penganjur  jelas memerlukan jalanraya.<\/p>\n<p> Isu yang berlaku terkadang perlu  ditangani segera. Apa rasionalnya   apabila terpaksa menunggu 30 hari  selepas notis, baru lah himpunan aman   itu \u00a0boleh dilangsungkan kerana  disyaratkan notis himpunan tersebut   mestilah 30 hari sebelum.  Peraturan ini tidak menepati aspirasi   penganjuran himpunan aman. Kita  bukan berhimpun untuk konsert hiburan   yang membolehkan kita bersiap  awal. Penganjuran konsert, usahkan 30   hari, 3 bulan sebelum pun tidak  mengapa. Tetapi ini adalah himpunan aman   yang banyak keadaannya  bersifat respon balas terhadap sesuatu isu   semasa yang timbul dan  perlu tindakan pantas. Contoh mudah, hari ini   orang hina agama anda,  apakah anda perlu menunggu 30 hari untuk   menyatakan bantahan terhadap  penghinaan tersebut ?<\/p>\n<p> Jika sifat  himpunan itu aman, maka apa  yang diperlukan ialah kawalan  keselamatan  oleh pihak polis pada hari  peristiwa atau himpunan itu  dianjurkan tanpa  perlu pihak polis  melancarkan sebarang provokasi  seperti menggunakan  gas pemedih mata  dan water canon. Sebagaimana yang  dilakukan ke atas  himpunan aman  citra warna, perarakan maulidur rasul,  perarakan hari  kebangsaan atau  sambutan hari kemerdekaan negara serta  lainnya. Semua  himpunan besar  itu memerlukan lokasi seperti perkarangan  masjid dan  jalanraya.<\/p>\n<p> Saya melihat, disebalik tabir slogan transformasi  yang diledakkan   oleh UMNO dan BN, mereka secara strategik sedang  merangka satu tindakan   untuk lebih mencengkam kuasa ke atas rakyat  sekaligus membohongi  rakyat  dengan pelbagai komitmen kononnya ke arah  perubahan tetapi  perubahan  yang dimaksudkan ialah perubahan yang lebih  mengukuhkan  cengkaman,  menyempitkan ruang demokrasi, mengeraskan  hukuman ke atas  rakyat.<br \/> <strong><br \/> ***Kenyataan Media Nasrudin bin Hassan, Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia<\/strong><\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Rakyat semakin keliru dan kian sangsi terhadap komitmen kerajaan UMNO dan BN dalam membawa agenda transformasi. Segalanya dilihat sebagai &#8220;lakonan strategik&#8221; di layar politik tanahair setelah satu demi satu komitmen UMNO dan BN terungkai dalam usaha janji mereka kononnya mahu melakukan perubahan di dalam negara tercinta. Bermula dengan sikap flip &#8211; flop mereka tehadap dasar [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":0,"comment_status":"closed","ping_status":"closed","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"footnotes":""},"categories":[32],"tags":[],"better_featured_image":null,"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/7567"}],"collection":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=7567"}],"version-history":[{"count":0,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/7567\/revisions"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=7567"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=7567"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=7567"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}