{"id":7554,"date":"2011-11-22T23:17:30","date_gmt":"2011-11-22T15:17:30","guid":{"rendered":"http:\/\/buletinonline.net\/v7\/index.php\/2011\/11\/as-britain-canada-umum-sekatan-baru-atas-iran\/"},"modified":"2011-11-22T23:17:30","modified_gmt":"2011-11-22T15:17:30","slug":"as-britain-canada-umum-sekatan-baru-atas-iran","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/as-britain-canada-umum-sekatan-baru-atas-iran\/","title":{"rendered":"AS, Britain, Canada umum sekatan baru atas Iran"},"content":{"rendered":"<p><span class=\"content\"><\/p>\n<p><img decoding=\"async\" src=\"https:\/\/www.iranreview.org\/file\/cms\/files\/81%283%29.jpg\" border=\"0\" width=\"300\" height=\"225\" style=\"float: left;\" \/>WASHINGTON: Amerika Syarikat, Britain dan  Canada, mengumumkan sekatan-sekatan baru ke atas sektor-sektor tenaga  dan kewangan Iran, langkah-langkah yang mungkin memberi tekanan ke atas  Teheran tetapi tidak dijangka dapat menghentikan program nuklear negara  Teluk itu, menurut para pengamat.<\/p>\n<p><\/span> <span class=\"content\"><\/p>\n<p>Russia menolak sekatan-sekatan baru  Amerika ke atas sektor tenaga dan kewangan Iran itu dengan  menyifatkannya sebagai &#8216;tidak boleh diterima&#8217; dan boleh menjejas peluang  membaharui rundingan dengan Teheran berhubung program nuklearnya itu.<\/p>\n<p><\/span> <span class=\"content\"><\/p>\n<p>Iran pula berkata sekatan-sekatan itu tidak lebih daripada satu propaganda yang tidak akan menjejas ekonominya.<\/p>\n<p><\/span> <span class=\"content\"><\/p>\n<p>Amerika menamakan Iran sebagai satu  daerah yang menjadi &#8216;kebimbangan utama bagi kegiatan penjanaan wang  haram&#8217;, satu langkah yang direka untuk mencegah bank-bank bukan milik  Amerika daripada mengadakan urusan dengannya; menyenaraihitamkan 11  entiti yang disyaki membantu program nuklear Iran; dan meluaskan  sekatannya ke atas syarikat-syarikat yang membantu perusahaan minyak dan  petrokimia negara Teluk itu.<\/p>\n<p><\/span> <span class=\"content\"><\/p>\n<p>Amerika, bagaimanapun, tidak  menyasarkan langkahnya itu ke atas bank pusat Iran, satu langkah yang  mungkin mengasingkannya daripada sistem kewangan sejagat, menaikan harga  minyak dengan banyaknya serta menjejas pemulihan ekonomi di Amerika dan  Eropah.<\/p>\n<p><\/span> <span class=\"content\"><\/p>\n<p>Dalam satu tindakan yang  diselaraskan, Britain telah mengarahkan semua institusi kewangannya   berhenti daripada berurusan dengan rakan sejawatan mereka dari Iran,  termasuk bank pusat Iran.<\/p>\n<p><\/span> <span class=\"content\"><\/p>\n<p>Satu sumber yang tahu mengenai  sekatan-sekatan itu berkata langkah-langkah itu tidak ditujukan secara  langsung kepada kegiatan dagangan minyak Iran.<\/p>\n<p><\/span> <span class=\"content\"><\/p>\n<p>Canada berkata ia akan mengharamkan  eksport semua barangan yang digunakan dalam perusahaan petrokimia,  minyak dan gas Iran, serta &#8216;menghalang semua urus niaga dengan Iran&#8217;  termasuk dengan bank pusatnya, kecuali bagi warga Iran yang berada di  Canada, yang mengirim wang mereka pulang ke tanah airnya.<\/p>\n<p><\/span> <span class=\"content\"><\/p>\n<p>Perancis pula, walaupun tidak  mengambil sebarang langkah konkrit, telah menggesa Kesatuan Eropah (EU)  dan negara-negara lain untuk segera membekukan aset-aset bank pusat Iran  dan menggantung pembelian minyak Iran &#8211; langkah-langkah yang  disifatkannya sebagai &#8216;sekatan pada skala yang belum pernah dilakukan&#8217;.<\/p>\n<p><\/span> <span class=\"content\"><\/p>\n<p>Siri pengumuman sekatan itu  menyusuli satu laporan daripada Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA)  bahawa Iran sedang berusaha menghasilkan senjata nuklear dan mungkin  masih menjalankan kajian berkaitan dengannya.<\/p>\n<p><\/span> <span class=\"content\"><\/p>\n<p>Bagaimanapun, Russia menolak sekatan-sekatan itu.<\/p>\n<p><\/span> <span class=\"content\"><\/p>\n<p>&#8216;Kami sekali lagi menekankan bahawa  Persekutuan Russia menganggap langkah-langkah luar wilayah itu tidak  boleh diterima dan bercanggah dengan undang-undang antarabangsa,&#8217; kata  jurucakap Kementerian Luarnya, Encik Alexander Lukashevich, dalam satu  kenyataan.<\/p>\n<p><\/span> <span class=\"content\"><\/p>\n<p>Iran pula menolak sekatan-sekatan  itu, semalam, sambil berkata ia akan hanya menyatukan rakyat Iran dan  tidak akan menjejas ekonomi dan program nuklearnya. &#8212; Reuters.<\/p>\n<p><\/span><\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>WASHINGTON: Amerika Syarikat, Britain dan Canada, mengumumkan sekatan-sekatan baru ke atas sektor-sektor tenaga dan kewangan Iran, langkah-langkah yang mungkin memberi tekanan ke atas Teheran tetapi tidak dijangka dapat menghentikan program nuklear negara Teluk itu, menurut para pengamat. Russia menolak sekatan-sekatan baru Amerika ke atas sektor tenaga dan kewangan Iran itu dengan menyifatkannya sebagai &#8216;tidak boleh [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":0,"comment_status":"closed","ping_status":"closed","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"footnotes":""},"categories":[36],"tags":[],"better_featured_image":null,"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/7554"}],"collection":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=7554"}],"version-history":[{"count":0,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/7554\/revisions"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=7554"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=7554"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=7554"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}