{"id":7546,"date":"2011-11-21T11:20:20","date_gmt":"2011-11-21T03:20:20","guid":{"rendered":"http:\/\/buletinonline.net\/v7\/index.php\/2011\/11\/hakisan-pantai-tok-jembal-tak-selesai\/"},"modified":"2011-11-21T11:20:20","modified_gmt":"2011-11-21T03:20:20","slug":"hakisan-pantai-tok-jembal-tak-selesai","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/hakisan-pantai-tok-jembal-tak-selesai\/","title":{"rendered":"Hakisan pantai Tok Jembal tak selesai"},"content":{"rendered":"<p><strong><img decoding=\"async\" src=\"https:\/\/lh4.googleusercontent.com\/-vr2P5rnoorU\/Tsoz6E1xG1I\/AAAAAAAABP8\/Azn1rz9X-fc\/s640\/21112011%252520034.jpg\" border=\"0\" width=\"384\" height=\"256\" style=\"float: right;\" \/><em>[Kemaskini 2.00AM &#8211; Kerajaan digesa kaji teliti, kontraktor diminta tampil bertanggungjawab]<\/em> KUALA TERENGGANU<\/strong> &#8211; Berpuluh-puluh juta ringgit telah dibelanjakan untuk kos membayar kontraktor, batu-batu dan pasir yang dicurahkan, namun hakisan pantai Tok Jembal dekat sini tidak selesai.<\/p>\n<p>Kajian yang dijanjikan oleh Ahli Parlimen Kuala Nerus Dato&#8217; Nasir Ibrahim Fikri untuk mencari jawpab sebenar punca hakisan tersebut, senyap tanpa berita.<\/p>\n<p>Hakisan tersebut mula merebak selepas beberapa bulan projek pemanjangan landasan Lapangan Terbang Sultan Mahmud disiapkan.<\/p>\n<p>Orang-ramai berpendapat, pengunjuran benteng sejauh satu kilometer ke dalam Laut China Selatan disyakki menjadi punca hakisan yang tidak pernah berlaku sebelum itu.<\/p>\n<p>Bermula dari pantai berhampiran lapangan terbang, ia melebar jauh lebih satu kilometer sehingga pantai berhampiran Universiti Malaysia Terengganu (UMT)<\/p>\n<p>Sehubungan itu, PAS Terengganu menuntut kerajaan melaksanakan satu kajian teliti yang dilaksanakan oleh agensi yang berkelayakan dilakukan dengan segera.<\/p>\n<p>Menurut Pengerusi Lujnah Alam Sekitar dan Pengguna PAS Terengganu, Dr Azman Ibrahim, hasil kajian tersebut perlu didedahkan untuk makluman umum.<\/p>\n<p>&#8220;Kita (PAS) tuntut kerajaan Umno\/BN melaksanakan satu kajian dan membentangkan hasilnya kepada rakyat,<\/p>\n<p>&#8220;seterusnya perlaksanaan tindakan pemulihan dan pembaikian (dibuat) berdasarkan hasil kajian,&#8221;ujarnya.<\/p>\n<p><img decoding=\"async\" src=\"https:\/\/lh6.googleusercontent.com\/-KJE6oOLpMpg\/TsqgTKOnFkI\/AAAAAAAABQc\/-6iod6jYEeI\/s640\/21112011%252520045.jpg\" border=\"0\" width=\"360\" height=\"235\" style=\"float: left;\" \/>Beliau berkata duit rakyat tidak wajar dibelanjakan untuk menanggung &#8216;beban&#8217; puluhan juta ringgit, akibat hakisan yang berlaku tanpa sebarang pemakluman.<\/p>\n<p>Beliau turut menyarankan agar kontraktor Pembesaran Lapangan Terbang tampil mengambil tanggungjawab menanggung sebahagian kos.<\/p>\n<p>Menurutnya, beliau dimaklumkan pengunjuran landasan terbang ke dalam laut dalah menggunakan kaedan &#8216;tebusguna&#8217; dimana pasir dari dasar lautan dipam untuk penambakan.