{"id":7547,"date":"2011-11-20T23:16:43","date_gmt":"2011-11-20T15:16:43","guid":{"rendered":"http:\/\/buletinonline.net\/v7\/index.php\/2011\/11\/bangunan-parti-baath-syria-di-bedil-roket-2\/"},"modified":"2011-11-20T23:16:43","modified_gmt":"2011-11-20T15:16:43","slug":"bangunan-parti-baath-syria-di-bedil-roket-2","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/bangunan-parti-baath-syria-di-bedil-roket-2\/","title":{"rendered":"Bangunan  parti Baath Syria di bedil roket"},"content":{"rendered":"<p><span class=\"content\"><\/p>\n<p><img decoding=\"async\" src=\"https:\/\/static.guim.co.uk\/sys-images\/Guardian\/Pix\/pictures\/2011\/11\/20\/1321800747181\/Baath-party-headquarters--007.jpg\" border=\"0\" width=\"364\" height=\"218\" style=\"float: right;\" \/>AMMAN: Sekurang-kurangnya dua serangan roket dilancarkan ke atas bangunan Parti Baath di Damsyik, semalam, kata para penduduk.<\/p>\n<p><\/span> <span class=\"content\"><\/p>\n<p>Ia merupakan serangan pertama pihak  pemberontak di ibu kota Syria itu, sejak pemberontakan bermula lapan  bulan terhadap Presiden Bashar al-Assad.<\/p>\n<p><\/span> <span class=\"content\"><\/p>\n<p>Serangan itu berlaku selang beberapa  jam selepas  Liga Arab tamat tempoh  bagi Syria menghentikan tindakan  kerasnya ke atas para pemberontak.<\/p>\n<p><\/span> <span class=\"content\"><\/p>\n<p>Bagaimanapun, keganasan terus  berlaku dan Encik Assad masih ingkar di tengah-tengah langkah masyarakat  antarabangsa mengasingkan beliau.<\/p>\n<p><\/span> <span class=\"content\"><\/p>\n<p>&#8216;Pasukan polis keselamatan menyekat  dataran tempat cawangan Parti Baath di Damsyik. Tetapi saya melihat asap  berkepul-kepul ke udara dari bangunan itu dan pasukan bomba bergegas ke  tempat itu,&#8217; kata seorang saksi.<\/p>\n<p><\/span> <span class=\"content\"><\/p>\n<p>&#8216;Serangan itu berlaku sebelum fajar  dan bangunan itu hampir kosong. Kelihatannya ia seperti disengajakan  untuk menyampaikan mesej kepada pihak rejim,&#8217; kata saksi itu lagi.<\/p>\n<p><\/span> <span class=\"content\"><\/p>\n<p>Tentera Bebas Syria, yang terdiri  daripada askar pemerintah yang berpaling tadah dan berpangkalan di  Turkey, mendakwa bertanggungjawab ke atas serangan tersebut.<\/p>\n<p><\/span> <span class=\"content\"><\/p>\n<p>Bagaimanapun, tiada pengesahan  mengenai dakwaan itu segera diperolehi kerana pihak berkuasa melarang  wartawan daripada memasuki negara itu.<\/p>\n<p><\/span> <span class=\"content\"><\/p>\n<p>Jumaat lalu, puluhan lagi rakyat Syria dilaporkan terbunuh dalam pertempuran antara tentera rejim dengan para pemberontak.<\/p>\n<p><\/span> <span class=\"content\"><\/p>\n<p>Kelmarin, Encik Assad dipetik  sebagai berkata bahawa beliau akan meneruskan tindakan kerasnya ke atas  pemberontak walaupun tekanan antarabangsa semakin meningkat supaya  beliau mengakhiri tindakan itu.<\/p>\n<p><\/span> <span class=\"content\"><\/p>\n<p>&#8216;Konflik ini akan berterusan dan tekanan  akan berterusan,&#8217; kata Encik Assad kepada akhbar Britain, Sunday Times.<\/p>\n<p><\/span> <span class=\"content\"><\/p>\n<p>&#8216;Bagaimanapun, saya menjamin kepada  awak bahawa Syria tidak akan tunduk dan ia akan terus menentang tekanan  yang dikenakan ke atasnya,&#8217; tambah beliau.<\/p>\n<p><\/span> <span class=\"content\"><\/p>\n<p>Dalam satu klip video di laman  akhbar tersebut, Encik Assad berkata Syria akan mengadakan pilihan raya  pada Februari atau Mac depan bagi memilih parlimen dan menghasilkan  perlembagaan barunya, termasuk satu pilihan raya presiden. &#8212; Reuters.<\/p>\n<p><\/span><\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>AMMAN: Sekurang-kurangnya dua serangan roket dilancarkan ke atas bangunan Parti Baath di Damsyik, semalam, kata para penduduk. Ia merupakan serangan pertama pihak pemberontak di ibu kota Syria itu, sejak pemberontakan bermula lapan bulan terhadap Presiden Bashar al-Assad. Serangan itu berlaku selang beberapa jam selepas Liga Arab tamat tempoh bagi Syria menghentikan tindakan kerasnya ke atas [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":0,"comment_status":"closed","ping_status":"closed","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"footnotes":""},"categories":[36],"tags":[],"better_featured_image":null,"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/7547"}],"collection":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=7547"}],"version-history":[{"count":0,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/7547\/revisions"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=7547"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=7547"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=7547"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}