{"id":7522,"date":"2011-11-20T01:05:15","date_gmt":"2011-11-19T17:05:15","guid":{"rendered":"http:\/\/buletinonline.net\/v7\/index.php\/2011\/11\/perang-sudah-bermula-di-syria\/"},"modified":"2011-11-20T01:05:15","modified_gmt":"2011-11-19T17:05:15","slug":"perang-sudah-bermula-di-syria","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/perang-sudah-bermula-di-syria\/","title":{"rendered":"Perang sudah bermula di Syria?"},"content":{"rendered":"<p><span class=\"content\"><\/p>\n<p><img decoding=\"async\" src=\"https:\/\/www.thejakartaglobe.com\/media\/images\/medium2\/afp20111118000402125.jpg\" border=\"0\" width=\"315\" height=\"208\" style=\"float: right;\" \/>AMMAN: Askar Syria membedil dua kampung  sepanjang malam selepas satu serangan tentera yang berpaling tadah ke  atas askar yang taat kepada Presiden Bashar al-Assad, kata para aktivis  semalam.<\/p>\n<p><\/span> <span class=\"content\"><\/p>\n<p>Ini berlaku sedang Syria menghadapi  risiko perang saudara kerana tentera berpaling tadah semakin  meningkatkan serangannya ke atas tentera rejim sekarang dan usaha  diplomasi kelihatan gagal menyelesaikan krisis yang kian meruncing itu.<\/p>\n<p><\/span> <span class=\"content\"><\/p>\n<p>Serangan itu dilancarkan sehari  selepas Liga Arab menggantung keanggotaan Syria dan memberi negara itu  hingga akhir minggu ini agar mematuhi satu pelan damai Arab bagi  menamatkan tindakan keras rejim itu ke atas pemberontak.<br \/><em><br \/>[Gambar &#8211; Tentera Syria berundur dari Hama]<\/em><\/p>\n<p><\/span> <span class=\"content\"><\/p>\n<p>Pemberontakan bersenjata yang  tercetus, bersama beberapa protes secara aman di negara itu, bagi  meminta peletakan jawatan Encik Assad, telah mendorong para pemimpin  pembangkang menggesa pembantah agar terus mengadakan bantahan secara  aman di tengah-tengah tindakan keras rejim pemerintahnya.<\/p>\n<p><\/span> <span class=\"content\"><\/p>\n<p>Lapan penduduk kampung cedera malam  kelmarin, apabila kereta-kereta kebal membedil kampung-kampung Tal  Minnij, Maarshamseh dan beberapa kawasan di sekelilingnya selama tiga  jam, kata para aktivis.<\/p>\n<p><\/span> <span class=\"content\"><\/p>\n<p>&#8216;Ratusan keluarga telah meninggalkan kediaman mereka,&#8217; kata seorang aktivis, yang hanya menggelarkan dirinya sebagai &#8216;Raed&#8217;.<\/p>\n<p><\/span> <span class=\"content\"><\/p>\n<p>Sukar mengesahkan serangan itu  secara bebas kerana Syria telah menlarang kemasukan media asing sejak  pergolakan di negara itu berlaku sekitar lapan bulan lalu.<\/p>\n<p><\/span> <span class=\"content\"><\/p>\n<p>Pakar-pakar berkata Syria kini di ambang perang saudara.<\/p>\n<p><\/span> <span class=\"content\"><\/p>\n<p>&#8216;Kami sedang bergerak ke arah itu  dan semakin lama masyarakat antarabangsa dan Liga Arab menangguhkan  (tindakannya), semakin cepatlah kami ke sana,&#8217; kata Encik Salman Shaikh,  ketua Pusat Brookings Doha.<\/p>\n<p><\/span> <span class=\"content\"><\/p>\n<p>&#8216;Berterusannya sikap enggan  berkompromi di kalangan beberapa negara, seperti Russia, akan kami ke  satu suasana idak ada seorang pun yang mahu bercakap tentang politik dan  (rakyat Syria) akan mula bertempur antara satu dengan lain,&#8217; kata Encik  Shaikh kepada agensi berita AFP.<\/p>\n<p><\/span> <span class=\"content\"><\/p>\n<p>Pemberontakan sejak lapan bulan lalu  di Syria semakin ganas, dengan kumpulan &#8216;Tentera Bebas Syria&#8217;, yang  terdiri daripada para askar berpaling tadah, melakukan serangan nekad ke  atas pangkalan tentera negara itu, dekat ibu kotanya, dan pihak  pembangkang semakin terbabit dalam ketenteraan.<\/p>\n<p><\/span> <span class=\"content\"><\/p>\n<p>Terdahulu, askar berpaling tadah  telah menyerang sebuah bangunan yang menempatkan depot pasukan tentera  di kawasan Wadi al-Deif di hujung bandar Maarat al-Numaan, sekitar 290  kilometer dari utara Damsyik, kata para aktivis. &#8212; Reuters, AFP.<\/p>\n<p><\/span><\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>AMMAN: Askar Syria membedil dua kampung sepanjang malam selepas satu serangan tentera yang berpaling tadah ke atas askar yang taat kepada Presiden Bashar al-Assad, kata para aktivis semalam. Ini berlaku sedang Syria menghadapi risiko perang saudara kerana tentera berpaling tadah semakin meningkatkan serangannya ke atas tentera rejim sekarang dan usaha diplomasi kelihatan gagal menyelesaikan krisis [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":0,"comment_status":"closed","ping_status":"closed","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"footnotes":""},"categories":[36],"tags":[],"better_featured_image":null,"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/7522"}],"collection":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=7522"}],"version-history":[{"count":0,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/7522\/revisions"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=7522"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=7522"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=7522"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}