<\/p>\n<p>&#8220;Apabila pasir dasar laut di alihkan, bermakna pemusnahan &#8216;beting pasir&#8217; yang selama ini dapat menahan gelombang terutamanya dimusim tengkujuh,<\/p>\n<p>&#8220;kaedah tebusguna (reclamation) tersebut menyebabkan tiada lagi halangan gelombang bawahan menyebabkan ombak terus menghempas ke pinggir pantai,&#8221;jelasnya.<\/p>\n<p>Akibatnya kata beliau, ombak akan menghakis apa sahaja yang terdapat dipinggir begi menwujudkan beting pasir baru didasar lautan.<\/p>\n<p>&#8220;Sebab itulah berlaku hakisan dan selagi mana beting pasir itu tidak terbina selagi itulah akan akan berlaku hakisan,&#8221;ujarnya.<\/p>\n<p>Katanya, pada kebiasaan, setiap kontrak sesuatu projek &#8216;ada masa edahnya&#8217; dimana pada waktu tersebut, sebarang kerosakan yang berlaku kesan dari projek berkenaan haruslkah diambil tanggungjawab.<\/p>\n<p>Beliau menyatakan rasa dukacita terhadap penduduk sekitar yang kehilangan harta benda kesan hakisan tersebut sedangkan ada diantara mereka tidak mendapat manfaat secara langsung dari projek pembesaran lapangan terbang.<\/p>\n<p>&#8220;Mungkin hanya beberapa kerat penduduk Kampung Tok Jembal yang mampu memanfaatkan kemudahan lapangan terbang tetapi \u2018tempias ombak Laut Cina Selatan\u2019 membasahi mereka,<\/p>\n<p>&#8220;serta menggugat ketenangan dan keharmonian kehidupan seharian yang rata-ratanya adalah kelompok nelayan pantai,&#8221;katanya.<em><\/p>\n<p>Berita terkait sebelum ini;<\/p>\n<p><a href=\"http:\/\/buletinonline.net\/index.php?option=com_content&amp;view=article&amp;id=214:pemanjangan-landasan-terbang-punca-hakisan-pantai-tok-jembal&amp;catid=35:dalam-negeri&amp;Itemid=85\">Pemanjangan Landasan terbang Punca Hakisan<\/a><br \/><a href=\"http:\/\/buletinonline.net\/index.php?option=com_content&amp;view=article&amp;id=1197:hakisan-pantai-tok-jembal-merebak-penduduk-tambah-bimbang-&amp;catid=35:dalam-negeri&amp;Itemid=85\">Hakisan Pantai Tok Jembal Merebak, Penduduk Bimbang<\/a><\/p>\n<p>http:\/\/www.youtube.com\/watch?v=GZC2HWsbiZY<\/p>\n<p>http:\/\/www.youtube.com\/watch?v=cg_HhtgphhY<\/em><\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>[Kemaskini 2.00AM &#8211; Kerajaan digesa kaji teliti, kontraktor diminta tampil bertanggungjawab] KUALA TERENGGANU &#8211; Berpuluh-puluh juta ringgit telah dibelanjakan untuk kos membayar kontraktor, batu-batu dan pasir yang dicurahkan, namun hakisan pantai Tok Jembal dekat sini tidak selesai. Kajian yang dijanjikan oleh Ahli Parlimen Kuala Nerus Dato&#8217; Nasir Ibrahim Fikri untuk mencari jawpab sebenar punca hakisan [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":0,"comment_status":"closed","ping_status":"closed","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"footnotes":""},"categories":[30],"tags":[],"better_featured_image":null,"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/7546"}],"collection":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=7546"}],"version-history":[{"count":0,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/7546\/revisions"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=7546"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=7546"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=7546"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}